Once again, selamat hari raya dan selamat bercuti kepada kawan-kawan dan blogger-blogger sekalian. Enjoy-enjoy jgak, tapi keselamatan pun harus korang jaga ya. Selalunya masa musim perayaan inilah banyak kemalangan dan tragedi berlaku. Sedih gak baca news dari blog DUNIA ITU. Semalam beberapa jam masa yang aku luangkan kan blog tu. Blog tersebut mengumpul news dari pelbagai sumber supaya kronologi apa yang berlaku dapat diketahui dengan mudah.
Dengan mengingati kematian, kita boleh menghargai orang yang berada di sekeliling kita. Ini kerana kadang-kadang kita hanya akan merasa kehilangan apabila orang yang kita sayangi telah tiada. Akhirnya kita menyesal sebab tidak pernah menghargai mereka. Selain itu kita juga akan lebih menghargai masa yang ada sebagai contoh kita akan lebih menghargai masa yang ada bersama keluarga. Mana tau umur kita tidak panjang bukan? Kita juga akan sering mencari masa untuk bersama dengan orang yang kita sayang. Malang nya, ada yang meninggal tanpa sempat bertaubat daripada melakukan perkara yang tidak elok. Oleh itu, dengan ingat akan kematian boleh mengajar kita supaya bertaubat sekiranya kita ada melakukan perkara yang salah.
Tajuk post aku di atas juga melambangkan dengan mengingati kematian, kita boleh mengubah sikap dan kelakuan kita daripada yang buruk kepada yang lebih baik kerana kelak setelah kita meninggal, tempat kita yang tetap adalah antara syurga ataupun neraka. Sebagai contoh, kita akan melayan orang di sekeliling kita dengan lebih baik. Ini kerana kita ingin dikenang sebagai orang yang baik-baik setelah kita meninggal kelak.
2 comments:
Perkongsian yang menarik.
nak jenguk blog tu jap!!
thanks!..jenguk jgn x jenguk.
blog tu selalu diupdate
Post a Comment