Francine Siddaway, 28
Betul ke cara kita berpakaian boleh menjejaskan pekerjaan kita? Isu hot kali ini ialah cara kita bermekap dan berpakaian boleh membuatkan kita hilang pekerjaan.
Hospital Addenbrooke, Cambridge memecat Francine Siddaway daripada kerjanya tukang cuci kerana cara pemakaiannya dan mekap yang tebal ketika bekerja. Dia mengikuti cara Cleopatra (firaun terakhir Mesir Purba, yang dikatakan amat cantik pada ketika itu) bermekap, tidak pernah dan tidak mahu mengubah penampilannya walaupun ketika pergi bekerja. Menurutnya mekap dan cara penampilannya membuat dia lebih berkeyakinan.
Tetapi Francine Siddaway tidak berpuas hati dipecat kerana alasan mekapnya yang tebal memandangkan ketika temu duga untuk mendapatkan pekerjaanya dahulu dia turut bermekap dan berpakaian sedemikian. Baginya, itu telah menjadi identiti dirinya dan tidak mengganggu dia ketika melakukan tugasnya memandangkan dia selalu bekerja keras dalam melakukan tugasan yang diberikan. Dia juga selesa dengan dirinya sendiri. Sekarang Francine ingin membuat rayuan agar diterime kembali bekerja di hospital tersebut.
Sumber: Metro, 7 Julai 2012
Daripada apa yang telah saya baca, apa yang ingin saya katakan di sini ialah:
- 1st impression is important. Maybe pihak hospital tidak kisah dengan penampilan Francine Siddaway, tapi apa kata orang luar apabila melihat dia nanti?
- Tapi haruskah kegigihan dan cara seseorang itu bekerja dipandang dari segi penampilannya sahaja?
No comments:
Post a Comment