Pertandingan itu berlangsung di Deerfield Beach di sebuah kedai haiwan reptilia di mana juara pertandingan tersebut akan mendapat ular sawa sebagai ganjaran. Edward Archbold, 32 telah menjuarai pertandingan tersebut dengan memakan berpuluh-puluh lipas yang masih hidup. Can you all imagine that? Seramai 30 orang lagi peserta yang turut menyertai pertandingan tersebut tetapi nasib mereka baik kerana tidak menjadi seperti Archbold. Lipas yang digunakan dalam pertandingan tersebut dikatakan selamat dimakan kerana mereka menggunakan lipas yang sama untuk diberi kepada haiwan-haiwan reptilia di kedai tersebut sebagai makanan.
Archbold meninggal dunia selepas memuntahkan semula lipas-lipas yang masih hidup. Masih belum pasti sama ada lipas tersebut adalah punca yang menyebabkan Archbold maut kerana sebelum ni masih belum pernah ada laporan orang maut kerana makan lipas. Sebelum pertandingan diadakan, menurut penganjur pertandingan (Ben Siegel), Archbold tidak menunjukkan tanda-tanda sedang sakit.
source: myMetro
2 comments:
dah la hadiah tak best..mati plak..hadui
tu lh pasal...sian daaa
Post a Comment