Thursday, 11 July 2013

Kem Bina Semangat Pelajar Part 1 :)


Hey yow people... :) Let's straight to the point.  Haha... Jumaat lepas, 5 Julai 2013 Persatuan OMSAR telah menganjurkan KBS untuk student part 1 bagi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM118).  KBS tu adalah wajib bagi semua student BM118.  Kami kem sampai hari Ahad di Rock View, Lundu.

Bersama sahabat; Annie, Delvin, dan Yan ketika OTW ke Lundu... Hewhew


Kami bergerak dari kampus dalam pukul 2 lebih macam tu.  Berapa lebihnya tu aku tak ingatlah plak.  AJK OMSAR seramai 21 orang bersama dengan 17x orang pelajar Part 1 yang telah dipaksa rela :D untuk menyertai kem tersebut sampai dengan selamatnya di campsite hampir pukul 5:00 petang.

And macam biasa, pada sebelah malam mesti ada ice-breaking, aktiviti dalam kumpulan di mana setiap kumpulan harus memilih nama kumpulan dan membuat logo mereka sendiri.

This is my group; Wonder Pet... Firstly hairan gak aku kenapa mereka guna nama tu, tapi whatever they like lah kan. Haha...

Lepas tu kami bagi mereka barang amanah yang perlu mereka jaga iaitu biskut dan name tag mereka masing-masing.  Masa tu memang lambat kami semua berehat, nak dekat pukul 3:00 pagi macam tu sebab malam tu kami ada buat aktiviti burung hantu atau blind trail.  Aku tak tahu yang mana satu nama aktiviti tu yang sebenar... Hehehe...

Pada hari Sabtu plak memang banyak aktiviti menarik yang kami buat; jungle tracking, berkayak dan juga abseiling.  Abseiling dan berkayak memang aku belum pernah buat sebelum ni.  Sayangnya masa aku PLKN dulu aku tak join berkayak dan abseiling tu.  Rugi3...  Firstly, kami beserta pelajar dari Group 4, 5 dan 6 pergi jungle tracking dahulu.   


Meet Yan... hehe

Shirley and Yan





Selepas jungle tracking, kami abseiling plak.  Nang best... Sekali cuba nak lagi yow...  Tengok dari atas memang gayat, tapi bila dah nak menuruni curam tu, rasa takut tu boleh hilang plak.

Pemandangan dari atas semasa nak abseiling... Nang kacak

Anak sapalah ni... Hahaha

Then3 dalam pukul 2 macam tu kami berkayak plak. Hohoho...

With our lecturer, Mr. Dean Nelson and Shirley. Hehe


Sebelah malamnya plak ada persembahan daripada para peserta...  


Pada hari Ahad plak mereka ada sukaneka dan masakan rimba...  Time sukaneka tu aku tak join sebab menolong fasi dan lecturer kami memasak di dapur.  Tu pun aku tak dapat tolong mereka lama-lama sebab aku turut disembur air oleh para peserta selepas mereka sukaneka. 


Petang tu aku pun tak ingat pukul berapa baru kami balik semula ke kampus. Hoho...  Yang penting kami dah sampai dengan selamat.  
Bagi aku KBS ni memang sesuai sangat diadakan bagi semua pelajar yang baru memulakan pengajian kerana ia akan membuatkan kita lebih tabah dan tahan dengan dugaan semasa di kampus.  Haha... Dugaan yang aku maksudkan ialah assignment yang berlambak dan juga kuiz, ujian and etc.  Lagipun kalau dah ada assignment tu sampai tak tidur kita dibuatnya bagi memastikan kita menyiapkan assignment/tugas yang diberikan dengan jayanya.

KBS ni adalah yang terakhir buat kami AJK OMSAR semester yang ke lima. Sob sob sob...  It's fun to work with the other committees where our bond is getting stronger than before.  Memang banyak kenangan bersama dengan ahli yang lain.  Ku akui aku akan merindui pengalaman ini semua setelah aku tamat pengajian tak lama lagi.  Thanks for the memories guys!

Banyak lagi gambar yang aku belum dapat daripada photographer kami... Hehe... Kalau dah ada nanti akan aku update lagi pasal KBS kami dalam masa terdekat ni.






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: