Wednesday, 8 August 2012

Wajib Bina Blog untuk Assignment


AuuuCakkkk........

Lama gak dah aku tak update blog kan.  Hari-hari aku just check bilangan follower dan tengok komen-komen terbaru.  Memandangkan aku asyik sibuk ulang kaji sebab ada kuiz, aku hanya sempat follow balik blogger yang dah follow blog aku dan reply komen dorang.  Itupun tak semua yang ku reply.  Baru hari ni aku free sikit, then nak update arr satu dua benda kat blog ni. Hehe....

Sehari dua ni aku bleh rilek-rilek ini macam.

Dan melalak sambil dengar lagu.  Hoho...  

Tapi selepas kitorang cuti raya dalam tidak sampai 2 minggu akan datang, kitorang pun mulalah busy balik.  Alahai....  Assignment, kuiz, test lagi dan lagi (nama pun student kan, redha je arr :D).  Dan salah satu assignment kami adalah bina blog untuk subjek CSC134, yang berkaitan dengan penggunaan komputer.  Lecturer tu beritahu kitorang harus buat blog (tak kira pasal apa) dan dari segi layoutnya juga akan diambil kira.  

Tapi yang aku was-was nanti kalau lecturer tu check blog kitorang guna browser selain daripada Google Chrome sebab ada sesetengah daripada appearances or gadget kat blog aku akan nampak lain apabila aku melayari blog aku menggunakan Morzilla dan IE.  Sebagai contoh, scroll bar aku akan menjadi seperti scroll bar biasa (kaler putih dan kelabu) kalau dilayari menggunakan Morzilla tetapi kalau menggunakan Google Chrome, scroll bar aku akan menjadi warna pink seperti yang telah aku edit.  Maybe bukan blog aku sorang je yang akan jadi macam ni kalau korang perasan lah...  Ke aku je yang baru perasan?  O.O  Tapi asib baik aku dah ada blog ni sebelum ni, so aku just perlu rajin update blog je sekarang ni dan atur yang mana patut.  ^^  Jadi aku tak perlu bingung sangat arr pasal nak bina blog ni sebab selepas ni kuiz dan test pun makin banyak.  Ooomaigadddd....  Harap aku tak stress je arr nanti.

Kalau aku stress nanti, aku nak pergi tempat sunyi dan jerit kuat-kuat.  Hehe...  Sesiapa yang terdengar tu nasiblah :D

Jadi sekarang ni aku harap aku dapat kurangkan procrastination dan tak nak ulang kaji last minit.  Tapi masalahnya, yang ulang kaji last minit tu apa yang aku baca mudah masuk dalam otak -..-"  Betul tak?  Pleaselah cakap betul..... :P 

Mesti korang menyampah tengok domo di atas kan?  Aku sengaja nak buat korang menyampah pun sebenarnya...  Hehe :D   













If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

2 comments:

Hanif Idrus said...

Apa lagi..jumpa kakak abang otai blogger minta tolong edit blog..hehehhe

Kiko Chris said...

hehee...kalau bro Hanif tlg edit bleh kn?