Wednesday, 31 October 2012

Sebab Aku Berblog



Kenapa aku berblog?  Korang pun mesti ada sebabnya kan?  Aku start berblog ni dalam awal tahun 2012.  Mula-mula aku join ni sebab suka-suka je.  Masa tu aku tengah cuti semester and disebabkan keboringan tahap gaban walaupun sering je online kat FB, aku pun buat arr blog.  


Live our life to express, not to impress.  Kalau kita hidup ni nak menarik perhatian orang, itu memang boleh. Tetapi kalau tiada yang tertarik ape cer?  Kan kita juga yang sakit hati nanti.  Jadi aku rasa lebih baik kita jadi diri kita sendiri dan lakukan yang terbaik dalam kehidupan kita sehari-hari.  Salah satu contoh kebaikan 'express' ni kita boleh lihat pada para pelukis dan mereka berjaya mendapat pendapatan yang lumayan.  Mereka mencoret apa yang dorang rasa dengan lukisan pada kanvas.  Setiap lukisan tu ada maksud yang tersurat dan tersirat.  

Kat blog ni aku bleh 'tulis' apa yang ku rasa dan berkongsi benda-benda yang aku minat.  Aku pun bleh merapu kat sini *tapi tak banyaklah.hehe*, and kalau aku bagitau kat orang lain melalui verbal messages, belum tentu lagi ada yang nak mendengar.  Banyak perkara yang aku fikirkan dalam otak aku, aku boleh luahkan kat sini.  What I 'write' in my blog speak louder than my voice.  Aku memang tak banyak cakap kalau kat dunia nyata, tapi aku akan mula banyak cakap kalau aku dah selesa dengan orang tu.  Ada tak korang yang macam tu jgak?  And seperti pada header aku "Whatever I Like" tu, aku memang 'tulis' aku punya suka je, tak fokus kepada satu-satu topik.  Kesimpulannya, tak rugi mempunyai blog ni.  Mungkin ada yang komen berblog ni buang masa.  Tapi kalau belum cuba, belum tau kan.  Aku pun dah macam ketagih dah ngan blog ni.  Haha..  

Well, aku nak ucapkan terima kasih kepada pencipta Blog ni sebab ia amat berguna kepada orang macam aku yang lebih senang dan selesa untuk meluahkan sesuatu melalui 'penulisan'.  

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

2 comments:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

hehe.. saya pun dah ketagih dengan blog

Kiko Chris said...

hehe...kan?dh ktagih, tiap hri nak update blog rsanya