Tuesday, 27 November 2012

Menangkap Ikan Menggunakan Kelambu


Salah satu aktiviti masa cuti ni ialah menangkap ikan di sungai.  Petang tadi aku dan adik, kakak dan cousin aku pergi ke sungai yang terletak di kawasan huma padi kitorang di Kampung Temaga Dayak, Sematan.  Bapa dan mak aku memang rajin bertanam dan mereka ada menanam padi hampir setiap tahun untuk mengisi masa lapang mereka.

Aku and adik aku, semasa kitorang nak memulakan operasi petang tadi.  Posing jap dengan kelambu.  :D

Alat-alat yang diperlukan untuk menangkap ikan ni cuma kelambu dan kayu sahaja.  Jangan plak guna kelambu yang baru.  Hoho..  Kayu tu untuk mengalah ikan. *Betul ke tak bahasa yang aku guna ni.  :P*  Kelambu tu plak kita harus pastikan bahagian bawahnya sampai ke dasar sungai.  Selalunya cara ni berhasil kalau kita menangkap ikan di air yang cetek.  Bilangan orang yang ideal untuk menangkap ikan menggunakan kelambu ni ialah dalam 4 orang.  Kalau ramai-ramai nanti susah gak nak mengalah ikan tu supaya mereka berenang ke arah kelambu tu.  Dua orang untuk pegang kelambu, dan dua orang lagi mengalah ikan.

Aku dengan cousin aku mengalah ikan menggunakan kayu, kakak dan adik aku plak tolong handle kelambu.  Kita haruslah tidak melawan arah arus sungai supaya memudahkan para ikan berenang ke arah kelambu.  Proses mengalah tu haruslah dilakukan dengan cepat supaya ikan tak menggila berenang ke arah lain.  Letih memang letih, tapi seronok sebab dah lama tak tangkap ikan guna cara ni.

Ni lah hasil tangkapan kitorang.  Ikan seluang, then ikan ada muncung panjang (aku tak tahu namanya apa) and 2 ekor ketam.

Len hari kitorang nak cari siput sedut yang warna hitam tu plak.  Tu pun kalau aku masih ada masa sebab hari Ahad aku dah habis cuti.  Huhu..  Ok, take care people \ /




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: