Friday, 2 November 2012

It's All Souls Day



Hari ini merupakan All Souls Day yang disambut oleh penganut agama Kristian terutamanya bagi Kristian Roman Katolik.  Masa ini penganut agama Kristian akan bersembahyang dengan diketuai oleh paderi.  Para penganut Kristian juga akan berdoa di kuburan para saudara mereka.  

Petang tadi semasa aku dalam perjalanan pulang dari Kuching untuk menguruskan kolej aku bagi sem akan datang, aku dapat melihat ramai orang berada di kawasan kuburan agama Kristian dan menyalakan lilin di setiap kuburan.   Mereka juga berdoa bagi saudara-saudara mereka yang telah meninggal dunia.

Dengan berdoa, kita akan berasa diri kita dekat dengan orang yang jauh atau telah tiada dalam hidup kita.  Itulah kekuatan/power of prayer.  Kita yang masih hidup sekarang, belum tentu boleh hidup lebih lama lagi.  Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan kita bersama dan jangan dilupakan juga mereka yang telah tiada.

As we remember this day the love we shared with those who have gone, may we also cherish the moments that we share with the people still in our path.


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: