Selamat pagi, selamat malam, selamat petang, selamat tengah malam and selamat semuanya... Dah lama aku tak update blog ni. Sebelum ni aku lagi mencari mood untuk mengupdate apa yang patut kat blog ni. Hoho...
Baiklah, pada 14 Jun yang lepas aku bersama ahli AJK OMSAR yang lain seramai 21 orang dan lecturer kami iaitu Madam Siniter Saba, penyelaras bagi persatuan OMSAR telah mengadakan trip ke Betong untuk menjalani khidmat masyarakat di sana. Kami bertolak dari kampus UiTM Kota Samarahan dalam pukul 2:00 petang.
Then3, selepas makan malam kami pun pergi ke Dewan Rentap untuk menyiapkan apa yang patut seperti menyusun kerusi. Selepas selesai semuanya kami pulang semula ke Ng Ban untuk membersihkan diri dan menyusun goody bags untuk dibagi kepada semua pelajar yang datang ke ceramah yang kami anjurkan.
Pada 15 Jun tersebut kami mengadakan sesi ceramah kepada para pelajar Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah terpilih (5 buah sekolah semuanya) di Daerah Betong seperti MRSM Betong dan SMK Ulu Layar untuk memperkenalkan syarat-syarat untuk kemasukan ke UiTM. Nasib baik aktiviti yang kami anjurkan ni mendapat sokongan yang baik daripada pihak sekolah yang terlibat.
Program di Dewan Rentap tu tamat sebelum pukul 1:00 petang. Selepas tu kami menjalankan gotong-royong di Klinik Mid Layar, klinik yang baru saja siap dibina.
Bersama staff dari Klinik Mid Layar
Aktiviti seterusnya ialah BBQ dan karaoke! Hehe...Happy hour lah katakan.
Tengah malam baru sesi happy hour kami tu tamat... Hehe. Memang seronok kalau dah berkumpul dengan semua AJK tu (Skemanya bunyi ayat aku. Ha.ha....).
Gambar sebelum kami kembali semula ke kampus pada 16 Jun 2013.
Dah lama aku nak join khidmat masyarakat macam ni. Rasa bersyukur sebab dibagi peluang untuk menjadi AJK OMSAR dan melibatkan diri dengan aktiviti macam ni. Weee.... (^ ^) Sepanjang pergi dan balik dari Betong tu memang aku tak tidur sebab nak tengok pemandangan di sepanjang perjalanan. Rugi wei kalau tidur.... Hahah... Bukan selalu dapat join trip macam ni. Trip ni akan membuatkan ku merindui kehidupan ku sebagai pelajar UiTM :') *emo lok bai...hehe*
p/s: Thanks to my friend, Firdaus for those awesome photos. (^ ^)\/
1 comment:
nyamai manuk itu..
Post a Comment