Thursday, 22 November 2012

Ulasan Filem In Time



Haloha people...  Pernah tak korang tengok cerita In Time ni yang dilakonkan oleh Justin Timberlake dan Amanda ni?  Maybe korang dah tengok kan.  Jalan ceritanya memang menarik, dan apa yang aku suka ialah dalam cerita ni kita boleh kaitkan dengan bidalan atau kata hikmat "masa itu emas".  Justin Timberlake memang pandai memainkan wataknya dan aku akui memang dia pandai berlakon.  Hoho...  Then Amanda plak memang nampak comel dengan rambutnya yang pendek.  JT melakonkan watak seorang pemuda yang datang dari kawasan setinggan manakala Amanda plak datang dari keluarga yang berada.

Dalam cerita ni setiap orang ada jangka hayat hidup mereka sendiri.  Bilangan berapa jam dan saat mereka akan hidup ada tertera pada lengan mereka.  Dan mereka menggunakan jam/minit/saat yang mereka ada untuk membeli barang ataupun menggunakan perkhidmatan yang disediakan contohnya sekiranya mereka ingin menaiki bas, mereka terpaksa membayar sebanyak 2jam.  Tiada istilah money/duit/fulus dalam cerita ni ya.  So bagi sesiapa yang mempunyai jangka hayat hidup yang lama kiranya mereka memang kaya raya lah dalam cerita ni.  Oleh itu ada yang sanggup merompak atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan masa daripada orang lain.  Masa tu boleh dipindahkan kepada orang lain dengan memegang lengan mereka.





So memang cunlah bidalan "masa itu emas" dalam filem ni tadi.  Tapi dalam konteks hidup kita yang sebenar, ramai yang suka melengah-lengahkan masa.  Termasuk akulah...  Huhu..  Terutamanya kalau ada kerja atau assignment selalu je procrastinate.  And dalam cerita ni tadi aku sedar masa memang cepat berlalu.  Tapi kalau kita dapat tahu jangka hayat kita, aku rasa memang ramailah yang mula menghargai masa.  Kalau masa kita dah nak habis di dunia ni, mulalah kita berusaha lebih gigih untuk mencapai apa yang kita mahukan.  Kita juga akan lebih menghargai masa yang ada ketika bersama-sama dengan orang yang kita sayang dan kita akan mencari masa untuk bersama mereka.  In conclusion, cerita ni memang memberi kesan yang positif kepada kita.

"All we have to decide is what to do with the time that is given to us" J.R.R. Tolkien



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

1 comment:

THE AUTHOR said...

Masa tu emas..aku sokong