Wednesday, 16 May 2012

Everlasting Love




Setiap perhubungan tidak sah jika tiada pergaduhan atau perselisihan pendapat.  Sesetengah orang berpendapat, sekiranya kita mempunyai minat yang sama dengan seseorang, hubungan kita dengan orang tersebut akan menjadi lebih serasi.  Namun sebaliknya saya berpendapat sekiranya kita mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai minat yang berbeza itu akan membuat hubungan kita lebih menarik kerana kita boleh mempelajari atau berkongsi benda baru dengan pasangan kita.  Untuk membuat perhubungan tersebut kekal lama, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan.  Saya bukanlah seorang yang pandai dalam bab-bab bercinta (Saya bukan jiwang orangnya), tetapi apa yang saya kongsikan kepada anda kali ini adalah berdasarkan pemerhatian saya melihat hubungan rakan-rakan saya dan juga dari pengalaman saya sendiri.  

Tidak keberatan untuk meminta maaf
Meminta maaf tidak bermaksud kita yang bersalah tetapi kita tidak mahu pergaduhan anda dengan pasangan anda berterusan dengan lama.  Seseorang haruslah mengalah terlebih dahulu dan jangan mengapi-apikan pasangan anda. 

Mengakui kesilapan diri sendiri
Nobody’s perfect.  Sekiranya anda mengetahui anda yang silap, akuilah kesalahan anda.  Mungkin bagi pihak lelaki, mengakui kesilapan dan meminta maaf adalah sukar bagi mereka kerana ego mereka agak tinggi.  Namun anda haruslah memahami bahawa kesalahan atau kesilapan yang dilakukan olehnya berlaku kerana nobody’s perfect.  Tiada yang mahu melihat orang yang disayangi sakit hati bukan?

Tidak berahsia dan berterus-terang
Kejujuran adalah amat penting dalam setiap perhubungan.  Ini akan mewujudkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain. 

Bertolak ansur
Sekiranya pasangan anda sibuk melakukan kerja dan tidak sempat melayan sms atau call anda, berilah ruang kepadanya.  Jangan terlalu mengikut perasaan sendiri ok?

Saling mempercayai
Janganlah terlalu mengongkong pasangan anda terutamanya jika anda belum sah menjadi pasangan suami isteri.  Ini akan membuat pasangan anda berasa rimas dan mula untuk mencari jalan dan jawapan lain ataupun dalam erti kata lain cuba untuk menipu anda bagi mendapatkan sedikit kebebasan.  Namun kalau keadaan pasangan anda mencurigakan, bolehlah anda selidiki sedikit demi sedikit.hehee….Tapi janganlah buat-buat tidak kisah saja ye, takut nanti pasangan anda ingat anda tidak peduli tentang mereka. 

Komited
Untuk memastikan hubungan tersebut kekal lama, anda haruslah berusaha untuk mengekalkan hubungan tersebut.  Sedialah untuk menghadapi dugaan yang akan terjadi pada hari-hari seterusnya.

Tunjukkan rasa sayang  
Rasa sayang haruslah ditunjuk bukan melalui kata-kata sahaja malah dari segi perlakuan juga.  Namun bagi hubungan jarak jauh, selalulah mengucapkan kata sayang atau rindu (tapi jangan nampak seperti mengada-ada ye… :D ) Ambil beratlah tentang mereka ataupun sambut hari jadinya bersama-sama.

Selalu membuat kejutan
Belikan pasangan anda hadiah ataupun melawat ke rumahnya tanpa memberitahunya terlebih dahulu.  Selain itu, bolehlah juga anda membawanya membuat aktiviti kegemarannya.  Ini dapat mengelakkan hubungan anda menjadi hambar.

p/s:  Mungkin anda mempunyai cara anda yang tersendiri.  Yakin pada diri sendiri dan berdoalah juga supaya hubungan anda akan diberkati.  (Dah macam Dr. Love lh plak... :D )  

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: