Agak berdebu juga blog ini saya rasakan. :D Bukan disebabkan saya jarang online, tapi disebabkan tiada idea mahu berkongsi apa dengan anda. Setelah beberapa lama memerah otak (kononnya), saya ingin berkongsi dengan anda tips-tips atau cara-cara untuk mencari kerja yang kami pelajari sebagai pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, berdasarkan buku The Office, edisi ke lima.
Ketahui serba sedikit mengenai pekerjaan yang diinginkan. Sebagai contoh, ketahui kelayakan pendidikan yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut.
Terokai peluang pekerjaan yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Pelbagai laman web untuk mencari peluang pekerjaan yang boleh digunakan.Contoh: e-recruitment dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam
Sediakan resume (Dalam satu m/s sahaja). Maklumat di bawah haruslah terdapat di dalam resume:
- Maklumat peribadi (nama penuh, alamat surat-menyurat,no. telefon, e-mail)
- Kerja yang diinginkan (nyatakan jenis pekerjaan yang anda mohon)
- Pendidikan (senaraikan nama sekolah-sekolah anda yang terdahulu,nama IPTA/IPTS serta tarikh menamatkan pelajaran bagi setiap sekolah dan IPTA/IPTS tersebut,menyenaraikan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang telah disertai, kepujian dan anugerah yang telah diperolehi semasa bergelar pelajar)
- Pengalaman bekerja (senaraikan dalam susunan kronologikal bermula daripada pekerjaan yang terbaru,terangkan serba sedikit mengenai setiap pekerjaan tersebut)
- Rujukan (senaraikan tidak lebih daripada 3 nama lengkap orang yang mengetahui kebolehan dan pendidikan anda serta menyertakan pangkat, pekerjaan dan no. telefon mereka)
Sediakan surat permohonan pekerjaan. (Dalam satu m/s sahaja)
- Hantar surat kepada seseorang yang berkuasa bagi pekerjaan atau jabatan yang anda inginkan. Klau memohon secara online, ikut arahan pada laman web tersebut.
- Perenggan pertama: Nyatakan sebab anda menulis surat tersebut dan nyatakan kedudukan pekerjaan yang anda berminat
- Perenggan seterusnya: Nyatakan sebab anda layak untuk kedudukan pekerjaan tersebut.Kaitkandengan pendidikan ataupun pengalaman bekerja yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut.Nyatakan resume turut dilampirkan bersama surat tersebut sebagai rujukan beliau.
- Perenggan terakhir: Memohon temuduga
Hantar resume dan surat permohonan kepada syarikat-syarikat yang mempertimbangkan calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan.
Menerima temuduga-temuduga dengan syarikat yang ingin berbincang lebih lanjut mengenai peluang
pekerjaan yang anda.
Mengikuti semua temuduga
Menerima satu pekerjaan
DONE!! :))
No comments:
Post a Comment