2 minggu sudah berlalu... Kehilangannya amat kami rasai. For me, he was a great lover, brother, son and friend. Selama 4 tahun bersamanya membuat aku berubah menjadi seorang yang lebih baik. Memang banyak kenangan bersamanya yang tidak mungkin dapat dilupakan :')
Awal pagi 31 Mac yang lalu mendiang dan rakannya telah terlibat dalam kemalangan yang meragut kedua-dua nyawa mereka disebabkan oleh sebuah kereta yang tiba-tiba membelok/ingin membuat u-turn ketika motosikal mendiang ingin memotong kereta tersebut. Rakan mendiang meninggal di tempat kejadian manakala mendiang meninggal di hospital. Sehingga kini kami dan keluarga mendiang masih seakan bermimpi menghadapi kenyataan yang perit ini. Kehilangan orang yang disayangi membuatkan aku memandang sesuatu perkara melalui cara yang berbeza. Tapi yang pasti, Tuhan sudah merencanakan benda-benda yang lebih baik bagi kami yang kehilangannya. Biarpun kami semua menyayanginya tetapi Tuhan lebih menyayanginya.
Oleh itu di sini aku ingin tekankan supaya semua pemandu menghormati pemandu yang lain terutamanya bagi pemandu yang memandu kenderaan yang lebih besar. Well, tidak semua pemandu tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain bukan? Kemalangan yang melibatkan motosikal lebih banyak berlaku di dalam negara kita sendiri. Sila baca di sini untuk membaca luahan hati penunggang motosikal.
Aku juga ingin kongsikan supaya korang semua ucaplah apa yang korang nak ucap kepada orang yang korang sayang sebelum terlambat. Kita tidak mengetahui bagaimana atau bila nyawa kita dan orang yang kita sayang akan diambil. Aku bernasib baik kerana mempunya masa tersebut untuk mengucapkan apa yang aku ingin mendiang tahu.
Luckily Kaka has made me become a strong person. Banyak yang telah aku pelajari ketika bersama dengannya walaupun hasrat kami tidak kesampaian. Damailah engkau di sana :') May God bless your soul. Amen... Dirimu tetap di hati kami...
2 comments:
lama kamu berdiam.. xada update..
still looking for the mood to update this blog..hehe
Post a Comment