Wednesday, 5 September 2012

Yes..M a Fan of Avenged Sevenfold


Hey korang semua...  Apa cer ini hari?  Sekarang ni aku rasa nak relax-relax dan peluang yang ada ni aku nak update blog aku.  Lama gak dah tak 'tulis' kat sini.  Banyak sangat test ini minggu daa...  ( __ __ )" *sighing*  Tapi takpe, tak lama lagi nak final exam untuk sem ni dan tinggal 2 minggu saja lagi ada kelas.  Lepas tu study break seminggu, baru exam.

So hari ni aku nak kongsi sikit band yang aku minat giler, Avenged Sevenfold.  Korang pun mesti arr ada favourite singer or favourite band sendiri kan?  Sebelum ni aku dah cerita gak kenapa aku minat sangat ngan dorang kat sini.  Tapi tu pun serba sedikit je.  Kali ni aku nak cerita plak serba sebanyak kenapa aku minat dorang.


Slalu kalau ada masa free, aku suka menonton video muzik kat channel MTV or HITZ.TV..  Then once upon a time (skema punya ayat :D), aku menonton program Riffs kat channel HITZ.FM.  Kalau tak silap aku baru Form 4 masa tu.  That was the 1st time that I heard Avenged Sevenfold's song, Afterlife.  Lagu tu terus melekat kat otak dan jiwa aku.  Hoho...  Masa tu aku belum tau sangat pun dorang siapa.  Rhythm dan rentak lagu tu best sangat, buat aku layan and rasa nak headbanging je.  Hehe..  Lagi pun aku suka video lagu tu.  Simple but still looks awesome.  Lagu Afterlife itulah yang membuatkan aku jatuh hati pada dorang.

Then masa aku Form 5 plak,  kawan aku syorkan supaya aku mendengar lagu Dear God dari dorang gak.  Walaupun lagu tu lebih slow dari lagu Afterlife, memang lagu tu pun best jgak.  Dengan lirik ngan melodinya lagi.  Perghhh....  Suara M Shadows pun memang power gak sebab bleh menyanyikan lagu yang memerlukan nada suara yang rendah ataupun tinggi.  Sebab tu gak arr lagu dorang pun best-best slen daripada ahli-ahli bandnya yang terror bermain alat muzik.  Thumbs up for them..  Antara lagu-lagu dorang yang aku memang best dan selalu aku dengar selain daripada lagu Afterlife dan Dear God ialah Warmness on the Soul, So Far Away, Nightmare, Seize the Day dan Bat Country.

Lepas tu barulah aku start stalk buat research pasal dorang (ecehceh.. :D)  Mereka berasal dari Huntingon Beach, California.  Avenged Sevenfold dibentuk pada tahun 1999 dan mereka adalah sahabat semenjak di sekolah lagi (kecuali Synyster Gates, kawan kepada The Rev).


Firstly, ini ialah M. Shadows ataupun nama sebenarnya Matthew Charles Sanders (31 July 1981).  Vokalis Avenged Sevenfold.  Dia bermula dengan bermain piano dan kemudian minatnya kepada muzik rock semakin bertambah setelah pandai bermain gitar.  He's my favourite singer..  Muka pun bleh tahan handsome.  Hikhik..  Tapi sayang dah kahwin.. Nama isterinya Valary DiBenedetto.  


Then ni plak Synyster Gates, nama sebenarnya Brian Elwin Haner, Jr. (7 July 1981) lead guitarist.  Teman wanitanya merupakan kembar kepada isteri M Shadows iaitu Michelle.

Zacky Vengeance, nama sebenarnya Zachary James Baker (11 December 1981).  Membentuk Avenged Sevenfold bersama M Shadows dan The Rev.  Left-handed guitarist.  


Jimmy Owen Sullivan a.k.a The Rev.  Pemain drum A7X.  Lahir pada 9 Februari 1981 dan meninggal pada 28 December 2009 di rumahnya.  Kehilangannya amat dirasai oleh ahli-ahli band yang lain di mana beberapa buah lagu telah dikompos untuk didedikasikan kepada beliau dalam album ke-5 mereka, Nightmare.  Salah satu lagu tersebut bertajuk So Far Away di mana di dalam video lagu tersebut mereka menggambarkan kenangan mereka semasa muda-muda dahulu sehinggalah kematian The Rev.  Alat drumnya kini telah dipamerkan di Hard Rock Hotel di Las Vegas.  Kini Mike Portnoy menjadi drummer bagi A7X untuk menggantikan The Rev.


Johnny Chris ataupun nama sebenarnya Jonathan Lewis Seward (18 November 1984), bassist of A7X.  Join A7X pada tahun 2003.  

Dorang ada buat konsert di Malaysia pada April 2012 ni tadi kat Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.  Rugi tak dapat nak pergi.  Jauh sangat...  Bajet pun tiada.  Huhu..  Harap-harap dorang akan datang lagi pada masa akan datang.  Mana tau ada rezeki bleh pergi.  Hoho...  Apa-apa pun, Avenged Sevenfold memang terbaikkkk. \m/  




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

4 comments:

Unknown said...

My dearest pOn minat band neyh.... 1st time Miss dgr lagu dr band neyh.. lagu DearGod lah...hee^^

Kiko Chris said...

bez kn lagu tu?hee...mmg minat lgu tu gak

THE AUTHOR said...

Wah!! nampak sangat aku ketinggalan ni...
tak kenal band ini..huhuh

Asmar Arafad said...

Hai nak jemput ke segmen ini saya dah tag anda tq

http://asmarpunyablog.blogspot.com/2012/09/segmen-aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html