Saturday, 28 July 2012

Bunuh Diri=Masalah Selesai?


Baru-baru ni semakin ramai remaja yang attemp suicide ni.*geleng3*..kalau kat Malaysia maybe jarang arr kita dengar pasal isu ni.  Tapi kalau kat negara luar, lagi banyak kejadian ni berlaku.  Kebanyakan remaja membunuh diri sebab ada masalah dan pemikiran mereka dah tak jelas lagi.  Aku update pasal bunuh diri ni pun sebab baru-baru ni ada remaja perempuan yang bunuh diri berdekatan ngan kawasan aku tinggal.

Bagi aku, dorang yang bunuh diri ni sebenarnya tiada tempat untuk mengadu, tak tahu cara untuk menyelesaikan masalah dorang dan akhirnya dorang pun fed up ngan masalah dorang macam dalam kes Ashley Billasano.  Parents pun sepatutnya ambil tahu dan perasan dengan perubahan pada anak mereka sebab kebanyakan remaja tidak suka berterus-terang tentang masalah mereka dengan ibu bapa sendiri.  Aku sendiri pun selalunya tidak suka menceritakan masalah aku kepada ibu bapa aku.  Hehe...  Kebanyakan remaja (macam aku arr.. :D), tetapi tidak semua lebih suka berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan.  Sharing is caring, caring is loving arr al-kononnya.  Hoho...  Tapi yang mendengar masalah dorang tu plak jangan arr buat derk je ye..  Itu akan membuatkan mereka berasa tidak ada seorang pun yang mengambil berat pasal mereka dan mereka akan mudah berasa putus harapan.

So untuk mengelakkan daripada ramai lagi remaja yang membunuh diri, kita haruslah mengambil berat sekiranya kita mengetahui mereka ada masalah.  Sebagai contoh, kita haruslah mengambil berat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan kita.  Ibu bapa pun sepatutnya bersikap lebih memahami remaja masa kini.  Remaja itu sendiri pun sepatutnya mendapatkan nasihat ataupun berjumpa dengan ahli kaunseling sekiranya mereka tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah mereka.  Akhir sekali, bagi yang rasa nak bunuh diri tu, cuba arr bayangkan bagaimana rasanya apabila kita menyakitkan diri kita sendiri.  It's demmmm painfull...  Lagipun, dalam ajaran Islam dan Kristian ada mengatakan membunuh diri adalah perbuatan yang berdosa.

Ramai remaja mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah tidak mengetahui bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa menyedari membunuh diri adalah cara penyelesaian yang kekal bagi masalah yang sementara.  Membunuh diri hanyalah melarikan diri daripada masalah, tetapi setiap masalah tetap ada jalan penyelesaiannya.

p/s:  LIVE AND LOVE YOUR LIFE \/





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

2 comments:

Mr.J said...

Pernah terfikir nak bunuh diri.

Kiko Chris said...

uiee?sapa?u meh?