Wednesday, 31 October 2012

Sebab Aku Berblog



Kenapa aku berblog?  Korang pun mesti ada sebabnya kan?  Aku start berblog ni dalam awal tahun 2012.  Mula-mula aku join ni sebab suka-suka je.  Masa tu aku tengah cuti semester and disebabkan keboringan tahap gaban walaupun sering je online kat FB, aku pun buat arr blog.  


Live our life to express, not to impress.  Kalau kita hidup ni nak menarik perhatian orang, itu memang boleh. Tetapi kalau tiada yang tertarik ape cer?  Kan kita juga yang sakit hati nanti.  Jadi aku rasa lebih baik kita jadi diri kita sendiri dan lakukan yang terbaik dalam kehidupan kita sehari-hari.  Salah satu contoh kebaikan 'express' ni kita boleh lihat pada para pelukis dan mereka berjaya mendapat pendapatan yang lumayan.  Mereka mencoret apa yang dorang rasa dengan lukisan pada kanvas.  Setiap lukisan tu ada maksud yang tersurat dan tersirat.  

Kat blog ni aku bleh 'tulis' apa yang ku rasa dan berkongsi benda-benda yang aku minat.  Aku pun bleh merapu kat sini *tapi tak banyaklah.hehe*, and kalau aku bagitau kat orang lain melalui verbal messages, belum tentu lagi ada yang nak mendengar.  Banyak perkara yang aku fikirkan dalam otak aku, aku boleh luahkan kat sini.  What I 'write' in my blog speak louder than my voice.  Aku memang tak banyak cakap kalau kat dunia nyata, tapi aku akan mula banyak cakap kalau aku dah selesa dengan orang tu.  Ada tak korang yang macam tu jgak?  And seperti pada header aku "Whatever I Like" tu, aku memang 'tulis' aku punya suka je, tak fokus kepada satu-satu topik.  Kesimpulannya, tak rugi mempunyai blog ni.  Mungkin ada yang komen berblog ni buang masa.  Tapi kalau belum cuba, belum tau kan.  Aku pun dah macam ketagih dah ngan blog ni.  Haha..  

Well, aku nak ucapkan terima kasih kepada pencipta Blog ni sebab ia amat berguna kepada orang macam aku yang lebih senang dan selesa untuk meluahkan sesuatu melalui 'penulisan'.  

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday, 29 October 2012

Peplum Dress



Omaiigadd omaiigaddd omaiigadd....  I'm craving for this dress.  Walaupun aku bukan type yang suka sangat guna spesies dress ni, tapi aku minat sangat tengok ni.  Nampak unik dan ala2 retro gitu.  Sekarang ni dah dress ni pun dah macam jadi trend sejak dari 2011 sehinggalah sekarang.  Peplum dress ni jenis dress yang ada struktur di bahagian pinggangnya.  

Picture source:  missiepopular.blogspot.com

Dan dari apa yang telah aku lihat dari gambar-gambar yang aku Google, dress ni sesuai untuk perempuan bertubuh lansing dan yang sama waktu dengannya sebab ia akan menambahkan rupa bentuk pada badan kita.  Len kali aku nak belilah satu.  Hehe...  Banyak yang cantik-cantik aku tengok.  Tapi kalau aku pakai tak taulah plak cantik ke tak.  :D


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 28 October 2012

Failure is Good


Gagal itu baik.  To readers/bloggers or whoever you are, siapa yang tak pernah gagal dalam melakukan sesuatu dalam hidup korang angkat tangan?  *Sila angkat walaupun orang tak nampak...Muehehe  :P*  Kepada yang angkat tangan tu, korang boleh rasa bimbang lah sikit.  Apa sebab?  Because people that never fail in do something in their life might learn nothing.  


Betul tak?  Contohlah korang kalau dalam bercinta tu, mesti korang pernah bergaduh dengan gf/bf korang kan?  Then lepas bergaduh tu, selalunya kita semakin mengenali antara satu sama lain and faham dengan kehendak pasangan korang serta apa yang kurangnya dalam diri korang.  And lagi satu contoh, bagi korang yang ada fail ataupun yang dapat markah rendah dalam test, quiz, exam or whatsoever yang ada kaitan dengan study korang, mesti korang sedar yang korang mesti bagi up lagi usaha korang.  And jangan terkejut kalau markah korang lagi tinggi daripada markah kawan-kawan yang selalu dicop akan score dalam exam seterusnya.  

And one more thing, everyday is a learning process.  Ada yang gagal dalam perniagaan, terus give up.  Yang frust bercinta, diving dari bangunan tinggi. *geleng3*  Memang kegagalan tu menyakitkan, tapi cuba tengok dari segi positif.  Yang gagal dalam perniagaan tu bolehlah tukar strategi lain kalau nak mulakan semula perniagaan.  


And yang gagal dalam bercinta tu kalau ditinggalkan pasangan korang, pastikan korang menjadi lebih baik daripada sebelumnya and buat ex korang menyesal sebab tinggalkan korang.  Hehe...  

Yang penting sekali kalau kita gagal mencapai apa yang kita inginkan, tak blehlah give up terus.  Mula-mula memang susah nak bangun semula, tapi no pain, no gain.  Selalunya orang tengok kegagalan tu dari segi negatif, tu yang banyak cuba nak bunuh diri tu.  Tapi jangan pula sengaja menggagalkan diri ek.


Dah macam penceramah lak plak aku kan.  :D  Ini pun untuk peringatan kita bersama.  It's time to rise and shine people ^___________^



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday, 20 October 2012

Segmen: Sambil Terjah Kita Follow



It's Saturday...  Time ni aku sorang-sorang je kat rumah.  Kalau bleh nak online 24/7 je tapi sayang petang ni gak broadband aku expired.  So dalam masa yang ada ni aku nak join segmen follow memfollow ni.  Dah lama gak aku tak join segmen.  Kalau ada yang follow kat sini, nanti aku follow balik kalau aku dah dapat online balik ekk...  Segmen ni start pada 20/10/2012 - 1/11/2012.

Blogger yang di tag:
http://rinasupian.blogspot.com/
http://ammaraliff.blogspot.com/



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Just Quoting




Kiko's words (How I feel about life):

Clowns seems the happiest person in the world, but they might pretend to be happy to make other people happy.

Sometimes people that make the rules are the one that always break them first.  Rules are made to be broken.  *Rebelliousness*

Trust yourself.  Never trust someone before you believe in yourself.

If you are afraid of being hurt by someone else, use your imaginary with your mind.  By doing that, it is the only way for you to not being hurt by that person.

Being extremely happy for a day can make us extremely sad and frustrated someday.

Everyone is not perfect.  Even a machine and robot can be broken.

Hey dudes, if you want a good looking and a perfect girl, you should get a barbie doll for yourself then.  

If we have been through good and bad times together with our loved one, it will make us stick together for a long time.

"We are living in the hypocrite society."

Pretending to be ok is one of the way to move on in our life.

Threat is a song of failure.  If you threat people to get what you want, you have failed already.



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday, 19 October 2012

Kita Merancang, Tuhan yang Menentukan



Agak serious tajuk aku kali ini kan?  Hohho..  Well, masa ni aku pun tengah serious dengan dahi ku berkerut-kerut.  :D Pernah tak korang rasa hidup kat dunia ni macam ada yang tak adil je?  Contohlah, orang yang tak bekerja keras macam kita boleh dapat banyak duit.  And dalam hidup ni kita selalunya perlukan perancangan.  Merancang bagaimana kita mahu kehidupan kita terlaksana dan ada juga ibu bapa yang telah merancang dari awal bagaimana anak mereka yang baru saja lahir harus meneruskan kehidupan; study kat mana, jurusan apa yang patut diambil and etc.  

Memang perancangan itu akan membuat kehidupan kita lebih terurus.  Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.  Kadang-kala apa yang telah kita rancang tidak menjadi dan ini boleh membuatkan kita merasa tidak berpuas hati dan merana.  Kan3?  Apa-apa pun, kita haruslah akur dengan aturan Tuhan kerana Dia lebih mengetahui.  Dan walaupun kita tidak dapat apa-apa yang telah kita rancangkan tu, hidup kita belum berakhir lagi.  Janganlah frust sangat sampai tahap nak diving dari tingkat 4 bangunan. 

That's why I enjoy carefree life.  I do things randomly dan tidak menjadi terlalu serius dalam kehidupan seharian.  Aku juga tidak mempunyai perancangan untuk mendapatkan pekerjaan apa setelah tamat pengajian nanti.  I just follow the flow..  Is it normal? :|  Tapi dalam apa jua yang aku lakukan dalam kehidupan seharian contohnya semasa aku masih bergelar student ni, aku memang akan mencuba untuk melakukan yang terbaik setiap hari.  That's all matter.  Nothing more, nothing less.  


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday, 18 October 2012

Alphabet Beads Brecelets! Projek Untuk Cuti Semester


Selamat pagi petang siang dan malam bloggers!  Sekarang aku dah kat rumah dah..  I wanna say uuu lala.  Baru je petang tadi aku bertolak dari kampus.  Then time otw pulang tadi aku singgah dulu kat Popular, beli Alphabet Beads Mini-Book and Kit yang aku dah lama nak beli sebelum aku exam awal bulan 10 ni tadi.

Tadaaa...  

Hoho...  Yang ni sesuai arr untuk orang yang baru nak berjinak dengan benda ni macam aku.  Aku beli pun sebab aku tak nak cuti semester aku nanti memboshankan sangat.  Yang ni aku beli dengan harga RM19.90.  Kalau nak yang lebih besar lagi aku nampak ada yang berharga RM50 macam tu.  

Rilakkuma pun nak bergambar juga.  Ngeheheh...

Kat dalam kotak tu dah ada tiga benang yang berlainan warna, mini-book mengenai cara membuat gelang tu tadi dan 100 manik huruf.  Cukuplah tu dulu kan untuk percubaan.  

Manik huruf, benang dan mini-book

Aku memang dari dulu suka buat benda ni.  Cuma kadang-kadang aku jadi malas nak siapkan kalau bahan tak cukup.  :D  Lepas ni aku nak merajinkan diri aku arr, memandangkan cuti sem ni masa lapang memang banyak.  Jadi ke tak, wait and see ok!  Kalau aku dah siapkan nanti, blehlah aku post kat blog ni.





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

The End of this Semester ^________^



Tanggal 18 October 2012 (12:00 tengah hari), berakhir sudah untuk semester ke tiga aku.  Hoho..  Subjek yang aku seat pagi tadi antara killer paper untuk semester ni.  Nasib baik gak soalan nya tak berapa susah.  Tapi ada satu soalan aku salah jawab, slack tu.  Tapi whatever will be, will be lah.  Yang penting aku dah buat yang terbaik dan exam pun dah habis.  Ngehehe...  Lepas ni hanya tunggu result exam je lagi.  Maybe 8 November ni result dah klua dah.  Nervous3....  Harap-harap semua subjek lulus juga untuk semester ni.

Tapi yang tak bestnya, sem depan aku belum tentu lagi dapat kolej.  Baru-baru ni senarai nama pelajar perempuan yang dapat kolej/hostel semuanya dari pelajar part 1 untuk semester ni.  Memang ramai arr yang bangang sebab tiada sorang pun student dari bahagian lain yang tersenarai.  Pemilihan pelajar yang layak adalah berdasarkan CGPA student dan sama ada student tu aktif dengan kegiatan di kampus ataupun tidak. Sob sob sob...  Terpaksa kitorang menyewa sem depan.  Time tu gak duit akan banyak dipakai sebab course kitorang bagi student part 4 akan mengadakan event bagi subjek Organizing Event.  Apa bleh buat..  Cobaaannnnn.....
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 17 October 2012

Lagenda Kematian Carmen Winstead - Post Berantai



Ok..  Sebelum ni aku ada cakap takkan update blog selagi aku tak habis exam esok.  Hoho..  Tetapi memandangkan aku ada terbaca benda menarik tadi, aku takleh tahan nak update blog.  Haha..  Wallawei...  Dah bosan mengadap buku dari semalam, aku pun online laa.  Pernah tak korang terbaca mengenai kematian Carmen Winstead yang ditolak dengan sengaja oleh lima orang rakannya ke dalam saluran pembetung di sekolah mereka.  Cerita ni sebenarnya wujud di Myspace, Twitter dan Facebook antara tahun 2006-2007.  Cerita mengenai Carmen ini sering direpost melalui e-mail, kemudian ke online social network yang lain.  

Baru je tadi aku terbaca mengenai cerita ni di wall kawan aku kat Facebook, dia repost cerita tu ntah dari mana ntah aku pun tak tau.  Aku pun syok arr baca cerita tu, tapi tak habis sebab nak dekat penghujung cerita tu nampak macam cerita tu makin pelik, ala-ala horror movie gitu.  Aku tak baca habis cerita tu tadi.  Dan melalui apa yang telah aku baca, sekolah tempat Carmen ni tadi belajar akan mengadakan latihan kebakaran.  Then masa latihan sedang diadakan, dalam keadaan riuh rendah tu 5 orang pelajar dari sekolah yang sama tempat Carmen belajar membawa dia dekat dengan kawasan saluran pembetung cuba untuk memalukannya.  Kemudian mereka menolak dia kat dalam pembetung tu dan mentertawakannya.  Lepas tu cikgu dorang panggil nama-nama pelajar untuk memastikan semua pelajar berada di tempat berkumpul.  Masa nama Carmen dipanggil, dia tidak muncul dan tidak menunjukkan sebarang pergerakan.  Dia meninggal kerana terhantuk dengan teruk pada tangga-tangga di dalam pembetung tu.

Lepas tu polis pun dipanggil dan dorang menyiasat semua pelajar (termasuk 5 orang pelajar yang menolak Carmen) mengenai apa yang berlaku.  Dorang mengatakan itu adalah kemalangan dan polis mempercayai mereka.  Then tak lama selepas kematiannya, mulalah muncul mesej mengenai apa yang telah terjadi dan penyebab sebenar kematiannya yang bertajuk "They Hurt Her".  Kepada yang membaca dan menerima mesej tersebut, mereka harus me'post' semula atau menghantar semula mesej tersebut kepada orang lain.  Dan bagi yang tidak menghantar semula mesej tersebut, mereka akan ditimpa musibah dan dikatakan 'Carmen' akan menemui mereka.  Kinda creepy huh?  

So, memandangkan aku dah terbaca cerita tu yang telah di post oleh kawan aku tu tadi, aku pun Google arr mengenai cerita ni.  Takut arr gak kan.  Hehe...  Banyak gak info yang dah aku baca.  Ada yang percaya dan ada yang tidak.  Aku baca kat lalate news tadi.  Maybe masih ada yang repost mengenai mesej tu sampai sekarang sebab kawan aku pun baru repost mesej tu baru-baru ni gak.  Well aku rasa mesej sebenar di sebalik cerita tu adalah keburukan membuli orang dan hukum karma di mana kita akan dibalas balik dengan apa yang telah kita lakukan kepada orang lain.  What's goes around, comes around.  Layanlah orang lain seperti mana kita mahu orang lain melayan kita.  Kadang-kadang kita harus percaya kepada hukum karma kerana ia boleh membentuk kita untuk menjadi orang yang baik.  Korang boleh Google lah mengenai cerita ni betul ke tidak.  Kebanyakan yang aku jumpa mengatakan cerita ni adalah Urban Legend and aku tak post balik cerita ni.




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 14 October 2012

Takde Mood



Hey yow bloggers.  Dah lama gak aku tak update blog kan..  Sebab aku lagi takde mood.  Takde mood nak  update blog, takde mood nak menaip panjang-panjang, lagi takde mood nak cari topik untuk update blog lagi.  Hoho..  Ini sebab aku tak sabar lagi nak habis exam untuk semester ni.  Last paper adalah pada 18hb 10 ni.  Maybe sampai hari tu aku tak update blog mulai hari ni.  Tak sabar nak balik rumah yow.  Hehehe...  Aku nak tidur lambat, bangun lambat dan makan tido selalu kat rumah.  Hahah..  Dasar pemalas..   :D


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 10 October 2012

Lelaki Maut dalam Pertandingan Memakan Lipas



Salam global kepada semua.  Hoho...  Ok..  Straight to the point.  Sesiapa yang ada baca news and menonton berita pagi ni tadi mesti dah tau pasal juara pertandingan makan lipas ni maut selepas pertandingan selesai.

Pertandingan itu berlangsung di Deerfield Beach di sebuah kedai haiwan reptilia di mana juara pertandingan tersebut akan mendapat ular sawa sebagai ganjaran.  Edward Archbold, 32 telah menjuarai pertandingan tersebut dengan memakan berpuluh-puluh lipas yang masih hidup.  Can you all imagine that?  Seramai 30 orang lagi peserta yang turut menyertai pertandingan tersebut tetapi nasib mereka baik kerana tidak menjadi seperti Archbold.  Lipas yang digunakan dalam pertandingan tersebut dikatakan selamat dimakan kerana mereka menggunakan lipas yang sama untuk diberi kepada haiwan-haiwan reptilia di kedai tersebut sebagai makanan.

Archbold meninggal dunia selepas memuntahkan semula lipas-lipas yang masih hidup.  Masih belum pasti sama ada lipas tersebut adalah punca yang menyebabkan Archbold maut kerana sebelum ni masih belum pernah ada laporan orang maut kerana makan lipas.  Sebelum pertandingan diadakan, menurut penganjur pertandingan (Ben Siegel), Archbold tidak menunjukkan tanda-tanda sedang sakit.

source: myMetro

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday, 9 October 2012

Live Accident Happened during PMR


Haloha blogger-blogger yang cantik molek hensem kacak sekalian.  Kepada yang ambik PMR hari ni tadi, masih belum terlambat untuk aku ucapkan semoga korang dapat menjawab dengan tenang dan buat yang terbaik untuk korang bukan?  *kalau tak jawab dengan tenang, nanti kitorang bleh jadi blur habis, kan susah*  Untuk 1st paper, selalunya kitorang memang rasa nervous kalau nak masuk kelas untuk exam tu.  It's normal to be nervous ok.  Tapi yang penting asalkan korang dah prepare awal dan ready untuk paper yang akan diduduki.

So seperti tajuk yang agak dramatik kat atas, aku nak cerita apa yang terjadi sebenarnya petang tadi semasa student nak menduduki ujian Agama Islam.  Seperti biasa selain daripada meroyan and merayap di blog, aku suka melepak di Facebook kalau bleh 24/7 walaupun tak banyak sangat benda menarik yang berlaku kat situ.  Stalk profile orang je keja aku.  Hehe...  Then baru tadi aku dapat tau ada student yang tercedera sebelum nak menduduki peperiksaan.  Masa tu dorang masih belum masuk kelas lagi.


Ok..kalau dah nampak tulang tu memang teruk lah kan.  Whiteboard tu jenis movable.  Kejadian ni berlaku kat sekolah aku dulu.  Aku rasa student ni memang tak dapatlah nak menduduki paper yang lain selepas ni sebab jari ibu kiri sebelah kanan dia yang tercedera tu.    T^T   Memang kesian sangat...  Aku harap dia cepat sembuh selepas ni.  

Memang betullah malang tidak berbau.  Selalunya kita memang dah berhati-hati, tapi ada benda lain plak yang akan terjadi.  Contohnya macam pelajar tu tadilah.  Kita pun takkan sangka yang besi kat whiteboard tu akan tumbang.  Semoga student tu tadi bersabar dengan apa yang terjadi.  

Okeyh, nak share quote kat sini
There is no good luck.  Good luck only can be created when there is chance and preparation.

For PMR candidates, do the best and enjoy your exam.  Only then you can answer your paper without having stress during the exam.  ^ ^



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

1st Giveaway by Wani Izzati



Hey yow blogger sekalian! :) Tadi aku scroll arr kat Reading List aku tu, then terbaca plak giveaway yang dijoin oleh salah sorang blogger.  Ini merupakan 1st giveaway oleh Wani Izzati dan ini merupakan giveaway ke dua yang aku join.  Selalunya aku memang jarang nak join giveaway daripada blogger ni.Giveaway yang pertama aku join tu, nasib tak menyebelahi aku.  Tak da ong kot.  Hehe..  

Apa yang buat aku tertarik nak join giveaway ni adalah apa yang akan dibagi kepada blogger yang bertuah.  Aku suka sangat barangan dari felt craft sebab dengan felt tu kita bleh buat macam-macam benda yang unik!  Seriously....  Lagipun giveway yang akan dibagi ni memang cute sangat! :D  Gambar kat bawah ni adalah contoh giveaway yang akan dibagi kepada pemenang.  

Cute kan? :3

So kalau nak join, korang bleh Click Here untuk detailnya.  Senang je pun nak join giveaway ni.  Pemenang akan diumumkan pada 28/10/2012.  


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tak Puas Lah. Nak Baca Lagi



Selamat pagi, petang, siang atau malam kepada blogger atau pelawat yang tengah membaca post aku kali ini.  Pernah tak korang rasa baca satu novel ataupun buku cerita ataupun apeape-je-korang-nak-panggil asalkan benda tu bleh dibaca, dan dah nak sampai penghujung cerita tu, korang macam tak nak cerita tu berakhir?  And then pernah ke tak korang nak tau lebih lanjut lagi apa yang akan berlaku selepas pengakhiran cerita tu?  Macam real life lah plak kan..

Baru malam tadi aku habiskan baca nove Adorkable oleh Sarra Manning yang aku pernah ceritakan kat sini.  Memang berbaloi aku beli novel tu.  Jalan ceritanya memang menarik.  Ia mengisahkan seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun (Jeane Smith) yang selalu mengikut keinginan dan citarasanya sendiri, tidak mempunyai ramai kawan di alam nyata tetapi mempunya ramai follower di Twitter dan Blog nya iaitu Adorkable serta mengisahkan hubungannya dengan Michael Lee, seorang pelajar yang popular dan disukai ramai.

Apa yang aku suka pasal novel ni ialah ia turut memberi motivasi kepada remaja supaya tidak takut untuk menjadi seorang yang berbeza daripada orang lain dan yang penting kita harus yakin dan selesa dengan diri kita sendiri.  Lagi satu, aku suka dengan sikap 'whatever' Jeane dalam cerita ni.

Aku ambil masa dalam 2 hari ni untuk menghabiskan novel tu.  Yang aku paling suka masa membaca ni ialah bila kita memang fokus baca novel/cerita ni, kita dapat membayangkan apa yang berlaku dalam cerita yang kita baca tu.  Macam tengah menonton movie plak..  Then masa dah nak habis baca tu, memang aku rasa apa yang aku bagi tau kat 1st paragraph tu tadi.  Seriously, kalau aku tertanya-tanya macam tu, memang buku tu bagus lah bagi aku.  Well, Adorkable is an adorable story ^______________^
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday, 5 October 2012

Perihal Burung Murai Batu



Anak:  Burung ape?
Bapa:  Burung murai
Anak:  Burung ape?
Bapa:  Burung murai..
.....
Kalau aku nak ikut macam dalam iklan tu memang panjang sampai ke bawah arr dialog ni.

Well, enough for commercial break! :D  Aku bukan nak kongsi pasal iklan tu ek.  Aku nak cerita pasal burung murai batu ni.  Kalau ada free time aku suka blogwalking/blogjogging ni, baca mana-mana entry yang best.  Hee...  Then aku g arr kat blog Dunia Itu, then baca pasal buruh yang didakwa sebab bela banyak burung murai batu ni kat sini.

Burung ni kebanyakannya boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia.  Dari info yang aku baca, burung ni bersarang di bawah semak ataupun di pokok yang rendah dan mempunyai daun yang lebar.  Sebab tu arr aku rasa burung ni pun makin berkurangan sebab senang je nak tangkap dorang.

So attention to pembela burung, mana tau korang ada bela burung ni kan.  Burung ni merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).  Kalau aku tak baca news tu tadi, memang aku pun tak tau arr burung ni pun tergolong dalam haiwan terlindung (ke aku sorang je baru tau ni?  Dushhh... -__- )  Korang hanya boleh bela burung ni dengan mendapatkan dokumen kebenaran daripada Jabatan Perhilitan.

Sekarang korang pergi cek korang ada bela burung ni ke tidak.  Hehe..  Mana tau korang terbela ke, ape ke :P  That's all for friendly reminder for today. ^_______^


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Blog Review by Jue Jaynee



Hey yow....  Kali ni aku nak join segmen blog review oleh Jue Jaynee plak.  Rajin dia ni kan?  Ini ialah segmen pertama yang dianjurkan oleh Jue.  Jom join dan support sesama blogger.  :)  Cara-cara nak join pun senang, korang just follow je blog Miss Jue Jaynee ni.  





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

2 More Papers to Go! ^0^




Salam Jumaat blogger-blogger sekalian.  Pagi tadi aku dah sit untuk paper CSC134 (Computer and Information Processing).  Tinggal 2 paper je lagi pas ni, OMT155 (Interpersonal Communication for Office Professionals) dan OMT167 (Records Management for Office Professionals).

Susah giler paper CSC tu tadi..  Tak cukup masa nak cek betol ke tak jawapan yang aku bagi.  Dorhhh!...  Harap-harap carry mark untuk subjek tu dapat bantu aku dapat result yang lebih baiklah.  Semalam aku cek carry mark aku 42.75 over 50.  Hoho..  Tak sangka plak sebab sebelum ni test kitorang yang lepas-lepas tu pun kitorang belum tau lagi dapat berapa markah.  And yang aku suka sekali assignment individual kitorang, wajib bina blog tu aku dapat 9/10.  Tu pun nasib baik aku dah ada blog dari awal tahun ni.  Sayang giler kat blog aku ni.  :D

Lepas ni aku free sampailah hari Ahad sebab kitorang ada paper hari Ahad tu.  Ingatkan hari Ahad memang khas untuk ilek-ilek.  Apa bleh buatlah..  So sementara free ni lah aku rajin nak update blog.  Banyak gak draft yang aku buat, belum di update-update lagi.  Kepada yang ada exam gak buat masa sekarang, I wish you all the best!
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday, 4 October 2012

Cara Buat Facebook Like Button Untuk Fanpage Blog


Facebook Like Button adalah macam aku punya kat sidebar aku ni.

Kebaikan ada fan page untuk blog di Facebook ada aku ceritakan serba sedikit kat sini.  Meh aku ajar macam mana nak buat button ni.

  • First korang mesti dah buat fan page tu kat Facebook.  
  • Then korang g ke link ni.  
Kat link tu, korang isi lah detail yang diperlukan.

Facebook page url tu korang bleh pergi ke page korang dan copy linknya.  Untick semua boxes tu.  Kalau nak tick pun bolehhh....  Terpulang kepada korang nak appearance button tu macam mana.  Then kalau dah selesai korang klik Get Code.

Muncul plak macam gambar kat bawah.

Pastikan korang klik IFRAME to ok.  Lepas tu copy code yang diberi.

  • Dah copy code tu, korang g Dashbord > Layout > Add gadget > HTML/Jave Script.  Paste kat situ..  Then save.  Done! :)
Credit to:  Lyssa Faizureen







If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Jom Sama-sama LIKE Page Untuk Blog di Facebook :)


Siapa yang masih bangun sekarang put yo hands up!  Hehe...  Sekarang aku ingat nak study untuk subjek CSC134 sebab ada paper tu Jumaat ni.  *Sempat plak study sambil online ek..  Hee..*  Memandangkan masih ada masa untuk aku belajar lagi (tak sempat nak study semua baru padan muka aku), petang tadi aku pun buat arr page di Facebook untuk blog aku.  Bleh gak meningkatkan trafik aku dan bilangan pembaca post-post aku yang tak seberapa nak hebat ni.  :D  Tapi memang betul arr ada page untuk blog kita di Facebook boleh meningkatkan trafik blog kita.  Bilangan pengunjung blog aku pun bleh tahan banyak gak untuk hari ni selepas aku membuat page tu.

Page yang aku buat bagi blog aku ialah Whatever I Like.  Nama yang sama dengan nama blog aku.

Ni arr rupa page aku tu kat Facebook.. 

Bilangan yang LIKE plak baru 3.  Banyak kan?  *Please jawab banyak... Huhuheee*  By the way thanks bebanyak kepada yang dah like tu.  

Nah...  Baru 3 je yang like.  Ok arr daripada takde langsung.  ^_______^

Baiklah...  Kepada yang ada page untuk blog korang tu kat Facebook, korang bleh lah bagi link page korang tu kat sini ek (bahagian komen).  Blehlah kasi sesama blogger melawat page tu.  Mana tau ada yang berkenan, blehlah LIKE sekali.  Tak rugi punyerr....  That's all for today.  Nak sambung study dulu...  Wish me luck for this Friday.  ^o^

Nak tau cara nak buat Facebook Like Button untuk page blog korang kat Facebook, click here.



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday, 1 October 2012

Final Exam



Hey yow bloggers sekalian.  Lepas ni aku jarang nak update blog sebab mulai dari hari ni kitorang dah start exam dah untuk semester ni.  Tadi dah lepas satu paper, sekarang tinggal 4 paper je lagi.  18hb 10 barulah last paper bagi aku dan teman sekelas aku.  Harap-harap soalan yang dibagi tak arr susah sangat.  Hehe..  Tapi kalau tak susah, bukan examlah namanya kan?  Apa-apa pun, aku nak ucapkan good luck kepada semua pelajar diploma yang study di UiTM..  Gambatte!


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you