Friday 21 December 2012

Hadiah Giveaway Dah Sampai! :)


Hollaaa people....  Aku dah kat kampung sekarang ni.  Hoho..  And yang happynya masa aku dah kat bilik tadi aku tengok sampul surat daripada Tirah Zairi.  Weeee...  Aku rasa dah lama kiriman tu sampai, tapi aku je yang tak da di rumah.  Dah lama aku tunggu apa yang aku akan dapat untuk 18 peserta yang bertuah.  Hehe...  Then ini hadiah yang aku dapat


Cantik necklace ni.  Hee...  Bertambah lagi koleksi.  Xiexie sis! :)  Macam dah jadi hadiah untuk Christmas je rasanya.  ^^, Yang ni ialah entry untuk GA yang aku join tu.  Apa yang aku suka dengan cara beliau buat GA ni ialah pemilihan tak dibuat secara random.  GA beliau yang aku join tu ada suruh kitorang buat slogan dan pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang dibuat tu.  Well, fair and square lah kan.  Hee...  Aku harap bloggers lain pun boleh buat macam tu gak.  Baru ada produktiviti sikit.  Eceh ceh... Haha :D

Aku ni rajin gak arr join segmen and GA ni untuk support sesama blogger.  Tapi kalau banyak sangat syaratnya, aku pun jadi malaslah nak join.  Hehe.  Well, untuk GA bagi Tirah Zairi ni aku ada bertuah sikitlah.  Muehhehe... (^ ^)


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 19 December 2012

OMSAR Annual General Meeting


Weeee..... Khabar a bloggers?  Lama sudah aku tak update blog ni.  Dah lebih dari seminggu rasanya.  Almaklumlah kuliah dah start balik, memang banyak busy.  Dengan kuliah dan tugasan yang diberikan.  Lebih-lebih lagilah semester ni kitorang kena buat event.  Dan group kitorang telah bercadang nak buat luncheon talk untuk student part 3 (wajib join) dan terbuka kepada student part 4, 5, 6, dan seterusnya bagi student Office Management.

Malam tadi kitorang ada buat perjumpaan bersama-sama dengan lecturers dan pelajar-pelajar baru bagi sesi perkenalan.  Dewan Kuliah tu memang penuh dengan pelajar.  Kitorang plak ada buat jualan untuk mendapatkan wang bagi membuat event itu nanti.  Kira untung jugaklah kitorang, banyak barang yang laku.  Just air je yang tak habis dijual.  Aku ada gak tolong jual keropok corntoz semalam tapi sesungguhnya aku bukanlah jurujual yang bertauliah. hanya beberapa bungkus je aku dapat jual semalam.  Haha..  Dah habis satu DK tu aku pusing, aku bagi kawan aku plak untuk jual keropok tu.

Dan malam semalam juga kitorang ada pembubaran dan kemasukan ahli baru untuk mengganti ahli-ahli persatuan OMSAR yang lama.  Aku telah terpilih menjadi ahli untuk Biro Publisiti.  Memang aku rasa berbesar hati gak terpilih sebab semasa interview untuk pemillihan dulu lebih 20 orang pelajar yang dicalonkan.  Tak sangka gak aku terpilih sebab masa tu aku memang tak yakin sangat aku bleh jadi ahli yang bertanggungjawab.  Muehehehe.... :D  Sememangnya lepas ni aku akan menjadi lebih busy sebab untuk group kitorang pun aku dalam Promotion Committee.

Apa yang aku harapkan ialah aku dapat menyiapkan tugasan yang akan diberikan dengan sebaik-baiknya dan aku teruja nak bekerjasa dengan ahli OMSAR kali ni memandangkan ada beberapa orang kawan aku yang turut terpilih sama.  Hoho...
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 10 December 2012

Blog Dah OTW Sambut Krismas ^o^


Salam sejahtera bloggers sekalian.  It's Monday!  And yeah I still have Monday Blues for this semester.  Haha...  Tiap minggu Monday Blues, belum kerja lagi aku dah nak membebel plak pasal MB ni.  What the tuttt.....  Well memandangkan hari ni hari Isnin, tak bermaksud aku nak post pasal MB jgak.  Nak topik yang happening arr sikit.  Hoho...

Hari ni dah 10hb 12, so semangat aku nak menyambut Krismas pun makin kuatlah.  Kat kedai-kedai pun dah banyak dah yang pasang lagu Krismas.  Huhu nak balik tapi belum ada cuti lagi.  21hb baru kitorang dibagi cuti.  Termasuk sem ni dah terlepas dua kli lah caroling and pra-Krismas yang selalunya diadakan setiap tahun.  Apa yang aku boleh buat sebelum balik rumah ni hanyalah hias blog aku dengan header Christmas theme and tambah snow efek kat blog.  Hoho..  Ada salji kat blog pun jadilah... :P


Tak sabar nak cuti wei.  Haha...  2 minggu je lagi  ^___________^







If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday 7 December 2012

Pengalaman Ketakutan


Pengalaman ketakutan and pengalaman menakutkan ada sama tak maksudnya?  Haha..  Tolong bezakan ya.  Aku tak tahu nak gelak ke ape kalau difikirkan semula pasal malam tadi.  Nak dijadikan cerita, roommate aku balik ke rumahnya semalam dan tinggallah aku sorang kat bilik.  Dahlah semalam malam Jumaat, agak goyahlah sikit keberanian aku.  Haha...  And the story will begin.....................


Dalam pukul 11 macam tu aku dah otw tidur dah.  Satu lampu aku biarkan terpasang wok.  Hahah..  Nampak sangat aku ni takut tido sorang-sorang time kat hostel ni.  Then dalam pukul 1 pagi aku tersedar balik.  Cun gak masa tu bunyi anjing menyalak.  What the...  Dahlah aku teringat cerita senior sem lepas mengenai blok hostel kami ni, apalagi macam-macam aku imagine.  Bahlol punya Kiko.  Haha aku pun tak tahu, aku mudah sangat berfikir dan berimaginasi sebelum nak tidur.  Parah-parah...  Masa tu hati aku dah berdebar-debar and aku dapat rasa jantung aku berdegup makin kuat.  Aku mengaku aku takut semalam.  Hahahaiya... Aku sedar and bukak mata seluas-luasnya sampai pukul 3 pagi.  

Macam ni kot rupa aku malam tadi.  Muehehe...

And dalam masa beberapa jam aku tak tidur tu aku pun adalah berdoa. (Masa takut baru tau nak berdoa ya Kiko.  Padan muka aku T^T )  Baru hati ku rasa tenang sikit.  Dan dalam masa dah tenang tu jugaklah aku banyak berfikir.  So what did I think?  Aku berfikir, kalau aku ada benda macam pelindung ke, benda yang boleh jauhkan makhluk halus dari aku ke and whatsoever you wanna call it, maybe aku takkan takut.  Tapi selepas difikir balik sebenarnya kita boleh mengelakkan diri kita daripada berasa takut dengan iman dan fikiran kita sendiri.  Kalau benda yang aku mention kat atas tadi ada pun kita punya mind set je yang akan berubah.  Maybe kita akan mengatakan pada diri kita "Aku ada pelindung, tak perlulah ku takut.  Benda tu takkan kacau punya".  Hoho..  

Semalam time aku dah ngantuk sangat aku dah tak rasa takut dah lagi.  Yang ku harap ialah aku dapat tido nyenyak sebab pagi ni tadi aku ada kelas pukul 8.  Dan apa yang aku imagine masa tu ialah hantu takkan dapat masuk ke bilik sebab pintu berkunci.  Sebab dah ngantuk sangat kan, aku buatlah anggapan sendiri untuk menyenangkan hati.  Haha...  What the heck...  Dalam movie pun tak pernah ada hantu yang tak dapat masuk melalui dinding ke ape ke.  Tu lah sapa suruh penakut sangat.  Muehehe...  Lepas ni aku yakin and pasti roommate aku juga akan selalu pulang ke rumahnya sebab rumahnya tak beberapa jauh dari Kuching ni.  Pengalaman ni menyedarkan aku supaya aku mendalami lagi ilmu agama.  Hoho...  Bukan parent aku tak pernah suruh pun, aku je yang kurang kesedaran sivik sikit.  That's all for today.  Take care of yourself people. ^ ^ \ /



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 5 December 2012

No More Malware :)


Hey yow bloggers.  Ok, dari tajuk di atas maybe dalam masa terdekat ni tadi ada daripada korang yang tidak dapat mengunjungi blog sendiri sebab blog korang terkena Malware yang dikatakan datang dari content Nuffnang.  Aku pun tak dapat nak jenguk blog aku sendiri.  Sob sob sob...


So apa yang aku bleh buat tadi hanyalah buang kod dari nuffnang tu den cuba nak buang Malware tu.  Tapi bila aku cek menggunakan WebMaster Tool tadi jawapannya blog aku takda yang infected pun.  Then masa aku habis kelas tadi aku cek email, aku dapat email daripada pihak nuffnang mengatakan masalah di atas.  Nasib baik mereka ambil immediate action dan masalah ni diselesaikan dalam hari ni je.  Thumbs up NuffnangX! :)

Aku dah nak bengang dah tadi bila dapat tau blog aku ada kemungkinan terkena Malware gak sebab dulu ada jugak aku pernah sekali, dari content satu website yang ada bagi freebies.  Dah takda dah iklan nuffnang ni di blog aku.  Masih trauma lagi ni.  Eceh... Haha..  Apa-apapun nasib baik tak serious sangat benda ni.  *Ada mood balik :D *  Ok, so long people \ /


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 3 December 2012

Jom Blaja Bahasa Melayu Sarawak Part 2


Gambar dari kuching.olx.com.my

Salam sejahtera bloggers sekalian.  Seperti yang aku ada post sebelum ni, aku nak sambung balik benda ni.  Kalau nak usha yang Part 1 punya, klik sini.


  • Sinun - Sana
  • Polah - Buat
  • Gaok - Garang
  • Jaik - Jahat/Buruk
  • Pikey (sebutannya bunyi PK) - Fikir
  • Kepak - Letih
  • Rindok - Suka/Gembira
  • Tapok - Sembunyi
  • Gugok - Jatuh
  • Kamboh - Kecoh/Bising


So contoh ayat yang boleh dibuat menggunakan perkataan di atas ialah:
1. Pa polah kau sinun?
~ Awak buat apa di sana?

2. Aku pikey kau gaok tek.
~ Saya fikir kamu garang tadi.

That's all in Part 2 :)




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday 2 December 2012

It's A New Semester!



Hello bloggers...  Baru dapat aku update blog setelah beberapa hari aku tak online.  Traffic pun dah menurun semenjak ku jarang update blog ni -.-".  Ok..  Hari ni aku dah daftar kolej kediaman aku.  It's a new room, a new roommate and a new semester.  And apa yang selalu terjadi awal2 sem ni?

Kita baru-baru je kenal dengan roommate yang baru.  Normallah kalau ada rasa curiga kan dengan dorang.  Then kita selalu kunci almari kita walaupun dorang ada dalam bilik.  Mesti dorang akan cakap dengan diri mereka sendiri "Eleh...macamlah aku nak curi barang dia".  Kan3?  Kita pun ada gak berfikir macam tu kalau dorang buat benda yang sama.  Kalau tak pun maybe aku sorang yang berfikir macam tu.  Haha..  Peace yow.

Then salah satu kelemahan aku ialah susah nak mulakan perbualan dengan seseorang tu.  Terutamanya dengan orang yang baru aku kenal.  Contohnya dengan roommate aku yang baru ni, namanya Michelle asal dari Bau.  Aku ada try gak nak berbual dengan dia.  Adalah berbual pasal satu dua perkara.  Then kalau dah sama-sama dia, AWKWARD.  Hahahaiyo...  Tapi nasib baik dia pun tak sombong.  Just aku kalau dalam suasana baru aku banyak berdiam diri je.  Kalau dah selesa baru aku 'menggila'.  Muehehhe gelak jahat... :P Then we'll go to my timetable for this semester.


Jadual sem ni lagi pack dari sem lepas.  Hari Isninlah hari yang paling pack bagi kami.  Kelas dari pukul 10 pagi, then rehat dari pukul 1 sampai 2 petang dan sambung lagi kelas sampai pukul 7 malam.  Aku rasa untuk semester ni aku memang dah Monday Blues pada setiap hari Ahad.  Haha... Paraiiii.  Harap-harap aku bleh bertahan.  Chewahhh..   Macamlah aku pergi berperang cakap begitu kan.  :D



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 28 November 2012

Topik Untuk Entries Akan Datang



Holla people...  Malam ni tempoh broadband aku akan tamat.  So maybe lepas ni entry yang nilah entry aku yang terakhir untuk minggu ni.  Minggu depan baru aku hidupkan broadband balik.  Dalam kepala otak aku dah set dah topik apa aku nak sharekan ngan korang pada masa akan datang, sooner or later.

Dan topik-topik itu ialah:

  • Bangsa Bidayuh Salako.  Tak ramai yang tahu pasal bangsa aku ni.  Majoriti yang berbangsa Salako ni tinggal dan berasal dari Lundu.  Sekarang aku tengah kumpul beberapa fakta gak untuk dikongsi dengan korang.
  • Bahasa Salako.  Ada kawan aku masa PLKN dulu mendengar aku dan kawan aku berbual.  Dia cakap cara  dan bahasa kitorang berbual macam orang Filipina.  
  • Bahasa Melayu Sarawak.  Sebelum ni aku dah ada share beberapa patah perkataan BM Sarawak bagi sesiapa yang nak belajar bahasa ni kat sini.
  • Pengalaman Christmas.  Memandangkan tak lama lagi nak Christmas, aku pun nak sharelah pengalaman aku menyambut Christmas.  Hohoho...
  • Semester baru.  Setiap semester ada sahaja cerita-cerita yang menarik berlaku.  Macam semester lepas aku illegal di kolej, menumpang di bilik kawan aku untuk the whole semester.  Nasib baik tak kantoi!
  • And last sekali topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan kita.  Yang tu kalau tiada memang tak sah lah.  Hehe..  


Menarik tak?  Please cakap menarik..  Hahahampeh :D  Kalau nak tau lebih lanjut, korang tunggu ek.  Kalau awal semester selalunya masa free memang banyak.  Ada gak masa untuk update blog.  :) Peace yow \ /
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday 27 November 2012

Menangkap Ikan Menggunakan Kelambu


Salah satu aktiviti masa cuti ni ialah menangkap ikan di sungai.  Petang tadi aku dan adik, kakak dan cousin aku pergi ke sungai yang terletak di kawasan huma padi kitorang di Kampung Temaga Dayak, Sematan.  Bapa dan mak aku memang rajin bertanam dan mereka ada menanam padi hampir setiap tahun untuk mengisi masa lapang mereka.

Aku and adik aku, semasa kitorang nak memulakan operasi petang tadi.  Posing jap dengan kelambu.  :D

Alat-alat yang diperlukan untuk menangkap ikan ni cuma kelambu dan kayu sahaja.  Jangan plak guna kelambu yang baru.  Hoho..  Kayu tu untuk mengalah ikan. *Betul ke tak bahasa yang aku guna ni.  :P*  Kelambu tu plak kita harus pastikan bahagian bawahnya sampai ke dasar sungai.  Selalunya cara ni berhasil kalau kita menangkap ikan di air yang cetek.  Bilangan orang yang ideal untuk menangkap ikan menggunakan kelambu ni ialah dalam 4 orang.  Kalau ramai-ramai nanti susah gak nak mengalah ikan tu supaya mereka berenang ke arah kelambu tu.  Dua orang untuk pegang kelambu, dan dua orang lagi mengalah ikan.

Aku dengan cousin aku mengalah ikan menggunakan kayu, kakak dan adik aku plak tolong handle kelambu.  Kita haruslah tidak melawan arah arus sungai supaya memudahkan para ikan berenang ke arah kelambu.  Proses mengalah tu haruslah dilakukan dengan cepat supaya ikan tak menggila berenang ke arah lain.  Letih memang letih, tapi seronok sebab dah lama tak tangkap ikan guna cara ni.

Ni lah hasil tangkapan kitorang.  Ikan seluang, then ikan ada muncung panjang (aku tak tahu namanya apa) and 2 ekor ketam.

Len hari kitorang nak cari siput sedut yang warna hitam tu plak.  Tu pun kalau aku masih ada masa sebab hari Ahad aku dah habis cuti.  Huhu..  Ok, take care people \ /




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tips Mengatasi Insomnia



Siapa yang pernah mengalami insomnia?  Insomnia lah benda yang aku tak suka.  Kebelakangan ni aku memang susah nak tidur.  Mata memang mengantuk tapi tak nak tidur.  Mulut asyik menguap, pun tak dapat tidur gak.  Macam malam tadi aku baring sebelum pukul 12, tapi dalam pukul 3 pagi aku masih tak dapat tidur lagi.  Demmmittt... T^T  Apa yang aku buat, buat playlist baru di media player and masukkan lagu-lagu Avenged Sevenfold.  Aku dengar guna earphone sampai tetidur.  



So apa yang kita bleh lakukan dalam masalah ni?  Kita harus tahu punca insomnia ni terlebih dahulu.  Selalunya ia terjadi jika kita banyak berfikir/berkhayal semasa baring tu.  Aku mengaku memang aku selalu berfikir dan berimaginasi sebelum tidur tu.  Bila aku nak buang sikap suka berfikir tu memang tak dapat :[  Lepas tu kita blehlah melakukan aktiviti yang santai sebelum tidur seperti bergurau-senda dengan ahli keluarga.  Beriadah di waktu petang juga bleh membantu kita untuk tidur lena sebab selalunya kalau kita penat, memang mata kita senang nak tidur sebab badan kita memerlukan rehat yang secukupnya.  And ada juga bagitau kalau susah nak tidur, kita minum susu.  

Aku memang tak cukup tidur sekarang, muka pun berjerawat dan eye bag makin menghitam. o.o Lagi mak aku bagitau muka aku macam orang sakit sebab selalu tidur lambat.  Bukan sengaja tidur lambat mak oiii... Sob sob sob...

Source: Hairul.com


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 26 November 2012

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com


Click banner untuk join

Mood rajin datang mendadak hari ni \(^^)/ Almaklumlah dah lama gak aku tak online.  Aku join GA dari Yana Yassin plak kali ni.  Cara nak join hanyalah tempek banner kat atas and ceritakan bittersweet moments kita semasa berblogging ni.  

And this is my bittersweet moments as a blogger :P Aku berblogging ni tak sampai setahun pun memandangkan aku baru ada blog dalam awal bulan Mac 2012.  Berblogging ni tak banyak karenah pun sebenarnya, just susah sikit kalau nak kumpul follower tu.  Mula-mula tu bimbang gak arr ada yang tak nak follow and tak baca pun apa yang aku post kat blog ni.  

Tapi sekarang syukur sangat sebab aku dah ada 2xx orang follower.  Thanks a lot to those that follow me :) Lagipun aku suka memotivasikan diri aku dengan bloggers/online readers melalui blog ni.

Untuk melengkapkan syarat GA ni, aku tag Cikgu MaCik Siti and Asmar Arafad.  

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Ready Untuk Semester Baru!



Weeeee......  Lama dah aku tak update blog ni sebab broadband aku baru je hidup.  Hoho..  Ok, straight kepada tajuk di atas.  Tak lama lagi aku dah nak balik kolej, start semester baru.  Kurang seminggu je lagi cuti habis.  Sob sob sob...

By the way, I'm mentally prepared for this new semester.  Semester ni memang kitorang akan menjadi lebih sibuk sebab kitorang akan buat event bagi subjek Organizing Event and ada killer subjek gak.  Aku harap aku bleh maintain CGPA untuk part 4 ni.


And aku harap aku menjadi student yang lebih baik untuk semester baru ni.  Haha...  :D Memanglah aku tak pernah escape class, tu pun sebab aku takut aku tak dapat markah yang baik dalam exam or quiz tu.  Tapi yang aku yakin, aku nak merajinkan diri lagi kumpul cop aktiviti banyak-banyak supaya aku dapat kolej lagi untuk semester seterusnya.  


Mungkin lepas ni aku jarang update blog sebab sibuk dengan persiapan untuk balik semula ke kolej.  Lagipun sekarang aku selalu melanggan broadband untuk beberapa hari je.  Kalau dah kat kampus baru aku nak langgan pakej sebulan tu.  Jimat sikit..  Hehe...  Kepada yang dah nak balik semula ke kampus tu aku nak ucapkan SELAMAT HABIS BERCUTI!!!...  Haha..  Jelez plak aku tengok cousins and adik-adik aku masih cuti.

New semester, new target, new heart





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday 22 November 2012

Ulasan Filem In Time



Haloha people...  Pernah tak korang tengok cerita In Time ni yang dilakonkan oleh Justin Timberlake dan Amanda ni?  Maybe korang dah tengok kan.  Jalan ceritanya memang menarik, dan apa yang aku suka ialah dalam cerita ni kita boleh kaitkan dengan bidalan atau kata hikmat "masa itu emas".  Justin Timberlake memang pandai memainkan wataknya dan aku akui memang dia pandai berlakon.  Hoho...  Then Amanda plak memang nampak comel dengan rambutnya yang pendek.  JT melakonkan watak seorang pemuda yang datang dari kawasan setinggan manakala Amanda plak datang dari keluarga yang berada.

Dalam cerita ni setiap orang ada jangka hayat hidup mereka sendiri.  Bilangan berapa jam dan saat mereka akan hidup ada tertera pada lengan mereka.  Dan mereka menggunakan jam/minit/saat yang mereka ada untuk membeli barang ataupun menggunakan perkhidmatan yang disediakan contohnya sekiranya mereka ingin menaiki bas, mereka terpaksa membayar sebanyak 2jam.  Tiada istilah money/duit/fulus dalam cerita ni ya.  So bagi sesiapa yang mempunyai jangka hayat hidup yang lama kiranya mereka memang kaya raya lah dalam cerita ni.  Oleh itu ada yang sanggup merompak atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan masa daripada orang lain.  Masa tu boleh dipindahkan kepada orang lain dengan memegang lengan mereka.





So memang cunlah bidalan "masa itu emas" dalam filem ni tadi.  Tapi dalam konteks hidup kita yang sebenar, ramai yang suka melengah-lengahkan masa.  Termasuk akulah...  Huhu..  Terutamanya kalau ada kerja atau assignment selalu je procrastinate.  And dalam cerita ni tadi aku sedar masa memang cepat berlalu.  Tapi kalau kita dapat tahu jangka hayat kita, aku rasa memang ramailah yang mula menghargai masa.  Kalau masa kita dah nak habis di dunia ni, mulalah kita berusaha lebih gigih untuk mencapai apa yang kita mahukan.  Kita juga akan lebih menghargai masa yang ada ketika bersama-sama dengan orang yang kita sayang dan kita akan mencari masa untuk bersama mereka.  In conclusion, cerita ni memang memberi kesan yang positif kepada kita.

"All we have to decide is what to do with the time that is given to us" J.R.R. Tolkien



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Cuti Semester Dah Nak Habis



Salam 1 Malaysia bloggers.  Hari ni tanggal 22hb November 2012, tinggal 10 hari je aku bercuti.  Rasa cepat je masa berlalu.  Aku nak cuti lagi, belum puas bangun lambat.  Hik3...  I'm admitted that I'm kinda lazy to wake up in the morning.  Tu lah jarang nak tido awal, eye bag pun dah makin gelap.  

Baru pagi ni tadi plak aku daftar course untuk sem yang akan datang.  Bila nak daftar subjek, mulalah aku rasa malas sikit, sebab kalau dah dapat daftar subjek tu maksudnya cuti pun dah nak habis.  And nasib baik gak aku dapat bilik di kolej untuk semester 4 ni.  Tak payahlah aku berkongsi bilik dengan kawan aku yang lain lagi.  So I've prepared mentally and physically for this new semester.  Hoho...  Harap-harap semester ni pun berjalan dengan lancar macam semester 3 ni tadi.  

Tapi sayangnya masa ramai yang start nak cutilah kitorang plak yang nak start kuliah balik.  Hentam sajalah labuu....  Janji time Krismas nanti kitorang ada cuti.  ^^  


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 19 November 2012

Tunjuk dan Katakan



  • Teman tapi mesra

Pernah tak korang ada teman tapi mesra?  Korang berkawan, tapi dah rapat macam orang bercinta.  Maybe korang suka kat kawan korang tu, tapi malu nak bagitau and korang sayangkan persahabatan korang tu.  Well di sinilah pentingnya kalau korang memang sayang or suka seseorang tu, korang harus tunjukkan dan katakan kepadanya.  Kalau korang tunjuk je dari cara korang layan mereka, maybe ada yang tak faham.  Al maklumlah tak semua mempunyai gaya pemikiran yang sama.


  • Pasangan yang dah berkahwin

Hari tu aku ada lah menonton cerita Desperate Housewives (favourite tuuu :P).  Ada satu scene tu Eva Longoria berbual ngan seorang datuk yang dah tua(kalau dah datuk mestilah tua kan -.-) mengenai isteri datuk tu yang dah meninggal.  Datuk tu bagitau "Kalau dah kahwin, kata-kata yang menunjukkan kita sayang pada seseorang tu dah jarang dikatakan sebab mereka sendiri dah tahu".  Dalam cerita tu masa isterinya dah nazak baru dia bagitau semua perkara yang isterinya harus tau.  So mahukah kita jadi begitu juga?  Jangan assume orang yang kita sayang tahu perasaan kita daripada kelakuan kita terhadap mereka.  Tak salahkan kalau bagitau perasaan sayang kita hari-hari walaupun dah kahwin?  Nanti semakin hari semakin sayanglah antara satu sama lain.  *Macamlah aku ada pengalaman kan?  Hoho*


  • Percintaan jarak jauh

And lagi satu aku ada baca di satu bahagian majalah tu, kira macam Ask and Answer session lah.  Di situ ada seorang lelaki bertanya apa yang harus dilakukan dalam percintaan jarak jauh.  Then jawapannya ialah kita harus saling berhubung dan bagitau kata-kata yang menggambarkan perasaan kita terhadap orang yang kita sayang tu.  Tak kisahlah jadi mat jiwang sedikit kalau nak kekalkan perhubungan tu.  Jangan ego sangat ok.  Attention to guys!  Hehe..

Bagi aku benda ni bolehlah diamalkan kepada orang-orang yang kita sayang; family, kawan-kawan and etc. Spread the love yow! <3  Untuk peringatan bersama :)

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday 18 November 2012

Musim Buah Durian dan Antu Abak


Hello bloggers \(^ ^)/  Sekarang dah masuk cuti sekolah and yang bestnya time ni jugaklah musim buah-buahan.  Tapi sayangnya aku akan balik semula ke kampus dalam 2 minggu lagi, kelas start 2hb 12.  Sekarang ni dah ramai orang berjual di sepanjang jalan Lundu, tempat aku diam ni.  Yang paling banyak mereka jual ialah buah durian!  Ada yang jual setompok RM10.00, setompok tu adalah dalam 3 biji buah durian yang mereka jual.  Aku tak minat sangatlah makan buah durian ni. Tapi kalau aku dah ada nafsu nak makan, sebiji tu pun boleh aku habiskan.  Haha..
Yang ni di kawasan pasar Lundu.  Gambar dari http://myussop.blogspot.com

Yang bestnya time musim durian ni aku suka tunggu durian tu jatuh.  Haha.. Of course lah tunggu durian tu jatuh kan.  Kalau nak jolok then hempap kita, naya ooo.  Kitorang pun ada pokok durian gak di kampung asal bapa aku, di Kampung Sebat Dayak yang terletak di Sematan.  Bapa aku dah bina pondok permanent di situ (selalunya kalau nak menunggu durian ramai yang buat pondok sementara menggunakan batang-batang kayu dan kanvas).  Pondok tu berdekatan dengan sungai so kalau kitorang menunggu durian tu dah macam camping dah.  Kalau boring-boring durian tak nak jatuh, aku ngan adik-adik aku selalu memancing di sungai tu.  Kalau ada durian jatuh, aku ngan adik-adik aku selalu berebut nak ambik.  Muehehe...  Lari di bawah pokok durian tu sebab takut ada lagi yang akan jatuh terutamanya masa angin kencang.

Tapi kalau buah durian tu tinggal sikit je yang masih 'bergayut' di pokok, tidak ramai yang berani untuk bermalam di kawasan pokok durian mereka.  Orang-orang tua selalu bercerita mengenai satu makhluk yang akan berada di kawasan pokok durian untuk mencari dan makan buah-buah tu.  Kitorang memanggilnya 'antu abak'.  'Antu' tu bermaksud hantu manakala 'abak' tu bermaksud keadaan rambut yang kusut masai dan tak terurus.  Kira makhluk tu macam makhluk halus lah jugak.  Badannya bersaiz kecil, and then di bahagian sikunya ada benda tajam macam pisau untuk memudahkannya memanjat pokok dan membelah buah durian.  Ada orang bagi tahu belahan pada buah durian yang dibelah oleh makhluk tu memang cantik, tiada kesan parang.  Lagi satu info pasal antu abak ni ialah kata orang makhluk ni ada bawa benda macam bakul rotan kat belakangnya.

Contoh caranya bawa bakul rotan tu.  

Macam ni arr rupa bakul tu.  Kalau dalam bangsa kitorang ia dipanggil 'bangkat', diperbuat daripada rotan.  Selalu orang bawa kalau pergi ke kebun untuk angkut barang, kayu and etc.

Then mak aku pernah bagi tau, kalau antu abak ni bawak bakul tu terbalik/songsang maksudnya ia tengah bawa harta/benda berharga di dalamnya.  Kalau berani kejar and dapat bakul tu memang dapatlah korang harta yang dibawanya.  Ini pun orang-orang dululah yang ceritakan.  Aku pun tak pasti betul ke tak.  And kalau ia bawa bakul tu dengan cara yang betul and korang kejar, korang arr yang naya.  Aku belum pernah and tak nak jumpa antu abak ni.  Tapi ramai yang percaya ia wujud.  




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday 16 November 2012

tokidoki Kawaii Brand



Salam Jumaat bloggers.  Straight to the point, kepada yang suka benda-benda Kawaii ni, mesti korang tau pasal tokidoki ni kan?
Kepada sesiapa yang tak tahu, aku nak kongsi sikit lah pasal brand ni. tokidoki (時々)bermaksud 'sometimes' dalam bahasa Inggeris dihasilkan pada tahun 2005 and amazingly it is created by Italian artist, Simeone Legno and his business partners (Pooneh Mohajer dan Ivan Arnold).  Brand ni adalah berinspirasikan gaya hidup orang Jepun.
Ni lah Simone Legno.  Muda lagi kan?  Bagi aku kalau kita boleh menggunakan kreativiti kita dengan baik, kita boleh berjaya dalam hidup ni.
Banyak produk telah dihasilkan oleh mereka daripada bag dan baju kepada alat tulis.  Mereka juga telah berkolaborasi dengan Levi's, Skull Candy, Fujisu dan banyak lagi.  Apa yang aku suka dengan tokidoki ni ialah illustrasi atau design tokidoki tu sendiri memang kawaii namun ada unsur 'brutal' dan rock sikit.  Hehe..  Kalau korang selalu tengok anime dari Jepun tentu korang tau ada unsur brutal dan garang sikit dalam satu-satu karakter dalam anime tu.  
Produk yang mereka hasilkan memang nampak kawaii, menarik dan colourful.  Produk doranglah yang pertama kali menarik hati aku untuk minat kepada benda comel-comel ni.  And design mereka memang lain daripada yang lain.  Kawan akulah yang memperkenalkan tokidoki ni kepada kitorang masa Form 3 dulu.
Antara produk daripada tokidoki:
Pencils and highlighters
Pencil case

Cantik kan? :3  I'm craving for this one 
Untuk yang lelaki pun ada jgak ye
Bag-bag yang dorang hasilkan
Wallpaper yang mereka design pun memang banyak yang menarik.  Korang bolehlah usha website mereka http://www.tokidoki.it.  Memang banyak yang menarik.  K take care people \ /




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 14 November 2012

Kes Mona Fandey


Salam bloggers.  Ada berita/cerita best aku nak kongsikan kali ni.  Tadi aku buat rondaan di Facebook, then aku terbaca satu link yang orang share di FB tu mengenai Mona Fandey.  (p/s aku pun tak pasti macam mana nak eja nama Mona tu sebab aku Google tadi ada yang eja 'Fandey' dan 'Fendi') Aku pun bertanyalah pada diri sendiri "Who the heck is Mona Fandey?".

Lepas tu aku Google Mona Fandey tu, barulah aku tau Mona tu pernah membunuh seorang bekas ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mazlan Idris.  Mona bersama-sama dengan suami (Mohd Affendy Abdul Rahman) dan pembantu mereka (Juraimi Husin) membunuh dan mengerat badan Datuk Idros.  Kejadian tu berlaku dalam bulan Julai 1993 so no wonderlah aku baru tau pasal ni sebab aku baru lahir tahun tu.  Maybe ada yang tak tau gak sebelum ni.

Mona Fandey, Juraimi (bercermin mata), dan Affendy (suami kepada Mona Fendi)

Untuk pengetahuan korang, Mona tu merupakan seorang penyanyi dan dia turut mengatakan dirinya merupakan seorang bomoh.  Nak tau cerita lebih lanjut, korang bleh klik sini.  Kat situ tuan punya blog ada menceritakan secara detail tentang apa yang terjadi.  

Yang ni illustrasi cara bahagian badan Datuk tu dipotong.

Mereka dah lama kenal dengan Datuk Idros tu.  Punca mereka melakukan pembunuhan tu kerana duit.  Mereka telah lama merancang pembunuhan tu (lubang tempat ingin menanam mayat telah digali, dan 2 bilah parang serta kapak telah diasah terlebih dahulu) kerana mereka tahu Datuk Idros akan datang ke rumah mereka, yang dikatakan ingin mandi bunga.  Juraimi tidak berbincang dan merancang pembunuhan tu bersama-sama merekat tetapi dia hanya menurut sahaja apa yang diarahkan oleh Affendy.  Semasa nak mandi bunga tu lah pembunuhan tu dilakukan.

Cara mereka membunuh tu memang mengerikan kerana Datuk Idros tu ditetak/dipancung terlebih dahulu menggunakan kapak.  Masa tu mata Datuk Idros ditutup oleh Affendy dengan tangan.  Datuk Idros tak melawan langsung sebab mungkin Datuk ingatkan itu adalah sebahagian daripada proses ketika mandi bunga.  Kemudian badannya ditetak kepada 18 kerat dan ditanam di stor dan lantai stor tersebut disimenkan semula.  What the...  Memang kejam sangat.  Tapi bak kata peribahasa, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.  Dah macam Karam Singh lah plak ku kan.  Hoho..  Selepas perbicaraan mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati, setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.

There are two things that have great power; love and money.  






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday 13 November 2012

Lagu Patriotik - Terima Kasih Malaysia



Dengar lagu ni selepas Buletin Utama di TV3 tadi.  Lagu dan videonya best.  Video ni diambil di sekitar Sarawak seperti di Kampung Budaya Sarawak dan Waterfront, Kuching.  Baru kali ni aku tengok iklan ni, sebab aku jarang tengok tv kot.  Hoho..  Tengok iklan ni tadi buat aku rasa lebih bersyukur dan rasa beruntung sebab tinggal di negara Malaysia. :)
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Segmen: Saya nak kenal awak...


Nak join?  Klik sini

Hello bloggers! Salam perkenalan... :)  

Nama penuh:  Christine Anak Tapin
Asal:  Lundu, Sarawak
Status:  In an unstable relationship :P
Tarikh lahir:  2/3/1993
Start blogging:  Mac 2012
Matlamat blogging:  Mula-mula untuk suka-suka je.  Aku juga nak berkongsi dan meluahkan apa yang ada dalam kepala otak aku.  
Aku seorang yang:  Shy at first but if I know u for a long time u'll know the real me, minat sangat Avenged Sevenfold

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Donatello Si Kura-Kura Hijau


Donatello..  

Semalam aku g jalan-jalan dengan kakak aku kat Kuching.  Saja sukat jalan.  Hehe..  Kitorang g e-mart ngan Kuching Central.  Sebenarnya dari dulu lagi aku nak beli kura-kura hijau yang kecil ni.  Nampak comel sangat.  Kalau tak cute, taklah aku nak beli kan?  Hehe...  Aku bagi namanya Donatello, salah satu nama empat beradik dalam cerita Teenage Mutant Ninja Turtle. ^o^  Walaupun di hujung tajuk cerita tu 'turtle', warna hijau kura-kura ni mengingatkan aku tentang dorang.  Lagipun aku suka tengok cerita tu.  

Yang ni aku beli di Kuching Central, RM9.50.  Mahal lah jgak kan.  Mula-mula dulu di kedai yang sama harganya cuma RM8.00, sekarang dah naik RM1.50.  Kalau di e-mart yang terletak di Matang tu plak lagilah mahal.  RM12.00 seekor.  Tak sanggup aku nak beli, dah mahal sangat tu.  Lagipun saiznya masih sama.  Sanggup kitorang dari e-mart pergi ke Kuching Central sebab nak beli kura-kura ni.

Semalam aku beli akuariumnya yang jenis plastik tu dengan harga RM4.80 dan makanannya sekali yang berharga RM3.00.  



So kalau dikira semua perbelanjaan aku untuk membeli kura-kura ni adalah RM17.30.  Kalau duit dah masuk nanti, aku nak beli plak beberapa ekor lagi.  Kesian yang ni sorang-sorang je.

Aksi si Donatello di bawah ni.  Masih pemalu lagi, asyik diam bawah pelampung dan pecahan pasu tu je.



Aku belum pasti lagi jantan betinanya.  Nanti aku buat research pasal kura-kura ni.  Aku tanya kat taukey kedai tu pun dia tak tahu -.-"







If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 12 November 2012

Kenapa Nak Buang Bayi?


Bayi, bayi, bayi...  Siapa yang tak suka baby?  Aku suka sangat sebab dorang comel/cute/kawaii apabila mereka bwat mimik-mimik muka yang tertentu.  Then aku juga suka dengan kelakuan mereka yang kita tidak jangkakan.  Tu yang bleh buat kita stress kita hilang.  Kalau tak percaya, tanyalah kepada yang dah ada title ibu dan ayah tu.  Hee... :D Kadang-kadang memang arr kita bleh rasa annoying gak ngan kelakuan mereka yang tak nak duduk diam tu, tapi dah nama pun masih baby kan.  Hehe..

Di bawah ini ialah gambar budak-budak yang mak aku jaga, anak kepada cikgu di sekolah yang sama tempat bapa aku mengajar.

Yang ni nama panggilannya Kumang, baru masuk 1 tahun, and masih jalan terkedek-kedek lagi.  Hehe

Yang ni plak Jamie, umurnya baru 3 tahun.  Dah pandai mengira dari nombor 1-10 dalam BI.  Hobinya suka mendengar lagu...  Akulah yang bawa pengaruh kepada dia tu -.-"

Aku suka sangat bila mak aku setuju nak jaga mereka masa aku form 4 dulu.  Sekarang dah masuk 3 tahun lah mak aku jaga anak cikgu ni.  Ada orang bagitau, lepas ada anak, rezeki mereka jadi banyak.  Then maybe ada yang rasa anak tu menyusahkan.  Tapi seperti yang kitorang ada belajar, anak-anak ni kelaklah yang akan mendoakan kesejahteraan kita apabila kita dah tiada kelak.  

So kenapa nak buang bayi kalau anda yang memulakan masalahnya terlebih dahulu?  ;{





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday 10 November 2012

Carpal Tunnel Syndrome


Attention kepada orang-orang yang selalu menggunakan komputer, laptop dan yang sama waktu dengannya.  Penyakit ini mudah dialami oleh orang-orang yang aku mention tadi.  Dan info kali ini aku ingin kongsikan terutamanya kepada bloggers kerana kita sering menaip dalam masa yang agak lama untuk mengupdate blog kita. *of course lah kita menaip kan?  Apa punya ayat lah yang aku guna ni -.-" *  Ada juga punca lain yang menjadi penyebab kepada penyakit ni seperti obesiti, mengandung dan diabetes.  Jadi yang ni pun untuk peringatan kita bersama.  Maybe ada yang dah tahu pasal ni.  Kepada yang tak tahu, jom baca.

Kitorang masa part 1 dulu ada belajar typing dengan cara yang betul dan kami dikenalkan dengan penyakit ni.  Penyakit ni adalah sejenis penyakit di pergelangan tangan kerana kita sering menggunakannya dan tekanan banyak dikenakan kepada pergelangan tangan kita ni tadi.  Antara symptom penyakit ni ialah rasa kebas dan berdenyut-denyut di pergelangan tangan kita.

Kalau penyakit ni dah jadi serius, pembedahan terpaksa dilakukan.  Cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkannya ialah dengan menyesuaikan kedudukan keyboard dan ketinggian kerusi mengikut keselesaan.  

Cara yang betul menggunakan komputer.  


So penyakit ni kita boleh elakkan.  Lebih baik mengelak daripada mengubati bukan?  Duit kita pun jimat.  Hoho..  K, take care people.






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monster Inside Me?



Salam 1 Malaysia bloggers yang ku sayang dan cinta sekalian.  Hoho..  Mood banyak baik, jadi aku pun rajin nak update blog.  Tapi ada satu benda yang buat aku bingung tak habis-habis ni.  Badan aku tak nak membesar, memanjang (maksud aku semakin tinggi.  jangan salah faham pula ek.  hehe) adalah walaupun tak panjang mana pun.  Apa yang aku maksudkan dalam tajuk di atas ialah, macam ada benda dalam badan aku ni yang makan semua makanan aku.  Huh..  Tinggi aku 162cm, berat aku tak nak gtau.  Privasi ok.  Hahah :D

Masalah aku kat sini ialah berat badan aku susah nak naik.  Bukan sebab aku tak suka makan ke, banyak main ke.  Masa cuti semester ni aku rasa memang aku banyak makan arr gak.  Tapi bila aku rasa aku banyak makan, masa tu gak arr aku rasa aku ni makin mengecil.  Hahahampeh tol...

Aku tak tau arr dalam perut aku ni ada black hole ke ape aku mudah rasa lapar sekarang.  Kalau nak kata cacing, aku ada juga makan ubat cacing sebelum ni.  Tapi selalunya kalau kes macam ni (eceh.. :P), mesti sebab metabolisma aku tinggi.

So bagi korang yang ada baca or terbaca post aku ni, bleh tak korang bagi tips or cadangan kat aku cara nak tingkatkan berat badan ni.  Hehe..  Selalunya orang bingung nak makan banyak sebab takut berat badan makin naik, aku plak lain.
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday 9 November 2012

Result Exam Pelajar Diploma UiTM Dah Keluar!


Selamat pagi bloggers.  Salam Jumaat.  9/11/2012 tarikh yang ditunggu-tunggu bagi pelajar Diploma UiTM di seluruh Malaysia.  Selepas pukul 12:00 a.m tadi pun dah ada juga result yang disend ke email para pelajar.  Dan aku yakin and pasti kat Facebook and Twitter ramai pelajar diploma dari UiTM tengah post pasal result sekarang.  Aku bangun pagi tadi terus on laptop, nak cek result.  Hehe..  Mana taknya, dari semalam aku nervous pasal result ni.  And I'm jumping over joy right now and senyum sampai kat telinga.  Muehehe...

Result aku:

Thanks God aku dapat maintain keputusan aku walaupun taklah sehebat result kawan-kawan aku yang lain. Tak sangka plak aku dapat AD lagi sem ni sebab ada satu dua subjek yang aku selalu dapat markah rendah semasa quiz and aku hanya berharap semua subjek aku semasa sem 3 ni tadi lulus.  Aku puas hati dengan keputusan aku sebab ni sebab aku dah berusaha untuk memperbaiki markah aku semasa final exam sem 3 ni tadi.  

Aku nak ucap tahniah kepada kawan-kawan aku yang dapat result gempak dan juga kepada student UiTM yang lain.  Terima kasih juga kepada yang mendoakan aku untuk final exam ni tadi.  :)  



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 7 November 2012

Susah Nak Buang Barang



Hard to throw something away especially when memories are attached to it.

Hey ya bloggers.  Cuba check bilik korang or rumah korang, ada tak barang yang dah lama tak dipakai dan tak diusik-usik lagi?  Kalau ada, maybe korang pun ada masalah macam aku gak arr.  Aku susah nak buang suatu-suatu barang tu walaupun aku tau benda tu akan jarang dipakai ataupun tidak akan dipakai lagi.  Terutamanya bila aku ada kenangan bersama barang tu.  Hee..  Mungkin sebab tu arr aku sayang nak buang barang, tetapi kat rumah memang banyak barang yang dah tak diguna.

Pernah tak korang tengok Clean House kat channel 702 di mana pihak Clean House akan pergi ke rumah orang yang menghubungi mereka untuk menyelesaikan masalah rumah yang bersepah tahap dewa.  Memang bersepahlah rumah mereka.  And apabila ditanya mengapa rumah mereka boleh jadi macam tu, jawapannya mereka sayang nak buang barang tu sebab barang-barang tu dijadikan kenangan oleh mereka.  Kita semua pun ramai yang macam tu gak kan?  

Well bagi aku, kenangan tu kita takkan lupakan setelah barang tu kita buang kalau hati dan fikiran kita tak berubah.  Tetapi kita tetap ingin melihat benda tu kat depan mata, semakin ditatap, semakin sayang and semakin kuat ingatan pada kenangan tu bukan?  Kalau barang yang kita sayang tu dah banyak sangat, mana tau bleh buat mini muzium nanti.  Hee..

Old thing doesn't means that it does not has value.  It might has the highest value than the new one.



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you