Friday 25 May 2012

Gawai dan Cuti Semester



Selamat hari Jumaat.... ;))  Selepas hari ni jarang lah nak update blog lagi.  Dah nak sibuk buat persediaan hari gawai.  Lagi pun cuti semester dah nak habis.  Lepas ni dah upgrade jadi budak part 3 dah.  Hehe....  Harap-harap semester tiga ni pun dapat result yang bagus gak.  Amen...  Finger crossing.  Petang ni nak g jalan-jalan sambil beli barang untuk sambut hari gawai.  Lagi, nak beli bahan untuk buat kek keju.  Nak try resepi tu untuk gawai ni.  Harap-harap menjadi arr...  Tengok macam sedap je.  Hee....  Melehleh air liur...



post signature
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday 24 May 2012

Tebuan Punya Pasal




Hey ya...Nak tanya dulu.  Siapa pernah kena sengat tebuan kat sini, angkat tangan?  :P Kali ni nak cerita pengalaman saya disengat tebuan masa tahun 3 dulu.  Sampai sekarang saya teringat apa yang berlaku masa tu. 

Tiap-tiap pagi bapa saya akan hantar saya dan adik lelaki saya ke sekolah pada pukul 6:30 pagi.  Tapi kelas start dalam pukul 7:30 pagi dan kami ada masa untuk buat kerja lain sebelum kelas start.  Selalunya saya dan kawan-kawan jalan kaki pergi ke pasar Sematan yang jaraknya dalam 500m dari sekolah kami.  Tapi saya tak pernah gtau parent saya pun yang kami selalu pergi ke pasar setelah berada di sekolah.

Pada suatu hari (wahhh ayat….haha), kawan saya, Lady ajak saya jalan kaki pergi ke pasar.  Saya ajak arr adik saya tu sekali.  Time kitorg dari sekolah pergi ke pasar tu tak nampak apa-apa yang pelik pun.  Lepas beli barang kitorg terus balik ke sekolah.  Then time nak balik lagi ke sekolah kitorg nampak banyak sangat tebuan beterbangan kat jalan yang kami perlu lalui untuk balik ke sekolah.  Masa tu kitorg pun dah berhampiran ngan sekolah dah.  Lepas tu saya ajak arr kawan saya redah je melalui kawasan tebuan tu, lari laju-laju supaya tebuan tak dapat nak kejar (budak-budak masih masa tu, fikiran pun tak betul sangat).  Rupa-rupanya pilihan yang saya buat tu bukanlah pilihan yang terbaik. 

Sebab:
Time redah kawasan tebuan tu, banyak tebuan yang mengerumuni saya kerana mengganggap saya mengancam mereka.
Bunyi tapak kaki saya semasa berlari telah menarik perhatian tebuan tersebut terhadap saya.
Tebuan sampai masuk ke dalam baju.  Tak terkira banyaknya…  Bahagian kepala yang banyak disengat dan saya rasa panas dan sakit sangat sebab banyak bahagian badan yang kena sengat.

Nasib baik adik saya kat belakang sikit masa tu, tak teruk sangat dia kena sengat.  Manakala Lady dan murid yang lain yang turut ada melalui kawasan tu tadi tidak disengat langsung.  Malang sungguh nasib saya masa tu.  Huh…  Then dah sampai kat sekolah saya menangis-nangis dan pengawas bawa saya pergi ke bilik guru.  Makan ubat sikit dan cikgu call parent saya.  Parent saya terus datang dan bawa saya dan adik ke klinik.  Baru dorang tau saya selalu pergi ke pasar sebelum kelas start.  2 hari saya tak pergi ke sekolah sebab tangan kiri saya masih kembang kesan daripada sengatan tebuan tu.  Kesan daripada peristiwa tersebut, kalau saya nak beli barang di pasar (macam snek dan gula-gula), bapa saya akan hantar saya ke pasar terlebih dahulu sebelum ke sekolah.  Saya pun dah tak berani nak jalan g pasar tu/

Then dah sembuh, saya pergi ke sekolah balik.  Barulah saya tahu tebuan-tebuan berterbangan kat kawasan jalan raya tu sebab sarangnya kat atap sebuah rumah di tepi jalan tu dah dilastik oleh seorang murid sekolah lain (kurang asam punya budak).  Petang selepas sekolah hari saya diserang tebuan tu pula bapa kepada Lady yang bekerja di bahagian Perhutanan membersihkan atau membuang sarang tebuan sambil menghalau tebuan tu menggunakan asap. 

Jadi saya nak nasihatkan, kalau terserempak dengan sekumpulan tebuan atau serangga lain, jangan berlari dan berbuat bising.  Kalau boleh, elakkanlah melalui kawasan mereka.  Saya bernasib baik kerana masih dapat bertahan dan keluar daripada sekumpulan tebuan tu tadi dan mendapatkan rawatan secepat mungkin.




post signature
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 21 May 2012

Segmen 1 : Blogwalking sambil tambah follower bersama Myza


Nama saya Christine.  Tapi kawan-kawan dan orang yang rapat dengan saya salu panggil saya Kiko sejak kecil lagi.  Saya pelajar UiTM Kota Samarahan, Sarawak dan sekarang ni tengah cuti semester dan secara rasminya cuti tu akan tamat pada 10 Jun nanti.. Boring tahap gaban dah duduk lama-lama di rumah.  Kalau boleh nak on9 24/7 tapi mata pun dah nak jadi macam mata panda dah.  Hehehe.....   


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Jom Tambah Income dengan Heartbeat


Alright...Siapa-siapa yang nak tambah income melalui blog, bleh lah join Affiliate Program di Heartbeat.  Free je nak join. Join ramai-ramai lagi baik.  Hehehe....  Cara nak join pun senang.  Meh saya tunjukkan.

1.  Klik banner Heartbeat kat sidebar saya


2.  Then klik yg "LET US START...." tuu


3.  Pas tu klik 'Create Account'


4.  Then isi arr detail-detail yang diorang nak tu.  Mesti betul tau.  Tak leh bohong.  Heee....  Lepas siap isi, klik 'submit'


5.  Then lepas submit tu tadi, diorang ada mintak korang isi detail lagi.  Isi sampai lengkap and submit gak macam tadi.

6.  Lepas semua proses register atau buat akaun tu selesai, korang klik 'Get a Code'


7.  Then korang boleh pilih bentuk banner macam mana yang korang nak


8.  Design > Dashboard > Add gadget > html/javascript then korang copy code bentuk banner yang korang nak dan pastekan. 


That's all!... :))   

*Sorry sebab step ke-5 tu x jelas sangat sebab masa create acc. kat heartbeat tu saya x copy skrin*



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Bittersweet Moment @ PLKN



Siapa yang pernah join PLKN?  Rugi arr bagi sesiapa yang tak pernah or tak dapat join.  Mula-mula start latihan tu memang arr rasa bosan sangat, tapi lama-lama, dah mula bergaul ngan kawan baru, rasa bosan memang tiada.  Rindu dengan orang di luar tetap ada lah.  Hehe..

So nak dijadikan cerita, 2 Januari 2011, saya telah pergi mendaftar untuk mengikuti PLKN.  Saya telah terpilih untuk menjalani latihan tersebut di Kem Juara Serian bagi Kumpulan 1 Siri 8/2011 bersama beberapa orang rakan sekolah saya.  Mula-mula memang malaslah nak pergi sebab ingatkan PLKN tu membosankan.  Lebih-lebih lagi bila terfikir hp hanya dibagi kepada kami pada hujung minggu sahaja.  Susah arr nak mesej kawan-kawan yang lain.  Dah sampai kat kem, kami dibahagikan kepada 4 kompeni; Alpha, Bravo, Charlie dan Delta.  

Aktiviti yang selalu dibuat:
  • Dalam tempoh latihan tu, tiap pagi sebelum pukul 6:00 pagi kami mesti sudah berkumpul di padang kawad untuk menyanyikan lagu Negaraku.
  • Ada program Mentor Mentee (Setiap jurulatih PLKN akan mempunyai tidak lebih daripada 10 org pelatih untuk dipantau dan perjumpaan akan diadakan sekali seminggu)
  • Setiap petang para pelatih akan mengadakan aktiviti riadah seperti bermain bola tampar dan bermain bola sepak. (Masa ni best sebab dapat main dan bergaul bersama pelatih lelaki...hehehe :D)
  • Hari Isnin sampai Jumaat ada kelas pada sebelah pagi dan petang (Mula-mula start kelas memang boring sebab belum kenal kawan yang lain lagi.
Bittersweet moment:
  • 1st time saya pakai tudung masa PLKN tu sebab jurulatih nak pakaian kami seragam untuk pertandingan kawad kaki.  Keputusannya, kompen kami menang tempat pertama untuk kawad kaki wirawati.  Memang berbaloi...  Ngeee ^^
  • Kami selalu kena marah oleh jurulatih yang menjadi warden (Cikgu VJ) untuk dorm kami sebab keadaan dorm selalu tak kemas.  Ada suatu masa tu Cikgu VJ taknak tegur kami langsung sebab sakit hati tengok keadaan tempat tidur kami.  Satu dorm mintak maaf kat depan bilik cikgu tu sampai menangis-nangis tapi cikgu taknak buka pintu pun. (Dah macam cerita P. Ramlee tu kitorg minta maaf. T^T).  Tapi tak sia-sia kami kena marah sebab dorm kompeni kami pun dapat tempat pertama untuk pertandingan dorm terbaik.
  • Lama-lama, dah rapat dengan pelatih dari kompeni yang sama, tiada lagi rasa bosan 3 bulan menjalani latihan tuu.  Mana tak rapat, mandi sama, makan sama, tidur pun sama.  Hehehe....  Tapi sayang tak bawa cam masa tu.  Sikit je gambar masa saya masa pergi PLKN yang saya daripada rakan yang lain.    Dah last-last tu rasa tak nak pulang rasanya, masa pun cepat berlalu Pada malam terakhir kat kem tu, ramai yang nangis.  sob sob sob... Tapi air mata saya tak nak klua arr.  Kawan cakap saya takde prasaan =.=" .  hahahampeh.....  Apa-apapun, PLKN menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin dan pandai bergaul (Selalunya saya pendiam je, budak baik kononnya)  
Sekarang nak share gambar masa saya join PLKN tu

Saya yang pegang hamper tu, semua kulit muka dah hitam sebab selalu berpanas.  Nasib x jadi macam ikan masin. hee


Masa Pertandingan Sukan antara Kem Puncak Permai, Kem Juara dan Kem Putra Sentosa di Sematan

Malam Penutup di Kem Juara, Serian





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday 17 May 2012

Segmen Blogwalking dan Follower Diari Farisha Bulan Jun



Beberapa jam yang lalu saya blogwalking then terbaca plak pasal segmen ni.  Segmen camni bleh buat blogger-blogger knal sesama sendiri dan tambah follower masing-masing.  Saya dah join dan harap-harap bleh tambah follower gak. ^^  hehe...
Kalau nak join, bleh gi sini.  Jom lah join! ^________^





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 16 May 2012

Everlasting Love




Setiap perhubungan tidak sah jika tiada pergaduhan atau perselisihan pendapat.  Sesetengah orang berpendapat, sekiranya kita mempunyai minat yang sama dengan seseorang, hubungan kita dengan orang tersebut akan menjadi lebih serasi.  Namun sebaliknya saya berpendapat sekiranya kita mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai minat yang berbeza itu akan membuat hubungan kita lebih menarik kerana kita boleh mempelajari atau berkongsi benda baru dengan pasangan kita.  Untuk membuat perhubungan tersebut kekal lama, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan.  Saya bukanlah seorang yang pandai dalam bab-bab bercinta (Saya bukan jiwang orangnya), tetapi apa yang saya kongsikan kepada anda kali ini adalah berdasarkan pemerhatian saya melihat hubungan rakan-rakan saya dan juga dari pengalaman saya sendiri.  

Tidak keberatan untuk meminta maaf
Meminta maaf tidak bermaksud kita yang bersalah tetapi kita tidak mahu pergaduhan anda dengan pasangan anda berterusan dengan lama.  Seseorang haruslah mengalah terlebih dahulu dan jangan mengapi-apikan pasangan anda. 

Mengakui kesilapan diri sendiri
Nobody’s perfect.  Sekiranya anda mengetahui anda yang silap, akuilah kesalahan anda.  Mungkin bagi pihak lelaki, mengakui kesilapan dan meminta maaf adalah sukar bagi mereka kerana ego mereka agak tinggi.  Namun anda haruslah memahami bahawa kesalahan atau kesilapan yang dilakukan olehnya berlaku kerana nobody’s perfect.  Tiada yang mahu melihat orang yang disayangi sakit hati bukan?

Tidak berahsia dan berterus-terang
Kejujuran adalah amat penting dalam setiap perhubungan.  Ini akan mewujudkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain. 

Bertolak ansur
Sekiranya pasangan anda sibuk melakukan kerja dan tidak sempat melayan sms atau call anda, berilah ruang kepadanya.  Jangan terlalu mengikut perasaan sendiri ok?

Saling mempercayai
Janganlah terlalu mengongkong pasangan anda terutamanya jika anda belum sah menjadi pasangan suami isteri.  Ini akan membuat pasangan anda berasa rimas dan mula untuk mencari jalan dan jawapan lain ataupun dalam erti kata lain cuba untuk menipu anda bagi mendapatkan sedikit kebebasan.  Namun kalau keadaan pasangan anda mencurigakan, bolehlah anda selidiki sedikit demi sedikit.hehee….Tapi janganlah buat-buat tidak kisah saja ye, takut nanti pasangan anda ingat anda tidak peduli tentang mereka. 

Komited
Untuk memastikan hubungan tersebut kekal lama, anda haruslah berusaha untuk mengekalkan hubungan tersebut.  Sedialah untuk menghadapi dugaan yang akan terjadi pada hari-hari seterusnya.

Tunjukkan rasa sayang  
Rasa sayang haruslah ditunjuk bukan melalui kata-kata sahaja malah dari segi perlakuan juga.  Namun bagi hubungan jarak jauh, selalulah mengucapkan kata sayang atau rindu (tapi jangan nampak seperti mengada-ada ye… :D ) Ambil beratlah tentang mereka ataupun sambut hari jadinya bersama-sama.

Selalu membuat kejutan
Belikan pasangan anda hadiah ataupun melawat ke rumahnya tanpa memberitahunya terlebih dahulu.  Selain itu, bolehlah juga anda membawanya membuat aktiviti kegemarannya.  Ini dapat mengelakkan hubungan anda menjadi hambar.

p/s:  Mungkin anda mempunyai cara anda yang tersendiri.  Yakin pada diri sendiri dan berdoalah juga supaya hubungan anda akan diberkati.  (Dah macam Dr. Love lh plak... :D )  

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 14 May 2012

Tips Menjaga Rambut


Seperti yang kita sedia maklum, rambut adalah mahkota wanita.  Oleh itu, amat penting bagi kita untuk menjaga rambut dengan betul.  Saya sering kali menukar gaya rambut dan menggunting rambut saya kerana saya cepat bosan dengan gaya rambut yang sama.  So, kali ni saya nak berkongsi cara-cara untuk menjaga rambut berdasarkan pengalaman saya plak.  Ini hanyalah cara untuk menjaga rambut yang asas sahaja.  Kalau tak tahu asas untuk menjaga rambut, susahlah untuk mengekalkan rambut yang sihat bukan?

Mencuci rambut

  • Untuk rambut yang panjang, rambut haruslah dicuci sekali sehari.  Ini bagi mengelakkan minyak yang berlebihan terdapat di kepala kita menyebabkan kegatalan dan membentuk kelimumur.
  • Untuk rambut yang pendek, rambut haruslah dicuci sekali 2 hari.  Ini bagi memastikan rambut tidak menjadi terlalu kering kerana rambut yang pendek akan menghasilkan minyak yang dirembes oleh kulit kepala kita sendiri.  Minyak tersebut turut membantu rambut kita tumbuh dan memanjang.
  • Selain itu, selepas mencuci rambut kita bolehlah menggunakan conditioner supaya rambut kita menjadi lebih lembut.
Menggunting rambut

  • Rambut haruslah digunting sekurang-kurangnya 6 bulan sekali, terutamanya hujung rambut kita sendiri.  Ini dapat mengelakkan rambut bercabang yang boleh menyebabkan rambut kita tidak  memanjang lagi.   
Rambut bercabang

Mengikat dan mendandan rambut
  • Tidak digalakkan untuk mengikat rambut dengan terlalu ketat kerana ini boleh menyebabkan rambut kita putus dan rambut yang terdapat berhampiran dengan dahi kita berkurangan.  
  • Gelang getah juga tidak digalakkan untuk digunakan mengikat rambut.  Sebaliknya gunalah ikat rambut dalam bentuk kain ataupun kelip rambut.
Ikat rambut kain





                                               


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday 13 May 2012

Tips Untuk Mencari Pekerjaan


Agak berdebu juga blog ini saya rasakan.  :D Bukan disebabkan saya jarang online, tapi disebabkan tiada idea mahu berkongsi apa dengan anda.  Setelah beberapa lama memerah otak (kononnya), saya ingin berkongsi dengan anda tips-tips atau cara-cara untuk mencari kerja yang kami pelajari sebagai pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, berdasarkan buku The Office, edisi ke lima.



Ketahui serba sedikit mengenai pekerjaan yang diinginkan.  Sebagai contoh, ketahui kelayakan pendidikan yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut.

Terokai peluang pekerjaan yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut.  Pelbagai laman web untuk mencari peluang pekerjaan yang boleh digunakan.Contoh:  e-recruitment dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam

Sediakan resume (Dalam satu m/s sahaja).  Maklumat di bawah haruslah terdapat di dalam resume:

  • Maklumat peribadi (nama penuh, alamat surat-menyurat,no. telefon, e-mail)
  • Kerja yang diinginkan (nyatakan jenis pekerjaan yang anda mohon)
  • Pendidikan (senaraikan nama sekolah-sekolah anda yang terdahulu,nama IPTA/IPTS serta tarikh menamatkan pelajaran bagi setiap sekolah dan IPTA/IPTS tersebut,menyenaraikan aktiviti-aktiviti  kokurikulum yang telah disertai, kepujian dan anugerah yang telah diperolehi semasa bergelar pelajar)
  • Pengalaman bekerja (senaraikan dalam susunan kronologikal bermula daripada pekerjaan yang terbaru,terangkan serba sedikit mengenai setiap pekerjaan tersebut)
  • Rujukan (senaraikan tidak lebih daripada 3 nama lengkap orang yang mengetahui kebolehan dan pendidikan anda serta menyertakan pangkat, pekerjaan dan no. telefon mereka)


Sediakan surat permohonan pekerjaan. (Dalam satu m/s sahaja)

  • Hantar surat kepada seseorang yang berkuasa bagi pekerjaan atau jabatan yang anda inginkan.  Klau memohon secara online, ikut arahan pada laman web tersebut.
  • Perenggan pertama:  Nyatakan sebab anda menulis surat tersebut dan nyatakan kedudukan pekerjaan yang anda berminat
  • Perenggan seterusnya: Nyatakan sebab anda layak untuk kedudukan pekerjaan tersebut.Kaitkandengan pendidikan ataupun pengalaman bekerja yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut.Nyatakan resume turut dilampirkan bersama surat tersebut sebagai rujukan beliau.
  • Perenggan terakhir:  Memohon temuduga


Hantar resume dan surat permohonan kepada syarikat-syarikat yang mempertimbangkan calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan.

Menerima temuduga-temuduga dengan syarikat yang ingin berbincang lebih lanjut mengenai peluang
pekerjaan yang anda.

Mengikuti semua temuduga

Menerima satu pekerjaan

DONE!! :))





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday 3 May 2012

Keindahan Semula Jadi @Lundu dan Sematan


Haloha.....Sudah lama rasanya tidak 'menulis' di blog ini.  Kali ni saya nak kongsi plak kecantikan semula jadi yang terdapat di tempat tinggal saya iaitu Lundu dan Sematan.  Ramai yang tidak mengetahui tempat ini.  Terdapat sesetengah rakan saya yang berasal dari Sarawak juga tidak mengetahui tentangnya.

Daerah Lundu terletak di dalam Bahagian Kuching, dan perjalanan dari Kuching ke Lundu mempunyai jarak dalam lebih kurang 90km dan mengambil masa kira-kira satu jam tiga puluh minit.  Manakala Sematan pula terletak di dalam Daerah Lundu.  Jarak dari Pekan Lundu ke Sematan pula ialah 28km.  Kedua-dua tempat ini mempunyai kecantikannya yang tersendiri selain daripada penduduknya yang hidup berbilang kaum.  Kebanyakan penduduk di Lundu berbangsa iban, melayu, cina dan bidayuh.  Dan yang lebih penting sekali, Daerah Lundu adalah satu-satunya daerah yang mempunyai kaum bidayuh selakau.  Saya dengan bangga nya mengatakan saya merupakan anak jati bidayuh selakau.hehee ;)   Kaum ini telah lama menduduki daerah ini.

Daerah Lundu mempunyai kawasan pantai yang sering dikunjungi orang ramai seperi Pantai Pandan dan Pantai Siar.  Terdapat resort seperti Resort Retreat yang menyediakan tempat penginapan untuk para pelancong.  Resort tersebut terletak berhampiran pantai dan pastinya para penginap dapat melihat permandangan yang cantik.  Selain itu juga, Pekan Lundu turut berlatarbelakangkan Gunung Gading yang juga merupakan Gunung Gading National Park.  Kita boleh melihat bunga Rafflesia dan mandi di air terjun.

Palm Beach Resort, Sematan

Sematan juga mempunyai banyak tempat yang menarik.  Pantai di Sematan sering dikunjungi pada hujung minggu.  Palm Beach Resort adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong.  Banyak lagi pantai yang tidak dibangunkan yang mempunya permandangan yang cantik.  Sekiranya kawasan tersebut dibangunkan, ini akan menarik lebih ramai orang untuk berkunjung ke Sematan. 
Air Terjun Kpg. Sebat Dayak
Kawasan sungai yang lain

Selain itu, terdapat sungai dan air terjun yang belum lagi tercemar dengan pembangunan di kampung-kampung di sekitar Sematan.  Air terjun yang terletak di Kampung Sebat Dayak, Jalan Pueh sering menjadi tarikan para penduduk dan pengunjung dari luar.  Tiada bayaran dikenakan untuk mandi di air terjun tersebut.  Manakala untuk aktiviti setiap tahun pula, Pesta Sematan akan diadakan pada tarikh-tarikh tertentu selama 3 hari.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Lundu dan Sematan, datanglah kat sini sendiri ek.  Hehe....

  





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you