Thursday, 27 September 2012

Life Is Fragile



Pernah tak korang nampak simbol ni kat kotak barangan kaca?  Tapi aku bukan nak cite pasal barangan kaca yang mudah pecah tu.  Hehe... 

What I wanna share is about our life that are fragile.  





Firstly, life is fragile, handle with care.  Apa yang aku ingin katakan di sini ialah cara kita menjalankan kehidupan sehari-hari boleh mempengaruhi kehidupan kita.  Bagaimana kita layan orang di sekeliling kita dan bagaimana kita menghargai kehidupan kita sendiri.  Maksud yang aku ingin sampaikan ialah, layan orang sebagaimana kita mahu orang lain layan kita.  Then kita memang selalu dilanda masalah.  Kalau kita terlalu mengikut perasaan, nyawa pun boleh melayang.  



Secondly, our heart is fragile too.  Hati kita pun mudah terusik bukan?  Ini bukan bagi orang yang bercinta saja.  Kadang-kadang kita boleh menyakiti hati orang lain tanpa kita sedari.  Apalagi menyakiti hati orang yang kita sayang dengan sengaja.   Yang itu jauh sekali kita nak lakukan.  So apa yang penting ialah kita harus hormat dan hargai orang yang kita sayang bagi mengelakkan hati mereka dan hati kita sakit.


Tapi yang paling penting ialah sekiranya kita menghadapi masalah, doa adalah jalan yang terbaik sekiranya tiada jalan lain bagi menyelesaikan masalah kita.  Setiap agama mengajar kita ke arah kebaikan dan dengan doa, diharap kita memperoleh kebenaran dan jalan bagi setiap masalah kita.  










If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 26 September 2012

Bersyukur dan Hargailah Sebelum Terlambat


Me with Jamie..  The one that I love a lot.  Tengok aku buat pipi kembung, dia pun buat gak.  Haha... 

Ok..  Back to the main topic.  Bersyukurlah sebelum terlambat.  Bagi aku, sikap menghargai sesuatu tu memang penting untuk membuatkan kita happy dengan apa yang kita ada.  Dalam erti kata lain, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.  

Bersyukurlah sekiranya kita hidup dalam keadaan sederhana kerana ada lagi yang lebih susah daripada kita.  

Bersyukur dan hargailah orang di sekeliling kita kerana hidup dan mati di tangan Tuhan.  Kita selalunya akan berasa kehilangan apabila mereka tiada lagi di dunia.

Hargailah kekasih, suami/isteri anda.  "You never know what you have until you lose it, and once you lose it, you can never get it back"

Hargailah masa yang ada kerana anda cuma hidup dan mati sekali dalam seumur hidup anda.  YOLO



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 23 September 2012

Book Review: Adorkable by Sarra Manning


Adorkable by Sarra Manning (Picture: credit to here.)


Dah lepas hari Jumaat, 21hb September 2012, baru aku rasa free giler sebab kelmarin kitorang ada 2 test.  Penat otak aku kot.  Baru hari ni aku sempat nak update blog kesayangan dan kegilaan aku ni.  Hehe...  

By the way, pasal gambar di atas, kalau korang yang ada pergi kedai buku macam kedai Popular tu mesti korang ada tengok ataupun terpandang buku Adorkable ni kat area English Fiction kan?  First time aku tengok buku ni aku dah jatuh hati dah.  Orang salu cakap "don't judge a book by its cover" bukan?  Tapi cover tu arr punca yang boleh membuatkan orang tertarik dengan buku tu.  Lagi satu, aku tengok tajuk buku ni yang nampak-macam-bez je.  Then aku baca arr sinopsis ataupun preview yang ada kat belakang buku tu.    

Korang bleh baca sendiri lah ye sinopsis buku ni kat bawah:
"Jeane Smith's a blogger, a dreamer, a dare-to-dreamer, a jumble sale queen,  CEO of her own lifestyle brand and has a half million followers on Twitter.
Michael Lee's a star of school, stage and playing field.  A golden boy in a Jack Wills hoodie.
They have nothing in common but a pair of cheating exes.  So why can't they stop snogging?"

Lepas aku baca apa yang ada kat cover belakang buku ni, aku confirm memang nak beli buku ni.  Malangnya dah hujung sem ni, duit aku pun makin kureng.  Terpaksalah aku pinjam duit kakak aku dulu.  Kalau tak, bukan buku ni je aku nak beli.  Banyak sangat buku yang menarik perhatian aku.  Kelak aku nak serbu balik Popular.  Harga buku ni RM 34.95..  Memang berbaloi.  Hehe...  Lagi satu apa yang aku suka pada buku ni ialah pasal The Adorkable Manifesto yang terdapat di dalam buku ni.

The Adorkable Manifesto:
  • We have nothing to declare but our dorkiness.
  • Jumble sales are our shopping malls.
  • Better to make cookies than be a cookie-cutter.
  • Suffering doesn't necessarily improve you but it does give you something to blog about.
  • Experiment with Photoshop, hair dye, nail polish and cupcake flavours but never drugs.
  • Don't follow leaders, be one.
  • Necessity is the mother of customisation.
  • Puppies make everything better.
  • Quiet girls rarely make history.
  • Never shield your oddness, but wear your oddness like a shield.

Apa-apa isi cerita dalam buku ni, korang bleh baca sendiri lah ye.  Hee...  Aku pasti korang akan suka buku ni.  



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 19 September 2012

The Busiest Week Ever! T^T



Hey yow....  Dalam minggu ni aku akan jarang update blog.  Busy sangat3000x.....  Tak lama lagi study break then 1hb Oktober nanti kitorang dah ada final exam.  Apa yang buat aku jadi sebok sangat dalam minggu ni:

  • 3 assignments yang harus dihantar
  • 1 quiz
  • 3 test
  • 1 presentation
Petang tadi kitorang dah pun speaking test untuk subjek Bel.  Sebelah pagi tadi plak kitorang dah speaking test untuk subjek Mandarin.  

Harap-harap otak aku dapat bertahan untuk seminggu ini lah...  Hahahaiyo.  Wish me luck people \/ 




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 16 September 2012

Malam Meraikan Inovasi Akar Umbi


Po kabo blogger sekalian?  Lama dah aku tak update blog kan?  Almaklum lah, dah nak dekat ngan study break ni kerja pun makin banyak...  Tapi semalam sempat aku ngan kawan-kawan aku g Malam Meraikan Inovasi Akar Umbi yang berlangsung di Tebingan Kuching yang bersempena dengan Regatta Sarawak & Karnival Sains dan Inovasi.  Kitorg bersama dengan rombongan pelajara dari UiTM kat waterfront tu dari pukul 7:00 malam sampailah pukul 10:30 malam.

Banyak aktiviti menarik yang dijalankan pada malam tadi.  Antaranya ialah kuiz terbuka dan cabutan tiket bertuah.  Persembahan yang ditunjukkan pada malam tadi juga cukup menarik..  Sekarang aku nak kongsi plak gambar-gambar yang dah aku snap malam tadi.



Di pentas utama

Para pelukis tempatan sedang melukis potret para pelanggan di mana muka mereka akan 'dikartunkan' oleh para pelukis itu tadi.

Antara hasil lukisan mereka yang dipamerkan

Bangunan DUN Sarawak

Permandangan dari Waterfront, Kuching

Di kawasan gerai-gerai yang menjual makanan

Yang syoknya kitorang yang pergi tu pun dapat goody bag daripada MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation).  Dapat extra satu lagi tu..  Hehe

Dalam bag tu ada penanda buku, pen and torchlight dan hi-5 (ntah ape ntah namanya aku pun tak pasti)

Thanks tu MOSTI! :)

Harap-harap tahun depan kitorang ada kesempatan lagi untuk pergi ke karnival tersebut.  Sayangnya kitorang tak pergi pada sebelah petang sebab ada regatta dan pameran diadakan.  Apa-apapun, memang seronok sangat semalam :)






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday, 8 September 2012

Jom Blaja Bahasa Melayu Sarawak Part 1


ok...gambar nampak buruk -..-" 

Jom belajar Bahasa Melayu Sarawak!  Senang je macam mana nak sebut perkataan-perkataan Melayu Sarawak tu.  Selalunya korang yang terutamanya dari semananjung, mesti selalu dengar ayat "kamek sayang kitak" tu kan?   Tapi sekarang aku nak korang tau lebih dari ayat tu.  Aku nak kongsikan beberapa perkataan dalam Melayu Sarawak yang berbeza dengan Bahasa Melayu baku.


  • Angol - Pening/Bingung
  • Kacak - Cantik/Handsome/Sesuatu benda yang nampak menarik
  • Kat - Di
  • Kedak - Macam
  • Keruk - Keras
  • Pusak - Kucing
  • Nang - Memang
  • Palak - Kepala
  • Perey - Ketawa nyaring-nyaring
  • Sik ada/sikda - Tiada
  • Sitok - Sini
  • Tangga - Tengok
  • Tok - Ini


Contoh-contoh ayat yang boleh digunakan menggunakan perkataan di atas:
1.  Angol palak ku tok
     -  Pening kepala aku ni

2.  Sikda pusak ku kat sitok
     - Tiada kucing ku di sini

3.  Nang kacak pmpuan ya
     -  Memang cantik perempuan tu

Senang je kan?  Kalau nak tau perkataan-perkataan lain lagi dalam Bahasa Melayu Sarawak, tunggu part yang seterusnya ek?hee...  Daaaaa dulu....








If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 5 September 2012

Yes..M a Fan of Avenged Sevenfold


Hey korang semua...  Apa cer ini hari?  Sekarang ni aku rasa nak relax-relax dan peluang yang ada ni aku nak update blog aku.  Lama gak dah tak 'tulis' kat sini.  Banyak sangat test ini minggu daa...  ( __ __ )" *sighing*  Tapi takpe, tak lama lagi nak final exam untuk sem ni dan tinggal 2 minggu saja lagi ada kelas.  Lepas tu study break seminggu, baru exam.

So hari ni aku nak kongsi sikit band yang aku minat giler, Avenged Sevenfold.  Korang pun mesti arr ada favourite singer or favourite band sendiri kan?  Sebelum ni aku dah cerita gak kenapa aku minat sangat ngan dorang kat sini.  Tapi tu pun serba sedikit je.  Kali ni aku nak cerita plak serba sebanyak kenapa aku minat dorang.


Slalu kalau ada masa free, aku suka menonton video muzik kat channel MTV or HITZ.TV..  Then once upon a time (skema punya ayat :D), aku menonton program Riffs kat channel HITZ.FM.  Kalau tak silap aku baru Form 4 masa tu.  That was the 1st time that I heard Avenged Sevenfold's song, Afterlife.  Lagu tu terus melekat kat otak dan jiwa aku.  Hoho...  Masa tu aku belum tau sangat pun dorang siapa.  Rhythm dan rentak lagu tu best sangat, buat aku layan and rasa nak headbanging je.  Hehe..  Lagi pun aku suka video lagu tu.  Simple but still looks awesome.  Lagu Afterlife itulah yang membuatkan aku jatuh hati pada dorang.

Then masa aku Form 5 plak,  kawan aku syorkan supaya aku mendengar lagu Dear God dari dorang gak.  Walaupun lagu tu lebih slow dari lagu Afterlife, memang lagu tu pun best jgak.  Dengan lirik ngan melodinya lagi.  Perghhh....  Suara M Shadows pun memang power gak sebab bleh menyanyikan lagu yang memerlukan nada suara yang rendah ataupun tinggi.  Sebab tu gak arr lagu dorang pun best-best slen daripada ahli-ahli bandnya yang terror bermain alat muzik.  Thumbs up for them..  Antara lagu-lagu dorang yang aku memang best dan selalu aku dengar selain daripada lagu Afterlife dan Dear God ialah Warmness on the Soul, So Far Away, Nightmare, Seize the Day dan Bat Country.

Lepas tu barulah aku start stalk buat research pasal dorang (ecehceh.. :D)  Mereka berasal dari Huntingon Beach, California.  Avenged Sevenfold dibentuk pada tahun 1999 dan mereka adalah sahabat semenjak di sekolah lagi (kecuali Synyster Gates, kawan kepada The Rev).


Firstly, ini ialah M. Shadows ataupun nama sebenarnya Matthew Charles Sanders (31 July 1981).  Vokalis Avenged Sevenfold.  Dia bermula dengan bermain piano dan kemudian minatnya kepada muzik rock semakin bertambah setelah pandai bermain gitar.  He's my favourite singer..  Muka pun bleh tahan handsome.  Hikhik..  Tapi sayang dah kahwin.. Nama isterinya Valary DiBenedetto.  


Then ni plak Synyster Gates, nama sebenarnya Brian Elwin Haner, Jr. (7 July 1981) lead guitarist.  Teman wanitanya merupakan kembar kepada isteri M Shadows iaitu Michelle.

Zacky Vengeance, nama sebenarnya Zachary James Baker (11 December 1981).  Membentuk Avenged Sevenfold bersama M Shadows dan The Rev.  Left-handed guitarist.  


Jimmy Owen Sullivan a.k.a The Rev.  Pemain drum A7X.  Lahir pada 9 Februari 1981 dan meninggal pada 28 December 2009 di rumahnya.  Kehilangannya amat dirasai oleh ahli-ahli band yang lain di mana beberapa buah lagu telah dikompos untuk didedikasikan kepada beliau dalam album ke-5 mereka, Nightmare.  Salah satu lagu tersebut bertajuk So Far Away di mana di dalam video lagu tersebut mereka menggambarkan kenangan mereka semasa muda-muda dahulu sehinggalah kematian The Rev.  Alat drumnya kini telah dipamerkan di Hard Rock Hotel di Las Vegas.  Kini Mike Portnoy menjadi drummer bagi A7X untuk menggantikan The Rev.


Johnny Chris ataupun nama sebenarnya Jonathan Lewis Seward (18 November 1984), bassist of A7X.  Join A7X pada tahun 2003.  

Dorang ada buat konsert di Malaysia pada April 2012 ni tadi kat Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.  Rugi tak dapat nak pergi.  Jauh sangat...  Bajet pun tiada.  Huhu..  Harap-harap dorang akan datang lagi pada masa akan datang.  Mana tau ada rezeki bleh pergi.  Hoho...  Apa-apa pun, Avenged Sevenfold memang terbaikkkk. \m/  




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 2 September 2012

OMSAR Dinner Talk - Red Carpet Theme


Hey yow....  Happy Sunday bloggers sekalian.  Alamak...  Esok dah hari Isnin.  Mesti ramai yang rasa malas nak pergi kelas/sekolah esok kan?  Maklum laa...  Monday blues arr katakan.  Hehe...  Aku pun macam tu gak.  Minta-minta masa cepat berlalu, nak habiskan sem ke tiga ni dengan cepat.  Alright, back to the topic. Semalam kitorang pergi dinner untuk course kami yang dianjurkan oleh student part 4, nama group dorang Offabulousity dengan kerjasama OMSAR (Office Management Sarawak).  Tema yang dorang buat ala-ala red carpet di mana mereka mengupah ahli-ahli photographer untuk mengambil gambar kami semasa dinner tersebut berlangsung.  Then kitorang pun rasa artis lah masa tu.. :D

Kelmarin aku and roomate aku bersiap dari pukul 3:30 p.m macam tu sampai arr nak dekat pukul 5:00 p.m. Make up and buat rambut sendiri lagi, tu pasal lah lama.  Lagi pun kitorang mesti bergerak dalam pukul 5:30 ke hotel.  

Ramai yang cantik-cantik semalam, jelez I tau.  Apa-apapun, aku enjoy dapat hangout dengan classmates aku malam tadi.  Release tension sekejap.  Tapi minggu ni akan tension balik.  Apa bleh buat daa....

Bawah ni plak aku nak share gambar yang dah di snap malam tadi.  Jeng jeng jeng...

Aku yang ala-ala hippy.  Sebelah aku tu plak Annie..

I look funny and I know it :D

Aku and the gang..  Yang sebelah aku tu Sanchezia, Cynthia and yang last sekali tu Beckclean.

Dari kanan, Fifi, Annie, Bibiana, Rolydia, Fran, Beckclean, Cynthia, Cici.  Dan lastly aku...

Gambar ni aku dapat daripada kawan-kawan aku, Annie and Cynthia.  Thanks to them...





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you