Wednesday 19 December 2012

OMSAR Annual General Meeting


Weeee..... Khabar a bloggers?  Lama sudah aku tak update blog ni.  Dah lebih dari seminggu rasanya.  Almaklumlah kuliah dah start balik, memang banyak busy.  Dengan kuliah dan tugasan yang diberikan.  Lebih-lebih lagilah semester ni kitorang kena buat event.  Dan group kitorang telah bercadang nak buat luncheon talk untuk student part 3 (wajib join) dan terbuka kepada student part 4, 5, 6, dan seterusnya bagi student Office Management.

Malam tadi kitorang ada buat perjumpaan bersama-sama dengan lecturers dan pelajar-pelajar baru bagi sesi perkenalan.  Dewan Kuliah tu memang penuh dengan pelajar.  Kitorang plak ada buat jualan untuk mendapatkan wang bagi membuat event itu nanti.  Kira untung jugaklah kitorang, banyak barang yang laku.  Just air je yang tak habis dijual.  Aku ada gak tolong jual keropok corntoz semalam tapi sesungguhnya aku bukanlah jurujual yang bertauliah. hanya beberapa bungkus je aku dapat jual semalam.  Haha..  Dah habis satu DK tu aku pusing, aku bagi kawan aku plak untuk jual keropok tu.

Dan malam semalam juga kitorang ada pembubaran dan kemasukan ahli baru untuk mengganti ahli-ahli persatuan OMSAR yang lama.  Aku telah terpilih menjadi ahli untuk Biro Publisiti.  Memang aku rasa berbesar hati gak terpilih sebab semasa interview untuk pemillihan dulu lebih 20 orang pelajar yang dicalonkan.  Tak sangka gak aku terpilih sebab masa tu aku memang tak yakin sangat aku bleh jadi ahli yang bertanggungjawab.  Muehehehe.... :D  Sememangnya lepas ni aku akan menjadi lebih busy sebab untuk group kitorang pun aku dalam Promotion Committee.

Apa yang aku harapkan ialah aku dapat menyiapkan tugasan yang akan diberikan dengan sebaik-baiknya dan aku teruja nak bekerjasa dengan ahli OMSAR kali ni memandangkan ada beberapa orang kawan aku yang turut terpilih sama.  Hoho...
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

2 comments:

Mr.J said...

belajo rajin2 dah kaya nanti belaje mr.j makan kepsis 7 hari 7 mlm berturut2.

THE AUTHOR said...

Tahniah yek terpilih..