Thursday, 3 May 2012

Keindahan Semula Jadi @Lundu dan Sematan


Haloha.....Sudah lama rasanya tidak 'menulis' di blog ini.  Kali ni saya nak kongsi plak kecantikan semula jadi yang terdapat di tempat tinggal saya iaitu Lundu dan Sematan.  Ramai yang tidak mengetahui tempat ini.  Terdapat sesetengah rakan saya yang berasal dari Sarawak juga tidak mengetahui tentangnya.

Daerah Lundu terletak di dalam Bahagian Kuching, dan perjalanan dari Kuching ke Lundu mempunyai jarak dalam lebih kurang 90km dan mengambil masa kira-kira satu jam tiga puluh minit.  Manakala Sematan pula terletak di dalam Daerah Lundu.  Jarak dari Pekan Lundu ke Sematan pula ialah 28km.  Kedua-dua tempat ini mempunyai kecantikannya yang tersendiri selain daripada penduduknya yang hidup berbilang kaum.  Kebanyakan penduduk di Lundu berbangsa iban, melayu, cina dan bidayuh.  Dan yang lebih penting sekali, Daerah Lundu adalah satu-satunya daerah yang mempunyai kaum bidayuh selakau.  Saya dengan bangga nya mengatakan saya merupakan anak jati bidayuh selakau.hehee ;)   Kaum ini telah lama menduduki daerah ini.

Daerah Lundu mempunyai kawasan pantai yang sering dikunjungi orang ramai seperi Pantai Pandan dan Pantai Siar.  Terdapat resort seperti Resort Retreat yang menyediakan tempat penginapan untuk para pelancong.  Resort tersebut terletak berhampiran pantai dan pastinya para penginap dapat melihat permandangan yang cantik.  Selain itu juga, Pekan Lundu turut berlatarbelakangkan Gunung Gading yang juga merupakan Gunung Gading National Park.  Kita boleh melihat bunga Rafflesia dan mandi di air terjun.

Palm Beach Resort, Sematan

Sematan juga mempunyai banyak tempat yang menarik.  Pantai di Sematan sering dikunjungi pada hujung minggu.  Palm Beach Resort adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong.  Banyak lagi pantai yang tidak dibangunkan yang mempunya permandangan yang cantik.  Sekiranya kawasan tersebut dibangunkan, ini akan menarik lebih ramai orang untuk berkunjung ke Sematan. 
Air Terjun Kpg. Sebat Dayak
Kawasan sungai yang lain

Selain itu, terdapat sungai dan air terjun yang belum lagi tercemar dengan pembangunan di kampung-kampung di sekitar Sematan.  Air terjun yang terletak di Kampung Sebat Dayak, Jalan Pueh sering menjadi tarikan para penduduk dan pengunjung dari luar.  Tiada bayaran dikenakan untuk mandi di air terjun tersebut.  Manakala untuk aktiviti setiap tahun pula, Pesta Sematan akan diadakan pada tarikh-tarikh tertentu selama 3 hari.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Lundu dan Sematan, datanglah kat sini sendiri ek.  Hehe....

  





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: