Friday 21 December 2012

Hadiah Giveaway Dah Sampai! :)


Hollaaa people....  Aku dah kat kampung sekarang ni.  Hoho..  And yang happynya masa aku dah kat bilik tadi aku tengok sampul surat daripada Tirah Zairi.  Weeee...  Aku rasa dah lama kiriman tu sampai, tapi aku je yang tak da di rumah.  Dah lama aku tunggu apa yang aku akan dapat untuk 18 peserta yang bertuah.  Hehe...  Then ini hadiah yang aku dapat


Cantik necklace ni.  Hee...  Bertambah lagi koleksi.  Xiexie sis! :)  Macam dah jadi hadiah untuk Christmas je rasanya.  ^^, Yang ni ialah entry untuk GA yang aku join tu.  Apa yang aku suka dengan cara beliau buat GA ni ialah pemilihan tak dibuat secara random.  GA beliau yang aku join tu ada suruh kitorang buat slogan dan pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang dibuat tu.  Well, fair and square lah kan.  Hee...  Aku harap bloggers lain pun boleh buat macam tu gak.  Baru ada produktiviti sikit.  Eceh ceh... Haha :D

Aku ni rajin gak arr join segmen and GA ni untuk support sesama blogger.  Tapi kalau banyak sangat syaratnya, aku pun jadi malaslah nak join.  Hehe.  Well, untuk GA bagi Tirah Zairi ni aku ada bertuah sikitlah.  Muehhehe... (^ ^)


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 19 December 2012

OMSAR Annual General Meeting


Weeee..... Khabar a bloggers?  Lama sudah aku tak update blog ni.  Dah lebih dari seminggu rasanya.  Almaklumlah kuliah dah start balik, memang banyak busy.  Dengan kuliah dan tugasan yang diberikan.  Lebih-lebih lagilah semester ni kitorang kena buat event.  Dan group kitorang telah bercadang nak buat luncheon talk untuk student part 3 (wajib join) dan terbuka kepada student part 4, 5, 6, dan seterusnya bagi student Office Management.

Malam tadi kitorang ada buat perjumpaan bersama-sama dengan lecturers dan pelajar-pelajar baru bagi sesi perkenalan.  Dewan Kuliah tu memang penuh dengan pelajar.  Kitorang plak ada buat jualan untuk mendapatkan wang bagi membuat event itu nanti.  Kira untung jugaklah kitorang, banyak barang yang laku.  Just air je yang tak habis dijual.  Aku ada gak tolong jual keropok corntoz semalam tapi sesungguhnya aku bukanlah jurujual yang bertauliah. hanya beberapa bungkus je aku dapat jual semalam.  Haha..  Dah habis satu DK tu aku pusing, aku bagi kawan aku plak untuk jual keropok tu.

Dan malam semalam juga kitorang ada pembubaran dan kemasukan ahli baru untuk mengganti ahli-ahli persatuan OMSAR yang lama.  Aku telah terpilih menjadi ahli untuk Biro Publisiti.  Memang aku rasa berbesar hati gak terpilih sebab semasa interview untuk pemillihan dulu lebih 20 orang pelajar yang dicalonkan.  Tak sangka gak aku terpilih sebab masa tu aku memang tak yakin sangat aku bleh jadi ahli yang bertanggungjawab.  Muehehehe.... :D  Sememangnya lepas ni aku akan menjadi lebih busy sebab untuk group kitorang pun aku dalam Promotion Committee.

Apa yang aku harapkan ialah aku dapat menyiapkan tugasan yang akan diberikan dengan sebaik-baiknya dan aku teruja nak bekerjasa dengan ahli OMSAR kali ni memandangkan ada beberapa orang kawan aku yang turut terpilih sama.  Hoho...
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 10 December 2012

Blog Dah OTW Sambut Krismas ^o^


Salam sejahtera bloggers sekalian.  It's Monday!  And yeah I still have Monday Blues for this semester.  Haha...  Tiap minggu Monday Blues, belum kerja lagi aku dah nak membebel plak pasal MB ni.  What the tuttt.....  Well memandangkan hari ni hari Isnin, tak bermaksud aku nak post pasal MB jgak.  Nak topik yang happening arr sikit.  Hoho...

Hari ni dah 10hb 12, so semangat aku nak menyambut Krismas pun makin kuatlah.  Kat kedai-kedai pun dah banyak dah yang pasang lagu Krismas.  Huhu nak balik tapi belum ada cuti lagi.  21hb baru kitorang dibagi cuti.  Termasuk sem ni dah terlepas dua kli lah caroling and pra-Krismas yang selalunya diadakan setiap tahun.  Apa yang aku boleh buat sebelum balik rumah ni hanyalah hias blog aku dengan header Christmas theme and tambah snow efek kat blog.  Hoho..  Ada salji kat blog pun jadilah... :P


Tak sabar nak cuti wei.  Haha...  2 minggu je lagi  ^___________^







If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday 7 December 2012

Pengalaman Ketakutan


Pengalaman ketakutan and pengalaman menakutkan ada sama tak maksudnya?  Haha..  Tolong bezakan ya.  Aku tak tahu nak gelak ke ape kalau difikirkan semula pasal malam tadi.  Nak dijadikan cerita, roommate aku balik ke rumahnya semalam dan tinggallah aku sorang kat bilik.  Dahlah semalam malam Jumaat, agak goyahlah sikit keberanian aku.  Haha...  And the story will begin.....................


Dalam pukul 11 macam tu aku dah otw tidur dah.  Satu lampu aku biarkan terpasang wok.  Hahah..  Nampak sangat aku ni takut tido sorang-sorang time kat hostel ni.  Then dalam pukul 1 pagi aku tersedar balik.  Cun gak masa tu bunyi anjing menyalak.  What the...  Dahlah aku teringat cerita senior sem lepas mengenai blok hostel kami ni, apalagi macam-macam aku imagine.  Bahlol punya Kiko.  Haha aku pun tak tahu, aku mudah sangat berfikir dan berimaginasi sebelum nak tidur.  Parah-parah...  Masa tu hati aku dah berdebar-debar and aku dapat rasa jantung aku berdegup makin kuat.  Aku mengaku aku takut semalam.  Hahahaiya... Aku sedar and bukak mata seluas-luasnya sampai pukul 3 pagi.  

Macam ni kot rupa aku malam tadi.  Muehehe...

And dalam masa beberapa jam aku tak tidur tu aku pun adalah berdoa. (Masa takut baru tau nak berdoa ya Kiko.  Padan muka aku T^T )  Baru hati ku rasa tenang sikit.  Dan dalam masa dah tenang tu jugaklah aku banyak berfikir.  So what did I think?  Aku berfikir, kalau aku ada benda macam pelindung ke, benda yang boleh jauhkan makhluk halus dari aku ke and whatsoever you wanna call it, maybe aku takkan takut.  Tapi selepas difikir balik sebenarnya kita boleh mengelakkan diri kita daripada berasa takut dengan iman dan fikiran kita sendiri.  Kalau benda yang aku mention kat atas tadi ada pun kita punya mind set je yang akan berubah.  Maybe kita akan mengatakan pada diri kita "Aku ada pelindung, tak perlulah ku takut.  Benda tu takkan kacau punya".  Hoho..  

Semalam time aku dah ngantuk sangat aku dah tak rasa takut dah lagi.  Yang ku harap ialah aku dapat tido nyenyak sebab pagi ni tadi aku ada kelas pukul 8.  Dan apa yang aku imagine masa tu ialah hantu takkan dapat masuk ke bilik sebab pintu berkunci.  Sebab dah ngantuk sangat kan, aku buatlah anggapan sendiri untuk menyenangkan hati.  Haha...  What the heck...  Dalam movie pun tak pernah ada hantu yang tak dapat masuk melalui dinding ke ape ke.  Tu lah sapa suruh penakut sangat.  Muehehe...  Lepas ni aku yakin and pasti roommate aku juga akan selalu pulang ke rumahnya sebab rumahnya tak beberapa jauh dari Kuching ni.  Pengalaman ni menyedarkan aku supaya aku mendalami lagi ilmu agama.  Hoho...  Bukan parent aku tak pernah suruh pun, aku je yang kurang kesedaran sivik sikit.  That's all for today.  Take care of yourself people. ^ ^ \ /



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday 5 December 2012

No More Malware :)


Hey yow bloggers.  Ok, dari tajuk di atas maybe dalam masa terdekat ni tadi ada daripada korang yang tidak dapat mengunjungi blog sendiri sebab blog korang terkena Malware yang dikatakan datang dari content Nuffnang.  Aku pun tak dapat nak jenguk blog aku sendiri.  Sob sob sob...


So apa yang aku bleh buat tadi hanyalah buang kod dari nuffnang tu den cuba nak buang Malware tu.  Tapi bila aku cek menggunakan WebMaster Tool tadi jawapannya blog aku takda yang infected pun.  Then masa aku habis kelas tadi aku cek email, aku dapat email daripada pihak nuffnang mengatakan masalah di atas.  Nasib baik mereka ambil immediate action dan masalah ni diselesaikan dalam hari ni je.  Thumbs up NuffnangX! :)

Aku dah nak bengang dah tadi bila dapat tau blog aku ada kemungkinan terkena Malware gak sebab dulu ada jugak aku pernah sekali, dari content satu website yang ada bagi freebies.  Dah takda dah iklan nuffnang ni di blog aku.  Masih trauma lagi ni.  Eceh... Haha..  Apa-apapun nasib baik tak serious sangat benda ni.  *Ada mood balik :D *  Ok, so long people \ /


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday 3 December 2012

Jom Blaja Bahasa Melayu Sarawak Part 2


Gambar dari kuching.olx.com.my

Salam sejahtera bloggers sekalian.  Seperti yang aku ada post sebelum ni, aku nak sambung balik benda ni.  Kalau nak usha yang Part 1 punya, klik sini.


  • Sinun - Sana
  • Polah - Buat
  • Gaok - Garang
  • Jaik - Jahat/Buruk
  • Pikey (sebutannya bunyi PK) - Fikir
  • Kepak - Letih
  • Rindok - Suka/Gembira
  • Tapok - Sembunyi
  • Gugok - Jatuh
  • Kamboh - Kecoh/Bising


So contoh ayat yang boleh dibuat menggunakan perkataan di atas ialah:
1. Pa polah kau sinun?
~ Awak buat apa di sana?

2. Aku pikey kau gaok tek.
~ Saya fikir kamu garang tadi.

That's all in Part 2 :)




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday 2 December 2012

It's A New Semester!



Hello bloggers...  Baru dapat aku update blog setelah beberapa hari aku tak online.  Traffic pun dah menurun semenjak ku jarang update blog ni -.-".  Ok..  Hari ni aku dah daftar kolej kediaman aku.  It's a new room, a new roommate and a new semester.  And apa yang selalu terjadi awal2 sem ni?

Kita baru-baru je kenal dengan roommate yang baru.  Normallah kalau ada rasa curiga kan dengan dorang.  Then kita selalu kunci almari kita walaupun dorang ada dalam bilik.  Mesti dorang akan cakap dengan diri mereka sendiri "Eleh...macamlah aku nak curi barang dia".  Kan3?  Kita pun ada gak berfikir macam tu kalau dorang buat benda yang sama.  Kalau tak pun maybe aku sorang yang berfikir macam tu.  Haha..  Peace yow.

Then salah satu kelemahan aku ialah susah nak mulakan perbualan dengan seseorang tu.  Terutamanya dengan orang yang baru aku kenal.  Contohnya dengan roommate aku yang baru ni, namanya Michelle asal dari Bau.  Aku ada try gak nak berbual dengan dia.  Adalah berbual pasal satu dua perkara.  Then kalau dah sama-sama dia, AWKWARD.  Hahahaiyo...  Tapi nasib baik dia pun tak sombong.  Just aku kalau dalam suasana baru aku banyak berdiam diri je.  Kalau dah selesa baru aku 'menggila'.  Muehehhe gelak jahat... :P Then we'll go to my timetable for this semester.


Jadual sem ni lagi pack dari sem lepas.  Hari Isninlah hari yang paling pack bagi kami.  Kelas dari pukul 10 pagi, then rehat dari pukul 1 sampai 2 petang dan sambung lagi kelas sampai pukul 7 malam.  Aku rasa untuk semester ni aku memang dah Monday Blues pada setiap hari Ahad.  Haha... Paraiiii.  Harap-harap aku bleh bertahan.  Chewahhh..   Macamlah aku pergi berperang cakap begitu kan.  :D



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you