Ok.. Sebelum ni aku ada cakap takkan update blog selagi aku tak habis exam esok. Hoho.. Tetapi memandangkan aku ada terbaca benda menarik tadi, aku takleh tahan nak update blog. Haha.. Wallawei... Dah bosan mengadap buku dari semalam, aku pun online laa. Pernah tak korang terbaca mengenai kematian Carmen Winstead yang ditolak dengan sengaja oleh lima orang rakannya ke dalam saluran pembetung di sekolah mereka. Cerita ni sebenarnya wujud di Myspace, Twitter dan Facebook antara tahun 2006-2007. Cerita mengenai Carmen ini sering direpost melalui e-mail, kemudian ke online social network yang lain.
Baru je tadi aku terbaca mengenai cerita ni di wall kawan aku kat Facebook, dia repost cerita tu ntah dari mana ntah aku pun tak tau. Aku pun syok arr baca cerita tu, tapi tak habis sebab nak dekat penghujung cerita tu nampak macam cerita tu makin pelik, ala-ala horror movie gitu. Aku tak baca habis cerita tu tadi. Dan melalui apa yang telah aku baca, sekolah tempat Carmen ni tadi belajar akan mengadakan latihan kebakaran. Then masa latihan sedang diadakan, dalam keadaan riuh rendah tu 5 orang pelajar dari sekolah yang sama tempat Carmen belajar membawa dia dekat dengan kawasan saluran pembetung cuba untuk memalukannya. Kemudian mereka menolak dia kat dalam pembetung tu dan mentertawakannya. Lepas tu cikgu dorang panggil nama-nama pelajar untuk memastikan semua pelajar berada di tempat berkumpul. Masa nama Carmen dipanggil, dia tidak muncul dan tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Dia meninggal kerana terhantuk dengan teruk pada tangga-tangga di dalam pembetung tu.
Lepas tu polis pun dipanggil dan dorang menyiasat semua pelajar (termasuk 5 orang pelajar yang menolak Carmen) mengenai apa yang berlaku. Dorang mengatakan itu adalah kemalangan dan polis mempercayai mereka. Then tak lama selepas kematiannya, mulalah muncul mesej mengenai apa yang telah terjadi dan penyebab sebenar kematiannya yang bertajuk "They Hurt Her". Kepada yang membaca dan menerima mesej tersebut, mereka harus me'post' semula atau menghantar semula mesej tersebut kepada orang lain. Dan bagi yang tidak menghantar semula mesej tersebut, mereka akan ditimpa musibah dan dikatakan 'Carmen' akan menemui mereka. Kinda creepy huh?
So, memandangkan aku dah terbaca cerita tu yang telah di post oleh kawan aku tu tadi, aku pun Google arr mengenai cerita ni. Takut arr gak kan. Hehe... Banyak gak info yang dah aku baca. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Aku baca kat lalate news tadi. Maybe masih ada yang repost mengenai mesej tu sampai sekarang sebab kawan aku pun baru repost mesej tu baru-baru ni gak. Well aku rasa mesej sebenar di sebalik cerita tu adalah keburukan membuli orang dan hukum karma di mana kita akan dibalas balik dengan apa yang telah kita lakukan kepada orang lain. What's goes around, comes around. Layanlah orang lain seperti mana kita mahu orang lain melayan kita. Kadang-kadang kita harus percaya kepada hukum karma kerana ia boleh membentuk kita untuk menjadi orang yang baik. Korang boleh Google lah mengenai cerita ni betul ke tidak. Kebanyakan yang aku jumpa mengatakan cerita ni adalah Urban Legend and aku tak post balik cerita ni.
No comments:
Post a Comment