Seperti yang kita sedia maklum, rambut adalah mahkota wanita. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk menjaga rambut dengan betul. Saya sering kali menukar gaya rambut dan menggunting rambut saya kerana saya cepat bosan dengan gaya rambut yang sama. So, kali ni saya nak berkongsi cara-cara untuk menjaga rambut berdasarkan pengalaman saya plak. Ini hanyalah cara untuk menjaga rambut yang asas sahaja. Kalau tak tahu asas untuk menjaga rambut, susahlah untuk mengekalkan rambut yang sihat bukan?
Mencuci rambut
- Untuk rambut yang panjang, rambut haruslah dicuci sekali sehari. Ini bagi mengelakkan minyak yang berlebihan terdapat di kepala kita menyebabkan kegatalan dan membentuk kelimumur.
- Untuk rambut yang pendek, rambut haruslah dicuci sekali 2 hari. Ini bagi memastikan rambut tidak menjadi terlalu kering kerana rambut yang pendek akan menghasilkan minyak yang dirembes oleh kulit kepala kita sendiri. Minyak tersebut turut membantu rambut kita tumbuh dan memanjang.
- Selain itu, selepas mencuci rambut kita bolehlah menggunakan conditioner supaya rambut kita menjadi lebih lembut.
Menggunting rambut
- Rambut haruslah digunting sekurang-kurangnya 6 bulan sekali, terutamanya hujung rambut kita sendiri. Ini dapat mengelakkan rambut bercabang yang boleh menyebabkan rambut kita tidak memanjang lagi.
- Tidak digalakkan untuk mengikat rambut dengan terlalu ketat kerana ini boleh menyebabkan rambut kita putus dan rambut yang terdapat berhampiran dengan dahi kita berkurangan.
- Gelang getah juga tidak digalakkan untuk digunakan mengikat rambut. Sebaliknya gunalah ikat rambut dalam bentuk kain ataupun kelip rambut.
Ikat rambut kain
No comments:
Post a Comment