Friday 16 November 2012

tokidoki Kawaii Brand



Salam Jumaat bloggers.  Straight to the point, kepada yang suka benda-benda Kawaii ni, mesti korang tau pasal tokidoki ni kan?
Kepada sesiapa yang tak tahu, aku nak kongsi sikit lah pasal brand ni. tokidoki (時々)bermaksud 'sometimes' dalam bahasa Inggeris dihasilkan pada tahun 2005 and amazingly it is created by Italian artist, Simeone Legno and his business partners (Pooneh Mohajer dan Ivan Arnold).  Brand ni adalah berinspirasikan gaya hidup orang Jepun.
Ni lah Simone Legno.  Muda lagi kan?  Bagi aku kalau kita boleh menggunakan kreativiti kita dengan baik, kita boleh berjaya dalam hidup ni.
Banyak produk telah dihasilkan oleh mereka daripada bag dan baju kepada alat tulis.  Mereka juga telah berkolaborasi dengan Levi's, Skull Candy, Fujisu dan banyak lagi.  Apa yang aku suka dengan tokidoki ni ialah illustrasi atau design tokidoki tu sendiri memang kawaii namun ada unsur 'brutal' dan rock sikit.  Hehe..  Kalau korang selalu tengok anime dari Jepun tentu korang tau ada unsur brutal dan garang sikit dalam satu-satu karakter dalam anime tu.  
Produk yang mereka hasilkan memang nampak kawaii, menarik dan colourful.  Produk doranglah yang pertama kali menarik hati aku untuk minat kepada benda comel-comel ni.  And design mereka memang lain daripada yang lain.  Kawan akulah yang memperkenalkan tokidoki ni kepada kitorang masa Form 3 dulu.
Antara produk daripada tokidoki:
Pencils and highlighters
Pencil case

Cantik kan? :3  I'm craving for this one 
Untuk yang lelaki pun ada jgak ye
Bag-bag yang dorang hasilkan
Wallpaper yang mereka design pun memang banyak yang menarik.  Korang bolehlah usha website mereka http://www.tokidoki.it.  Memang banyak yang menarik.  K take care people \ /




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: