Thursday 11 July 2013

Kem Bina Semangat Pelajar Part 1 :)


Hey yow people... :) Let's straight to the point.  Haha... Jumaat lepas, 5 Julai 2013 Persatuan OMSAR telah menganjurkan KBS untuk student part 1 bagi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM118).  KBS tu adalah wajib bagi semua student BM118.  Kami kem sampai hari Ahad di Rock View, Lundu.

Bersama sahabat; Annie, Delvin, dan Yan ketika OTW ke Lundu... Hewhew


Kami bergerak dari kampus dalam pukul 2 lebih macam tu.  Berapa lebihnya tu aku tak ingatlah plak.  AJK OMSAR seramai 21 orang bersama dengan 17x orang pelajar Part 1 yang telah dipaksa rela :D untuk menyertai kem tersebut sampai dengan selamatnya di campsite hampir pukul 5:00 petang.

And macam biasa, pada sebelah malam mesti ada ice-breaking, aktiviti dalam kumpulan di mana setiap kumpulan harus memilih nama kumpulan dan membuat logo mereka sendiri.

This is my group; Wonder Pet... Firstly hairan gak aku kenapa mereka guna nama tu, tapi whatever they like lah kan. Haha...

Lepas tu kami bagi mereka barang amanah yang perlu mereka jaga iaitu biskut dan name tag mereka masing-masing.  Masa tu memang lambat kami semua berehat, nak dekat pukul 3:00 pagi macam tu sebab malam tu kami ada buat aktiviti burung hantu atau blind trail.  Aku tak tahu yang mana satu nama aktiviti tu yang sebenar... Hehehe...

Pada hari Sabtu plak memang banyak aktiviti menarik yang kami buat; jungle tracking, berkayak dan juga abseiling.  Abseiling dan berkayak memang aku belum pernah buat sebelum ni.  Sayangnya masa aku PLKN dulu aku tak join berkayak dan abseiling tu.  Rugi3...  Firstly, kami beserta pelajar dari Group 4, 5 dan 6 pergi jungle tracking dahulu.   


Meet Yan... hehe

Shirley and Yan





Selepas jungle tracking, kami abseiling plak.  Nang best... Sekali cuba nak lagi yow...  Tengok dari atas memang gayat, tapi bila dah nak menuruni curam tu, rasa takut tu boleh hilang plak.

Pemandangan dari atas semasa nak abseiling... Nang kacak

Anak sapalah ni... Hahaha

Then3 dalam pukul 2 macam tu kami berkayak plak. Hohoho...

With our lecturer, Mr. Dean Nelson and Shirley. Hehe


Sebelah malamnya plak ada persembahan daripada para peserta...  


Pada hari Ahad plak mereka ada sukaneka dan masakan rimba...  Time sukaneka tu aku tak join sebab menolong fasi dan lecturer kami memasak di dapur.  Tu pun aku tak dapat tolong mereka lama-lama sebab aku turut disembur air oleh para peserta selepas mereka sukaneka. 


Petang tu aku pun tak ingat pukul berapa baru kami balik semula ke kampus. Hoho...  Yang penting kami dah sampai dengan selamat.  
Bagi aku KBS ni memang sesuai sangat diadakan bagi semua pelajar yang baru memulakan pengajian kerana ia akan membuatkan kita lebih tabah dan tahan dengan dugaan semasa di kampus.  Haha... Dugaan yang aku maksudkan ialah assignment yang berlambak dan juga kuiz, ujian and etc.  Lagipun kalau dah ada assignment tu sampai tak tidur kita dibuatnya bagi memastikan kita menyiapkan assignment/tugas yang diberikan dengan jayanya.

KBS ni adalah yang terakhir buat kami AJK OMSAR semester yang ke lima. Sob sob sob...  It's fun to work with the other committees where our bond is getting stronger than before.  Memang banyak kenangan bersama dengan ahli yang lain.  Ku akui aku akan merindui pengalaman ini semua setelah aku tamat pengajian tak lama lagi.  Thanks for the memories guys!

Banyak lagi gambar yang aku belum dapat daripada photographer kami... Hehe... Kalau dah ada nanti akan aku update lagi pasal KBS kami dalam masa terdekat ni.






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday 2 July 2013

Outdated 2: Khidmat Masyarakat Persatuan OMSAR di Betong


Selamat pagi, selamat malam, selamat petang, selamat tengah malam and selamat semuanya... Dah lama aku tak update blog ni.  Sebelum ni aku lagi mencari mood untuk mengupdate apa yang patut kat blog ni.  Hoho...

Baiklah, pada 14 Jun yang lepas aku bersama ahli AJK OMSAR yang lain seramai 21 orang dan lecturer kami iaitu Madam Siniter Saba, penyelaras bagi persatuan OMSAR telah mengadakan trip ke Betong untuk menjalani khidmat masyarakat di sana.  Kami bertolak dari kampus UiTM Kota Samarahan dalam pukul 2:00 petang.



Sebelum pukul 8:00 malam kami dah sampai di Bandar Betong.  Firstly kami singgah terlebih dahulu di rumah Madam Siniter, di rumah panjang Ng Ban untuk menghantar bag dan barang-barang yang telah kami bawa dari kampus.  Selepas itu barulah kami makan di Medan.


Then3, selepas makan malam kami pun pergi ke Dewan Rentap untuk menyiapkan apa yang patut seperti menyusun kerusi.  Selepas selesai semuanya kami pulang semula ke Ng Ban untuk membersihkan diri dan menyusun goody bags untuk dibagi kepada semua pelajar yang datang ke ceramah yang kami anjurkan.



Pada 15 Jun tersebut kami mengadakan sesi ceramah kepada para pelajar Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah terpilih (5 buah sekolah semuanya) di Daerah Betong seperti MRSM Betong dan SMK Ulu Layar untuk memperkenalkan syarat-syarat untuk kemasukan ke UiTM.  Nasib baik aktiviti yang kami anjurkan ni mendapat sokongan yang baik daripada pihak sekolah yang terlibat.





Program di Dewan Rentap tu tamat sebelum pukul 1:00 petang.  Selepas tu kami menjalankan gotong-royong di Klinik Mid Layar, klinik yang baru saja siap dibina.


Bersama staff dari Klinik Mid Layar

Aktiviti seterusnya ialah BBQ dan karaoke! Hehe...Happy hour lah katakan.  






Tengah malam baru sesi happy hour kami tu tamat... Hehe. Memang seronok kalau dah berkumpul dengan semua AJK tu (Skemanya bunyi ayat aku.  Ha.ha....).

Gambar sebelum kami kembali semula ke kampus pada 16 Jun 2013.  

Dah lama aku nak join khidmat masyarakat macam ni.  Rasa bersyukur sebab dibagi peluang untuk menjadi AJK OMSAR dan melibatkan diri dengan aktiviti macam ni. Weee.... (^ ^)  Sepanjang pergi dan balik dari Betong tu memang aku tak tidur sebab nak tengok pemandangan di sepanjang perjalanan.  Rugi wei kalau tidur.... Hahah...  Bukan selalu dapat join trip macam ni.  Trip ni akan membuatkan ku merindui kehidupan ku sebagai pelajar UiTM :') *emo lok bai...hehe*

p/s:  Thanks to my friend, Firdaus for those awesome photos. (^ ^)\/





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you