Tuesday 9 October 2012

Tak Puas Lah. Nak Baca Lagi



Selamat pagi, petang, siang atau malam kepada blogger atau pelawat yang tengah membaca post aku kali ini.  Pernah tak korang rasa baca satu novel ataupun buku cerita ataupun apeape-je-korang-nak-panggil asalkan benda tu bleh dibaca, dan dah nak sampai penghujung cerita tu, korang macam tak nak cerita tu berakhir?  And then pernah ke tak korang nak tau lebih lanjut lagi apa yang akan berlaku selepas pengakhiran cerita tu?  Macam real life lah plak kan..

Baru malam tadi aku habiskan baca nove Adorkable oleh Sarra Manning yang aku pernah ceritakan kat sini.  Memang berbaloi aku beli novel tu.  Jalan ceritanya memang menarik.  Ia mengisahkan seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun (Jeane Smith) yang selalu mengikut keinginan dan citarasanya sendiri, tidak mempunyai ramai kawan di alam nyata tetapi mempunya ramai follower di Twitter dan Blog nya iaitu Adorkable serta mengisahkan hubungannya dengan Michael Lee, seorang pelajar yang popular dan disukai ramai.

Apa yang aku suka pasal novel ni ialah ia turut memberi motivasi kepada remaja supaya tidak takut untuk menjadi seorang yang berbeza daripada orang lain dan yang penting kita harus yakin dan selesa dengan diri kita sendiri.  Lagi satu, aku suka dengan sikap 'whatever' Jeane dalam cerita ni.

Aku ambil masa dalam 2 hari ni untuk menghabiskan novel tu.  Yang aku paling suka masa membaca ni ialah bila kita memang fokus baca novel/cerita ni, kita dapat membayangkan apa yang berlaku dalam cerita yang kita baca tu.  Macam tengah menonton movie plak..  Then masa dah nak habis baca tu, memang aku rasa apa yang aku bagi tau kat 1st paragraph tu tadi.  Seriously, kalau aku tertanya-tanya macam tu, memang buku tu bagus lah bagi aku.  Well, Adorkable is an adorable story ^______________^
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

4 comments:

diari farisha said...

kalau farisha bace buku omputih,setahun pn blm tentu hbis bce..hihi~

Kiko Chris said...

hehe....klau mmg crita tu menarik, mmg cptlh hbis baca, sbb syok sngt smpai x ingt nk mkn

Naz said...

love reading too...rasa macam kita nampak perjalanan cerita tu

Kiko Chris said...

yup!tu yg best klau penulis tu pndai olah crita