Tuesday, 26 March 2013

Outdated 1: Kem Bina Semangat untuk Student Part 1


Seperti yang telah aku katakan dalam entry yang lepas, semasa study break aku akan kongsikan apa yang telah aku lakukan dalam semester ni memandangkan aku tak sempat nak update blog untuk beberapa minggu.  So dalam kesempatan ni aku juga nak ucapkan good luck kepada UiTM students yang akan menduduki final exam tak lama lagi.

Semester ni merupakan kali pertama aku menjadi fasilitator untuk Kem Bina Semangat bagi student part 1 yang dianjurkan oleh OMSAR (Office Management Sarawak).  Kami pergi ke Kem Alapong, Lundu pada 18 - 20 Januari yang lepas.  Banyak pengalaman yang menarik yang aku dapat semasa menjadi fasi bersama AJK OMSAR yang lain.  Yang penting sebelum ni aku memang susah nak berinteraksi dengan orang yang baru aku kenal, tapi semasa kat kem ku blehlah aku minimize sikit kekurangan aku tu.  Hoho...

Selama 3 hari tu memang banyak aktiviti yang telah dibuat seperti jungle tracking dan merempuh halangan.  Penat memang penat, tapi itulah cabarannya ketika mengikuti Kem Bina Semangat sebab kalau kat kampus, lagi banyak cabaran yang akan kita hadapi seperti assignment, quiz/test yang datang bertubi-tubi.  Aku dah rasa dalam semester 4 ni memang lebih stress daripada semester-semester yang lepas tapi kesan daripada KBS yang aku join semasa part 1 dulu buat aku bleh tahan dengan semua tu.  Ecehhh...  Hehe...  

Semasa aktiviti dalam kumpulan.  Dorang tengah buat logo dan moto kumpulan mereka untuk sesi ice breaking.


Dalam KBS ni memang adalah dorang kena scream sikit.  Hehe... Tapi kitorang takda lah nak torture-torture dorang.  
Me with the other faci.. ;)

Faci semangat membuat senaman pagi :D

Merempuh halangan... Time ni yang best kacau-kacau dorang.  Hehe...

Keletihan memang terasa time KBS ni.  Tapi memang memang tak terasa tiga hari kitorang kat Alapong tu.  And yang paling best kumpulan aku dan kawan aku jaga dapat number tiga.  Hoho..  Tak sangka jgak sebab semasa kem tu ahli dalam group kitorang yang banyak masalah.  Tak sabar nak tunggu KBS untuk next sem! :D   






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: