Sunday, 2 December 2012

It's A New Semester!



Hello bloggers...  Baru dapat aku update blog setelah beberapa hari aku tak online.  Traffic pun dah menurun semenjak ku jarang update blog ni -.-".  Ok..  Hari ni aku dah daftar kolej kediaman aku.  It's a new room, a new roommate and a new semester.  And apa yang selalu terjadi awal2 sem ni?

Kita baru-baru je kenal dengan roommate yang baru.  Normallah kalau ada rasa curiga kan dengan dorang.  Then kita selalu kunci almari kita walaupun dorang ada dalam bilik.  Mesti dorang akan cakap dengan diri mereka sendiri "Eleh...macamlah aku nak curi barang dia".  Kan3?  Kita pun ada gak berfikir macam tu kalau dorang buat benda yang sama.  Kalau tak pun maybe aku sorang yang berfikir macam tu.  Haha..  Peace yow.

Then salah satu kelemahan aku ialah susah nak mulakan perbualan dengan seseorang tu.  Terutamanya dengan orang yang baru aku kenal.  Contohnya dengan roommate aku yang baru ni, namanya Michelle asal dari Bau.  Aku ada try gak nak berbual dengan dia.  Adalah berbual pasal satu dua perkara.  Then kalau dah sama-sama dia, AWKWARD.  Hahahaiyo...  Tapi nasib baik dia pun tak sombong.  Just aku kalau dalam suasana baru aku banyak berdiam diri je.  Kalau dah selesa baru aku 'menggila'.  Muehehhe gelak jahat... :P Then we'll go to my timetable for this semester.


Jadual sem ni lagi pack dari sem lepas.  Hari Isninlah hari yang paling pack bagi kami.  Kelas dari pukul 10 pagi, then rehat dari pukul 1 sampai 2 petang dan sambung lagi kelas sampai pukul 7 malam.  Aku rasa untuk semester ni aku memang dah Monday Blues pada setiap hari Ahad.  Haha... Paraiiii.  Harap-harap aku bleh bertahan.  Chewahhh..   Macamlah aku pergi berperang cakap begitu kan.  :D



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

2 comments:

MarliaMarble said...

selamat memulakan sem baru..! biasalah tu awal2 tak berapa nak friendly dgn rumate..nanti ok la tu kan..=D

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Berikan yang terbaik pada dunia, dan yang terbaik akan kamu dapatkan.