Friday, 31 August 2012

Selamat Hari Merdeka!! :)


Pejam celik-pejam celik, dah 55 tahun dah negara kita merdeka.  Nasib baik negara kita masih lagi aman dan damai, tiada campur tangan dari pihak luar dalam masa 55 tahun ni.  Malam tadi kitorang kat kampus beramai-ramai nak countdown sampai ke detik 12 tengah malam untuk melaungkan "Merdeka!" bersama-sama.  Kitorang berkumpul dari pukul 9:00 malam hinggalah ke 12:00 tengah malam.  Tengok persembahan dan sketsa dari pelajar UiTM.

Memang ingatkan program malam semalam tu akan membosankan..  Tapi dah sambut ramai-ramai ngan kawan dan students lain, memang seronok.  Semangat kemerdekaan tu masih ada.  Hehe...  Yelah kan, kadang-kadang kalau dah study kat universiti ni kita bleh lupa dan tak ambik kisah langsung pasal program macam ni.  Thanks tu pihak universiti sebab manganjurkan program Merdeka Ria supaya pelajar-pelajar juga dapat menyambut kemerdekaan negara yang ke 55 bersama-sama.

Kalau kat sekolah dulu memang seronok lagi.  Setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan pertandingan kelas patriotik.  Awal bulan Ogos pertandingan tersebut akan diadakan dan setiap kelas akan mula menghias kelas mereka dengan menggunakan bendera yang banyak.  Selain daripada pertandingan menghias kelas, pertandingan lagu-lagu patriotik juga akan diadakan.  Di penghujung bulan nanti, setiap markah bagi setiap kelas akan dikira.  Kelas mana yang paling banyak dapat hadiah akan dikira juara dan kelas paling patriotik.  Selalunya, untuk hadiah kelas paling patriotik, mereka akan pergi lawatan di mana sahaja mereka mahu di sekitar kawasan Kuching.  Dan selalunya, kelas kitorang memang tak pernah miss arr  dapat hadiah tu.  Semua pelajar dalam kelas kami patriotik laa kununnya. :P

Ok...  Now to the serious moment.  Tapi jangan ingat negara kita akan merdeka dan bebas buat selama-selamanya kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.  Bahkan sekarang minda kita pun mudah mengikut budaya dan apa yang dilakukan oleh orang Barat.  Tidak mustahil perkara yang lepas akan terjadi semula kerana sejarah mungkin berulang kalau kita terlalu mengambil mudah dengan apa yang telah kita kecapi sekarang.  Oleh itu, kita haruslah bersyukur dengan kegigihan pemimpin dan orang-orang kita yang terdahulu kerana sanggup berjuang demi kemerdekaan negara kita.  Dan sekarang kita semua bertanggungjawab untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita.
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: