Sekali cuba, mahu lagi. Lama-lama boleh jadi ketagih. Itulah yang aku nak sampaikan dalam tajuk post aku kali ini. Nak taip full panjang plak nanti. Betul tak kita nak lebih lagi kalau kita dah suka pada perkara baru yang kita baru cuba tu? Sebab tu arr kita akan rasa ketagih nak buat lagi. Macam aku, dah ketagih dah pada blog ni. Hehe.. Sebabnya aku suka berkongsi sesuatu atau info dengan orang lain dan aku suka edit-edit blog ni, buat aku bleh bermain dengan kreativiti walaupun blog aku taklah secantik mana pun. Ngehehee....
Baiklah, sudah dengan mukadimahnya. Kat dunia ni banyak yang boleh buat kita jadi ketagih. Contohnya macam dadah dan rokok tu. Kalau bleh, hari-hari mesti ada 'makan' benda tu. Memang bijak dan kreatif orang zaman sekarang kan. Buat keuntungan dengan membuat bahan dan benda yang boleh membuatkan orang ketagih. Apa lagi rokok, dah macam supplement dah. "Kalau merokok lepas makan, baru ada feel" kata kawan aku yang merokok. Kepada perokok, betul ke? Heheh..
And masa cuti ni aku suka menonton channel 551, Discovery Channel. 'Crimes that Shook the World' adalah rancangan favourite aku kat channel tu. Apa yang aku suka pasal rancangan tu ialah ia banyak memberi info bagaimana seseorang boleh bertindak di luar dugaan dan ia banyak mengenai penyiasatan jgak. Rancangan tu adalah mengenai kisah benar yang diceritakan dan dilakonkan semula, dan kebanyakannya menceritakan pasal serial killer. Selepas menonton rancangan tu, aku dapatlah kaitkan dengan kehidupan kita ni. Dalam rancangan yang aku tonton tu, seseorang tu boleh menjadi pembunuh bersiri disebabkan mereka tidak tertangkap semasa pertama kali mereka membunuh. Mereka cenderung untuk melakukan pembunuhan lagi sekiranya mereka mempunya masalah jiwa dan mempunyai masalah di masa lampau. Selepas itu, mereka akan berasa seronok untuk membunuh.
Kalau kita plak tak tertangkap/terkantoi selepas melakukan sesuatu kesalahan, kalau tak ketagih pun boleh jadi habit kelak. Contohnya, meniru semasa exam. Haa... Time exam bukan tak ada rule pun. Kalau kat UiTM, bleh kena saman ow. Tapi ada yang masih meniru lagi. Time quiz, memang banyak lagilah. Tak kantoi ngan lecturer, sampai hujung sem memang meniru je arr. So kesimpulannya, kita memang harus berhati-hati dengan apa yang kita lakukan.
Aku teringat plak perbualan dalam drama Boys over Flower, "kalau minta maaf dah cukup, apa gunanya polis dan peraturan?". Hehe.. Kan? Kalau kita minta maaf dan dimaafkan je, kadang-kadang kita boleh ulang balik kesalahan yang sama.
No comments:
Post a Comment