Monday 2 July 2012

What a Busy Weekend


Fuhh...dah beberapa hari tak update blog.  Hujung minggu ni tadi agak sibuk sebenarnya.  Jumaat lepas saya balik ke Sematan dari kampus.  Duduk dalam kereta lama-lama pun boleh rasa penat tau.  Hehehe...  Then hari Sabtu tu saya g Jualan PiBG kat sekolah lama saya, SMK Sematan.  Bukan sebab nak tengok barang-barang yang dijual tu, tapi sebab nak jumpa kawan-kawan lama.  Rindu sangat ngan dorang.

Tapi sebelum tu saya dan kakak pergi ke pasar Lundu dan bawa anak kepada cikgu kat sekolah tu yang mak saya jaga.  Best sangat bawa dia jalan-jalan dengan telatah dia yang banyak cakap (and banyak tanya -.-" )  Lepas jalan-jalan tu baru balik ke sekolah semula, g Jualan PiBG tu.  Kat sana baru berpeluang lepak dengan kawan-kawan yang lain.  Tapi sayangnya masa tu orang pun dah ramai gak yang pulang dan saya pun hanya dapat lepak dengan adik lelaki dan kawan-kawannya saja.  sob3...

Masa tu rasa rindu sangat nak lepak sama-sama dengan geng sama kelas dulu sebab walaupun dah masuk ke UiTM dan jumpa kawan-kawan baru,keadaannya tetap tidak sama kerana semasa di sekolah dahulu, setiap daripada kami memang rapat antara satu sama lain.  Rasa nak masuk ke sekolah menengah semula dan berkumpul bersama classmates yang dulu.  (Cuma tak nak ambil SPM lagi laa.  Hoho...)  Ramai kawan atau ex-students SMK Sematan yang saya kenal beritahu mereka juga merindui keadaan di sekolah walaupun mereka bukanlah seorang pelajar yang rajin pergi ke sekolah.  Lastly, saya nak kongsi plak suasana/pemandangan di SMK Sematan..










If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: