Sunday 16 September 2012

Malam Meraikan Inovasi Akar Umbi


Po kabo blogger sekalian?  Lama dah aku tak update blog kan?  Almaklum lah, dah nak dekat ngan study break ni kerja pun makin banyak...  Tapi semalam sempat aku ngan kawan-kawan aku g Malam Meraikan Inovasi Akar Umbi yang berlangsung di Tebingan Kuching yang bersempena dengan Regatta Sarawak & Karnival Sains dan Inovasi.  Kitorg bersama dengan rombongan pelajara dari UiTM kat waterfront tu dari pukul 7:00 malam sampailah pukul 10:30 malam.

Banyak aktiviti menarik yang dijalankan pada malam tadi.  Antaranya ialah kuiz terbuka dan cabutan tiket bertuah.  Persembahan yang ditunjukkan pada malam tadi juga cukup menarik..  Sekarang aku nak kongsi plak gambar-gambar yang dah aku snap malam tadi.



Di pentas utama

Para pelukis tempatan sedang melukis potret para pelanggan di mana muka mereka akan 'dikartunkan' oleh para pelukis itu tadi.

Antara hasil lukisan mereka yang dipamerkan

Bangunan DUN Sarawak

Permandangan dari Waterfront, Kuching

Di kawasan gerai-gerai yang menjual makanan

Yang syoknya kitorang yang pergi tu pun dapat goody bag daripada MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation).  Dapat extra satu lagi tu..  Hehe

Dalam bag tu ada penanda buku, pen and torchlight dan hi-5 (ntah ape ntah namanya aku pun tak pasti)

Thanks tu MOSTI! :)

Harap-harap tahun depan kitorang ada kesempatan lagi untuk pergi ke karnival tersebut.  Sayangnya kitorang tak pergi pada sebelah petang sebab ada regatta dan pameran diadakan.  Apa-apapun, memang seronok sangat semalam :)






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

4 comments:

Cikgu Ma said...

wah, dpt free gift =)

salam kenal...dari segmen hanif idrus =)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/09/hanif-idrus-segmen-menerjah.html

Kiko Chris said...

thanks!slm kenal.. :)

THE AUTHOR said...

Wah!! dapat goody lagi...

Kiko Chris said...

yup....hehe.syiok dpt goody tu