Wednesday 22 August 2012

Lembutkan Hati dengan Mengingati Kematian


Once again, selamat hari raya dan selamat bercuti kepada kawan-kawan dan blogger-blogger sekalian.  Enjoy-enjoy jgak, tapi keselamatan pun harus korang jaga ya.  Selalunya masa musim perayaan inilah banyak kemalangan dan tragedi berlaku.  Sedih gak baca news dari blog DUNIA ITU.  Semalam beberapa jam masa yang aku luangkan kan blog tu.  Blog tersebut mengumpul news dari pelbagai sumber supaya kronologi apa yang berlaku dapat diketahui dengan mudah.


Membaca news dalam blog tersebut banyak memberi kesedaran kepada aku.  Ia turut membuatkan aku mengingati kepada kematian.  Mati adalah perkara yang tunggal di dalam kehidupan.  Mesin pun boleh rosak dan sampai pada satu tahap, ia tidak akan boleh dibaiki lagi, apatah lagi kita manusia.  Mati tidak mengenal umur dan masa, kerana malang tidak berbau.

Dengan mengingati kematian, kita boleh menghargai orang yang berada di sekeliling kita.  Ini kerana kadang-kadang kita hanya akan merasa kehilangan apabila orang yang kita sayangi telah tiada.  Akhirnya kita menyesal sebab tidak pernah menghargai mereka.  Selain itu kita juga akan lebih menghargai masa yang ada sebagai contoh kita akan lebih menghargai masa yang ada bersama keluarga.  Mana tau umur kita tidak panjang bukan?  Kita juga akan sering mencari masa untuk bersama dengan orang yang kita sayang.  Malang nya, ada yang meninggal tanpa sempat bertaubat daripada  melakukan perkara yang tidak elok.  Oleh itu, dengan ingat akan kematian boleh mengajar kita supaya bertaubat sekiranya kita ada melakukan perkara yang salah.

Tajuk post aku di atas juga melambangkan dengan mengingati kematian, kita boleh mengubah sikap dan kelakuan kita daripada yang buruk kepada yang lebih baik kerana kelak setelah kita meninggal, tempat kita yang tetap adalah antara syurga ataupun neraka.  Sebagai contoh, kita akan melayan orang di sekeliling kita dengan lebih baik.  Ini kerana kita ingin dikenang sebagai orang yang baik-baik setelah kita meninggal kelak.

 
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

2 comments:

THE AUTHOR said...

Perkongsian yang menarik.
nak jenguk blog tu jap!!

Kiko Chris said...

thanks!..jenguk jgn x jenguk.
blog tu selalu diupdate