Attention kepada orang-orang yang selalu menggunakan komputer, laptop dan yang sama waktu dengannya. Penyakit ini mudah dialami oleh orang-orang yang aku mention tadi. Dan info kali ini aku ingin kongsikan terutamanya kepada bloggers kerana kita sering menaip dalam masa yang agak lama untuk mengupdate blog kita. *of course lah kita menaip kan? Apa punya ayat lah yang aku guna ni -.-" * Ada juga punca lain yang menjadi penyebab kepada penyakit ni seperti obesiti, mengandung dan diabetes. Jadi yang ni pun untuk peringatan kita bersama. Maybe ada yang dah tahu pasal ni. Kepada yang tak tahu, jom baca.
Kitorang masa part 1 dulu ada belajar typing dengan cara yang betul dan kami dikenalkan dengan penyakit ni. Penyakit ni adalah sejenis penyakit di pergelangan tangan kerana kita sering menggunakannya dan tekanan banyak dikenakan kepada pergelangan tangan kita ni tadi. Antara symptom penyakit ni ialah rasa kebas dan berdenyut-denyut di pergelangan tangan kita.
Kalau penyakit ni dah jadi serius, pembedahan terpaksa dilakukan. Cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkannya ialah dengan menyesuaikan kedudukan keyboard dan ketinggian kerusi mengikut keselesaan.
Cara yang betul menggunakan komputer.
So penyakit ni kita boleh elakkan. Lebih baik mengelak daripada mengubati bukan? Duit kita pun jimat. Hoho.. K, take care people.
1 comment:
Emmmm.penyakit moden...
Post a Comment