Friday, 31 August 2012

Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah"



Hey blogger..  Kali ni aku join segmen dari abg Hanif Idrus plak.  Baru sempat nak join segmen ni.  Hehe...  Dia ni rajin tau review dan blogwalking kat blog kitorang.  Lagipun, kalau kita join segmen ni, bleh gak tambah follower and membantu meningkatkan trafik blog kita.  Bukan trafik jam ye... :D  So kalau nak join sekarang, masih belum terlambat lagi.  Segmen ni akan tamat pada 30 September 2012.  Klik Join Here kalau nak tau lebih lanjut.

Rakan blogger yang ditag:


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Selamat Hari Merdeka!! :)


Pejam celik-pejam celik, dah 55 tahun dah negara kita merdeka.  Nasib baik negara kita masih lagi aman dan damai, tiada campur tangan dari pihak luar dalam masa 55 tahun ni.  Malam tadi kitorang kat kampus beramai-ramai nak countdown sampai ke detik 12 tengah malam untuk melaungkan "Merdeka!" bersama-sama.  Kitorang berkumpul dari pukul 9:00 malam hinggalah ke 12:00 tengah malam.  Tengok persembahan dan sketsa dari pelajar UiTM.

Memang ingatkan program malam semalam tu akan membosankan..  Tapi dah sambut ramai-ramai ngan kawan dan students lain, memang seronok.  Semangat kemerdekaan tu masih ada.  Hehe...  Yelah kan, kadang-kadang kalau dah study kat universiti ni kita bleh lupa dan tak ambik kisah langsung pasal program macam ni.  Thanks tu pihak universiti sebab manganjurkan program Merdeka Ria supaya pelajar-pelajar juga dapat menyambut kemerdekaan negara yang ke 55 bersama-sama.

Kalau kat sekolah dulu memang seronok lagi.  Setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan pertandingan kelas patriotik.  Awal bulan Ogos pertandingan tersebut akan diadakan dan setiap kelas akan mula menghias kelas mereka dengan menggunakan bendera yang banyak.  Selain daripada pertandingan menghias kelas, pertandingan lagu-lagu patriotik juga akan diadakan.  Di penghujung bulan nanti, setiap markah bagi setiap kelas akan dikira.  Kelas mana yang paling banyak dapat hadiah akan dikira juara dan kelas paling patriotik.  Selalunya, untuk hadiah kelas paling patriotik, mereka akan pergi lawatan di mana sahaja mereka mahu di sekitar kawasan Kuching.  Dan selalunya, kelas kitorang memang tak pernah miss arr  dapat hadiah tu.  Semua pelajar dalam kelas kami patriotik laa kununnya. :P

Ok...  Now to the serious moment.  Tapi jangan ingat negara kita akan merdeka dan bebas buat selama-selamanya kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.  Bahkan sekarang minda kita pun mudah mengikut budaya dan apa yang dilakukan oleh orang Barat.  Tidak mustahil perkara yang lepas akan terjadi semula kerana sejarah mungkin berulang kalau kita terlalu mengambil mudah dengan apa yang telah kita kecapi sekarang.  Oleh itu, kita haruslah bersyukur dengan kegigihan pemimpin dan orang-orang kita yang terdahulu kerana sanggup berjuang demi kemerdekaan negara kita.  Dan sekarang kita semua bertanggungjawab untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita.
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday, 27 August 2012

Kebaikan dan Keburukan Upload/Post Gambar di Web


Pernah tak korang terbaca news atau cerita pasal orang kena pukau melalui gambar yang diupload di laman web seperti Facebook?  Kalau diikutkan selepas membacanya cerita tersebut, memang arr aku sendiri pun berasa takut gak.  Orang zaman sekarang ada bermacam-macam ragam.  Kat depan kita dorang bleh tunjuk baik, kalau kat belakan siapa yang tau kalau dorang pun boleh kenakan ilmu kat kita.  Minta-minta dijauhkan arr.  Tapi mengupload ataupun post gambar di laman web tersebut bukan hanya mendatangkan keburukan sahaja.  


Salah satu kebaikan mengupload atau post gambar di laman web adalah supaya memudahkan teman-teman ataupun saudara mara yang telah lama berpisah/ tidak berjumpa untuk menjejaki kita semula.  Yang ni mudah terjadi kalau kita upload gambar kat Facebook terutamanya apabila kita mempunyai mutual friends dengan rakan-rakan kita tadi.  Lagipun sekarang ni kalau kawan kita di Facebook ada 'like' atau komen kat gambar atau status seseorang di FB, kita pun boleh tau juga status/komen apa yang dorang like.  Lagi satu kebaikan upload/post gambar di laman web juga adalah untuk menjimatkan memory space di dalam hp, laptop dan yang sama waktu dengannya.  Hehe..  Dulu kawan aku pernah cakap tujuan dia membuat akaun Friendster sebab dia bleh upload gambar yang berlambak kat dalam memory kad hp dia dan kemudian dia akan delete gambar-gambar yang telah diupload untuk menjimatkan space kat memory kad tu.  Kira laman web macam Friendster and Facebook ni bleh dijadikan memory kad ke 2 arr bagi yang kurang space kat memory kad tu.  Then, kebaikan yang aku dapat lihat mengenai hal ini juga adalah dengan upload/post gambar tu, kita bleh ambik or retrieve balik mana-mana gambar yang kita telah terdelete di hard disk dan yang sama waktu dengannya.  Contohnya macam aku sendiri, dulu aku pernah terdelete satu gambar tu.  Then aku teringat pernah bagi gambar tu kat seseorang melalui inbox di FB.  Then hari tu aku cek balik mesej aku ngan dia kat inbox tu, akhirnya jumpa jgak gambar tu balik.  Hoho...  Happy giler arr sebab tu je arr the one and the only gambar tu yang aku ada.  Tak da copy kat lain lagi.

Manakala keburukan upload/post gambar kat laman web ni adalah orang lain bleh mempergunakan gambar kita dengan mengedit gambar kita untuk memalukan kita.  Selain itu, zaman kini masih ada juga orang yang mengamalkan menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan sesuatu seperti pukau.  Mereka boleh mengambil dan menggunakan gambar yang diupload itu untuk memukau kita.  Aku pernah terbaca di mana kalau kita hendak mengelakkan diri kita di pukau melalui gambar yang ada di laman web, kita janganlah mengupload gambar penuh (dari kepala sampai ke kaki nampak) kerana ini memudahkan orang untuk mengenakan ilmu itu tadi.  Tapi mana yang selalu upload gambar yang seksa-seksi tu memang sengaja cari nahas arr...
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday, 25 August 2012

Perkara Pelik yang Pernah Dilakukan Masa Zaman Kanak-kanak


Hari ni hari Sabtu, esok dah Ahad.  Haiya...  Aku blum ready lagi nak balik kolej.  Malass lah plak.  Huhu... Apa bleh bwat, Isni ni kitorang dah ada test.  Nasib baik tiap hari Isnin kelas kitorang start pukul 10:00 pagi.  Dapat bangun lambat sikit.  Tapi lepas ni confirm arr hari-hari sibuk.  Assignment dan kuiz serta test semakin berlambak.  So masa yang ada ni aku gunakan untuk bersama blog aku yang cantik ni.  :D

Masa korang kecil-kecil dulu, korang pernah bwat benda plik tak, yang korang takkan buat masa umur sekarang?  Mesti ada kan?  Well aku pun ada gak.  Nak kongsi pasal tu arr sekarang.  Lepas korang baca, korang bleh kongsi gak apa yang pernah korang buat dulu ek...  Kat bawah ni aku senaraikan apa perkara yang aku rasa pelik aku yang pernah buat.  Hoho..

  • Masa tadika dulu aku ada tanam pokok, biji benihnya plak aku dapat dari kawan aku.  Dah tanam tu aku tunggu lama-lama dekat ngan tempat aku tanam biji benih tu den cakap "cepatlah tumbuh..".  Tak ingat arr brapa lama plak aku tunggu kat situ jadi umpan nyamuk je.
  • Pernah cakap ngan batu. -..-  Imagine dorang kawan aku.  Praktis untuk bercakap ngan dorang kot.
  • Suka cari telur cicak kat rumah, nak tengok telur tu menetas.  Tapi tak pernah tengok lagi telur tu menetas macam mana,awal-awal lagi dah pecah.
  • Selalu panjat pokok, nak cari sarang burung yang ada telur.
Sekarang kalau difikir balik, rasa lawak ada jugak apa yang telah ku bwat dulu.  Rasa tolol ada jgak...  Hehe




If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday, 24 August 2012

I Heart Sematan


Sematan di hatiku (Ambik tagline UiTM dulu.. :D)  Sematan merupakan tempat aku dilahirkan dan dibesarkan so memang hati aku kebanyakannya di Pekan Sematan.  Kawan aku juga lebih ramai berada di Sematan kerana sejak aku tadika sampai ke sekolah menengah aku belajar di Sematan.

Salah satu sebab aku suka tinggal di Sematan juga adalah kerana suasananya yang mendamaikan.  Kalau kat sekolah kitorang kat SMK Sematan, rasa windy-windy macam tu sebab jarak sekolah kitorang dengan pantai tidak sampai 3km pun.  Kat Sematan pun ada waterfall yang dekat ngan kawasan aku tinggal.  So kitorang senanglah nak cari tempat untuk hang out ngan kawan-kawan.  Kelmarin aku ngan kakak n adik aku pergi jalan-jalan kat Pantai Abang Amin di Sematan.  Kenapa nama pantai tu macam tu aku pun kurang pasti arr.  Hehe...  Kat pantai tu, kakak and adik aku berjoging sementara aku plak snap-snap gambar.

Korang tengok sendiri lah ya.. :)




Sunset glow...  Kalau pindah dari Sematan suatu hari kelak, I'm very sure I'm gonna miss this place :)


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 22 August 2012

Lembutkan Hati dengan Mengingati Kematian


Once again, selamat hari raya dan selamat bercuti kepada kawan-kawan dan blogger-blogger sekalian.  Enjoy-enjoy jgak, tapi keselamatan pun harus korang jaga ya.  Selalunya masa musim perayaan inilah banyak kemalangan dan tragedi berlaku.  Sedih gak baca news dari blog DUNIA ITU.  Semalam beberapa jam masa yang aku luangkan kan blog tu.  Blog tersebut mengumpul news dari pelbagai sumber supaya kronologi apa yang berlaku dapat diketahui dengan mudah.


Membaca news dalam blog tersebut banyak memberi kesedaran kepada aku.  Ia turut membuatkan aku mengingati kepada kematian.  Mati adalah perkara yang tunggal di dalam kehidupan.  Mesin pun boleh rosak dan sampai pada satu tahap, ia tidak akan boleh dibaiki lagi, apatah lagi kita manusia.  Mati tidak mengenal umur dan masa, kerana malang tidak berbau.

Dengan mengingati kematian, kita boleh menghargai orang yang berada di sekeliling kita.  Ini kerana kadang-kadang kita hanya akan merasa kehilangan apabila orang yang kita sayangi telah tiada.  Akhirnya kita menyesal sebab tidak pernah menghargai mereka.  Selain itu kita juga akan lebih menghargai masa yang ada sebagai contoh kita akan lebih menghargai masa yang ada bersama keluarga.  Mana tau umur kita tidak panjang bukan?  Kita juga akan sering mencari masa untuk bersama dengan orang yang kita sayang.  Malang nya, ada yang meninggal tanpa sempat bertaubat daripada  melakukan perkara yang tidak elok.  Oleh itu, dengan ingat akan kematian boleh mengajar kita supaya bertaubat sekiranya kita ada melakukan perkara yang salah.

Tajuk post aku di atas juga melambangkan dengan mengingati kematian, kita boleh mengubah sikap dan kelakuan kita daripada yang buruk kepada yang lebih baik kerana kelak setelah kita meninggal, tempat kita yang tetap adalah antara syurga ataupun neraka.  Sebagai contoh, kita akan melayan orang di sekeliling kita dengan lebih baik.  Ini kerana kita ingin dikenang sebagai orang yang baik-baik setelah kita meninggal kelak.

 
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam..  Maaf zahir dan batin aku pinta sekiranya aku ada membuat salah kepada rakan-rakan sekalian.  Waktu raya nilah waktu yang sesuai untuk membuat confession ataupun memaafkan kesalahan orang lain.  Hehe...  Peace yow! \/

Beruntung sangat dapat tinggal di Malaysia sebab kita boleh bersama-sama menyambut dan merasai perayaan kaum lain.  Kita bebas untuk mengunjungi rumah rakan-rakan yang menyambut perayaan walaupun kita berbilang kaum.  That's the beauty of Malaysia..  Apa-apapun, selamat hari raya sekali lagi dan keselamatan juga harus diutamakan...  (Pesanan khas dan ikhlas oleh Kiko Sdn. Bhd... :D)

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday, 18 August 2012

Just Met My Best Childhood Friend


Finally, aku dapat jumpa gak ngan childhood aku dulu!  Nama dia Fiona, sekarang umur dia dah 21 tahun.  Awesome giler rasanya dapat jumpa dia dan berbual dengan dia sekejap tadi.  Tadi kitorang terjumpa kat Pasar Lundu, masa aku ngan adik-beradik aku nak pulang kampung.  Jumpa mak dia gak tadi.  Nasib baik rumah dorang pun dalam daerah Lundu gak, tapi agak jauh dari rumah kami.

Tadi time nak keluar dari satu kedai tu aku perasan ada sorang pmpuan pandang-pandang aku time jalan.  Aku pun macam pernah kenal ngan muka dia.  Then aku sebut arr nama dia 'Wina', nama panggilan dia yang diberi oleh familynya.  Apalagi, masa tu kitorang dah senyum-senyum dah.  Sebab lama gila dah tak berjumpa, rasa happy sangat tadi.  Kitorang pun borak-borak arr sekejap kat depan kedai tu.  Then sebelum balik tadi sempat gak bertukar number hp.

Last kitorang jumpa masa aku Form 1 dulu, kira-kira dah 6 tahun dah kitorang tak berjumpa.  Dari kecil sebelum aku masuk tadika lagi aku dah kawan ngan dia.  Kitorang boleh jadi kawan sebab dulu mak aku cakap, masa aku kecil aku suka g jalan-jalan kalau nak diberi makan.  Kalau mak taknak bawak jalan, aku pun tak  nak makan.  Haha...  Kecil-kecil pun dah banyak songeh kan?  Padan muka aku gak sebab orang cakap, kalau anak atau budak yang suka dibawa jalan-jalan kalau nak bagi dia makan, badan dia taknak besar.  Jurulatih PLKN dulu pun pernah bagitau kat aku macam tu.  Hahaiya...  Tapi sebab itu arr aku bleh kawan ngan Fiona tu tadi.  Mak aku pun kawan ngan mak dia gak.  So selalu lah kitorang berjumpa and kami bleh jadi rapat.  Lagipun abang-abang and kakak aku rapat ngan abang-abang Fiona.  Lagilah kitorang semua jadi rapat.  Dah macam adik-beradik dah.

Masa dulu tu, kitorang segeng ada 5 orang.  Aku, adik aku, Wina dan si kembar yang sama umur ngan Wina.  Susah senang kami selalu bersama-sama.  Port yang kitorang selalu pergi ialah rumah Wina tu tadi.  Hehe..  Tapi sayangnya masa aku Tahun 3, si kembar tu pindah ke Serian.  That was the last time we play together.  Sob3...  Then lepas tu aku pun selalu bermain ngan Wina je.  Tapi selepas dia masuk ke sekolah menengah, kitorang dah jarang berjumpa.  Masa tu dia dah masuk ke Tingkatan 1, belajar sesi petang.  Memang dah tak bermain ngan dia lah lagi.

Apa-apapun, dorang lah antara best of the best friends yang aku ada.  Daripada dorang lah aku banyak belajar banyak perkara di sekeliling aku.  Miss them a lot...  Aku harap kitorang dapat berkumpul satu hari nanti.  Thanks for the sweet memories my friends...



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday, 17 August 2012

Childhood Memory



Happy Friday everyone...  Siapa yang pernah rasa nak balik semula ke zaman kanak-kanak dulu, put yo hands up!  Hehe..  Apa yang bestnya masa kita zaman kanak-kanak dulu, kita tak perlu banyak fikir sangat pasal apa yang terjadi di sekeliling kita.  Stress pun tidak.  Kita boleh buat apa yang kita mahu bagaikan dunia ni kita yang punya.  Muahaha!!.. (evil laugh :D)  Lagi3...  Masa tu pun kita tak pandai malu sangat, contohnya kita boleh bermain apa sahaja yang kita mahu kalau orang tengok. Panjat pokok ke, masuk dalam longkang ke, main masak-masak ke.

My childhood was awesome.  Korang semua plak macam mana?  Apa yang aku suka zaman kanak-kanak aku adalah bila aku boleh main apa-apa sahaja yang aku mahu, dan tak perlu fikir macam-macam macam sekarang.  Sejak aku lahir lagi aku dah tinggal kat SMK Sematan, tempat bapa aku mengajar.  So memang sekolah ni tempat aku tinggal, bermain dan belajar.  Family kitorang pun dah lebih 20 tahun gak rasanya diam kat sini, sebelum aku lahir lagi bapa aku dah pindah mengajar kat sini dari Bintangor.  Then kat sini gak arr aku jumpa kawan-kawan yang lain; Pipit, Boy dan Wina.  Aku dah lama tak jumpa dorang.  Rindu sangat kat dorang.  Aku ngan adik aku selalu main ngan dorang, kelua masuk hutan dalam sekolah ni.  Panjat pokok sama-sama, macam monyet daaa.  Hehe...  Lepas dorang pindah kat lain, aku pun jarang nak keluar rumah.  Kalau tak pun aku ikut adik aku dan kawannya memancing kat sungai dalam sekolah ni.  Tu je arr yang aku suka buat.

Kalau ngan family plak aku suka kalau kami buat aktiviti sama-sama.  Tak macam sekarang, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.  Dulu kitorang salu main layang-layang dan badminton sama-sama.  Then dulu juga bapa aku selalu bawa kitorang g memancing.  Aku arr yang tak pernah miss ikut bapa aku g memancing.  Sekarang pun aku masih suka aktiviti tu.  Dulu time hujung minggu kitorang jarang gak pulang kampung.  Tapi kadang-kadang aku dan adik-beradik aku yang lain akan stay kat kampung tinggal dengan nenek kitorang.  Masa musim buah durian yang paling best, dapat jadi penunggu buah durian tu jatuh.  Hehe...  Lepas tu jual kat orang.  Apalagi masa kat kampung, dapat berkumpul ngan cousins dan kawan-kawan lain kat sana.  Dapat main banyak permainan lagi macam zero point, ting-ting dan permainan tradisional outdoor yang lain.  Tapi budak zaman sekarang dan zaman dahulu dah banyak gak perbezaannya.  Sekarang dorang lebih suka berada di rumah main PS2, Facebooking n macam-macam lagilah.  Rugi dorang tidak mengecapi zaman-zaman kanak-kanak yang terdahulu.

Sekarang nak tunjuk gambar-gambar aku masa masih comel lote dulu.  :D

Aku yang kat tengah-tengah, dikelilingi oleh uncle, abang-abang serta kakak aku


Aku n adik aku, yang nampak macam toyol kat situ.  Hehe...





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday, 16 August 2012

Freebies: Girl Doodle (wearing skirt)


Hai blogger!  Sekarang ni kitorang tengah cuti mid sem and aku pun manyak gak masa free untuk meluangkan masa bersama blog aku yang hensem cute ni.  Hahaha....  Baldi please.... (uwekkkkk..)  Memandangkan mode rajin aku tengah ada ni, aku pun buat arr girl doodle ni.  Aku buat simple-simple je.  Yang ni pun aku buat guna Paint.NET.

Kalau korang rasa doodle ni cantik, cute, comel, hodoh, buruk and rasa nak ambik, korang komen ek.  Hehe...  Nak tau gak apa pendapat korang.  Peace yow  \/






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday, 14 August 2012

Rawrrrr. I love Domo!


Setiap orang mempunyai barang yang diminati bukan?  Kalau perempuan, kebanyakan mereka suka barang-barang yang kiut-kiut macam anak patung, keychain dan yang sama waktu dengannya.  Kalau aku pulak, aku suka barangan daripada domo-kun sangat10000x.  Apa sebab?  Tentu ada yang pelik mengapa sesetengah perempuan macam aku minat sangat dengan binatang yang coklat legam tu.  Aku minat domo-kun sebab rupanya yang ganas tu (rawrrrr) dan boleh lagi nampak kiut dalam bentuk barangan seperti keychain dan baju tu.

Aku mula tertarik hati kepada domo-kun tahun lepas bila aku beli baju untuk gawai.  Baju tu warna purple and masa tu aku belum tau lagi gambar yang ada pada baju tu domo-kun pun sebenarnya.  Aku just suka design baju tu yang rugged, domo-kun tu tengah pegang hp.

Ni arr koleksi Domo aku yang pertama.  Baju kaler purple

Then tak lama selepas tu, aku pun tengok makin banyak patung dan yang sama waktu dengannya macam kartun dalam baju aku tu.  Baru aku tahu namanya Domo-Kun.  Hehe...  Lepas tu mulalah aku start koleksi Domo aku.  Baru sikit je yang aku dah kumpul.  Nak tambah lagi len kali.  

keychain dan mini doll

One for me, one for him. :D

Domo mini bag 

Domo keychain and lanyard

Kiut + Ganas gambar rupa dorang.  Hehe...  P kalau dah bag Domo tu besar sangat aku x brapa minat sangat lah nak beli.  Aku minat yang mini-mini je.  Lepas ni aku nak cari topi Domo plak.  Blum terjumpa lagi kat Kuching ni.  Ngehehe...





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 12 August 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya



Sebelum nak tido tadi terbaca plak info pasal segmen ni so aku pun join arr.  Nak tambah-tambah kenalan lagi sempena hari raya yang akan datang.  Segmen ni akan tamat pada 25 Ogos 2012, 11:59 p.m.   Yuran pendaftaran adalah percuma.  Nak join dan nak tau lebih lanjut lagi, click here.


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

My First Doodle!


Selamat pagi dunia....sekarang jam menunjukkan pukul 12:18 a.m.  Mesti ada gak yang masih menghadap laptop dan yang sama waktu dengannya sekarang ni kan?  Apalagi sekarang masih lagi hujung minggu, esok dapat bangun lambat skit.  hehe...  Disebabkan aku boring giler bebang hari ni tadi (walaupun ada aktiviti kat kampus dari pukul 8 - 4:00 p.m), aku pun try nak buat doodle.  Lama arr gak aku buat girl doodle ni.  First time aku buat oww...  Tak sangka menjadi gak.  Teror tak aku?  Hahahampeh masuk bakul angkat sendiri.

Inilah hasilnya setelah beberapa jam bermandi peluh...


Ok x doodle aku ni?  Nampak ayu je aku dalam doodle tu kan? Rambutnya pun pendek, macam rambut aku sekarang.  Hehe...  Aku masih blom pro lagi buat doodle ni and nampak gak kecacatannya.  Apa-apapun, aku puas dengan hasil doodle yang telah ku buat ni.  Len kali kalau ada masa free nanti aku nak buat lagi dan lagi...

Tido dulu.....  bubbye people.  :)


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday, 10 August 2012

Meet Jamie and Kumang ^^


Selamat hari Jumaat kekawan sekalian.  T.G.I.F!..  Rasa cepat sangat masa berlalu dan aku pun happy giler hari ni sebab aku takda kelas langsung hari.  Happy sebab dapat bangun lambat n tido puas-puas.  hehe...  So kali ni aku rasa rajin, aku nak update pasal 2 orang budak yang aku suka giler.

Ni lah dorang, Kumang tu belum sampai setahun lagi.  Yang buat-buat malu tu Jamie, dah nak masuk 3 tahun dah sekarang ni.  

Mak aku yang tolong jaga dorang memandangkan kedua-dua ibu bapa dorang bekerja sebagai guru di sekolah tempat bapa aku mengajar.  Kalau aku cuti semester, aku men ngan dorang arr.  Tolong mak aku jaga dorang gak.  Aku rasa jadi budak balik arr masa tu -..-  Tapi tak gak aku boring kalau asyik duduk kat rumah time cuti tu sebab layan telatah dorang yang unexpected boleh buat lawak, lebih-lebih lagi Jamie.  Sebelum ni dia selalu buat lawak bila dia tak pandai nak sebut huruf 'S'.  Kalau ada perkataan yang mempunyai huruf 'S', huruf 'S' tu akan berbunyi huruf 'T'.  Contohnya dia nak cakap "Susu dah habis" akan menjadi "Tutu dah habit"..  Dapat imagine tak?  Hehe...  Yang bestnya dorang jarang nak nangis.  Budak baik, cuma agak aktif arr.  Jarang nak tengok dorang diam kecuali kalau tengok tv.  

Lagi aku dorang sebab dorang agak photogenic.  :D  Aku suka arr snap gambar dorang.  Apa lagi Jamie posing macam dalam gambar kat bawah. 

Jamie

Kumang.  Geram aku tengok pipi dia yang chubby-chubby gitu.

Aku memang suka sangat baby.  Happy sangat bila mak aku setuju nak jaga dorang dulu.  Dorang pun dah macam adik kitorang dah sebab kitorang semua dah besar-besar dah.  Parent aku pun dah anggap dorang 2 ni macam anak dorang gak.  I love both of them...








If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 8 August 2012

Wajib Bina Blog untuk Assignment


AuuuCakkkk........

Lama gak dah aku tak update blog kan.  Hari-hari aku just check bilangan follower dan tengok komen-komen terbaru.  Memandangkan aku asyik sibuk ulang kaji sebab ada kuiz, aku hanya sempat follow balik blogger yang dah follow blog aku dan reply komen dorang.  Itupun tak semua yang ku reply.  Baru hari ni aku free sikit, then nak update arr satu dua benda kat blog ni. Hehe....

Sehari dua ni aku bleh rilek-rilek ini macam.

Dan melalak sambil dengar lagu.  Hoho...  

Tapi selepas kitorang cuti raya dalam tidak sampai 2 minggu akan datang, kitorang pun mulalah busy balik.  Alahai....  Assignment, kuiz, test lagi dan lagi (nama pun student kan, redha je arr :D).  Dan salah satu assignment kami adalah bina blog untuk subjek CSC134, yang berkaitan dengan penggunaan komputer.  Lecturer tu beritahu kitorang harus buat blog (tak kira pasal apa) dan dari segi layoutnya juga akan diambil kira.  

Tapi yang aku was-was nanti kalau lecturer tu check blog kitorang guna browser selain daripada Google Chrome sebab ada sesetengah daripada appearances or gadget kat blog aku akan nampak lain apabila aku melayari blog aku menggunakan Morzilla dan IE.  Sebagai contoh, scroll bar aku akan menjadi seperti scroll bar biasa (kaler putih dan kelabu) kalau dilayari menggunakan Morzilla tetapi kalau menggunakan Google Chrome, scroll bar aku akan menjadi warna pink seperti yang telah aku edit.  Maybe bukan blog aku sorang je yang akan jadi macam ni kalau korang perasan lah...  Ke aku je yang baru perasan?  O.O  Tapi asib baik aku dah ada blog ni sebelum ni, so aku just perlu rajin update blog je sekarang ni dan atur yang mana patut.  ^^  Jadi aku tak perlu bingung sangat arr pasal nak bina blog ni sebab selepas ni kuiz dan test pun makin banyak.  Ooomaigadddd....  Harap aku tak stress je arr nanti.

Kalau aku stress nanti, aku nak pergi tempat sunyi dan jerit kuat-kuat.  Hehe...  Sesiapa yang terdengar tu nasiblah :D

Jadi sekarang ni aku harap aku dapat kurangkan procrastination dan tak nak ulang kaji last minit.  Tapi masalahnya, yang ulang kaji last minit tu apa yang aku baca mudah masuk dalam otak -..-"  Betul tak?  Pleaselah cakap betul..... :P 

Mesti korang menyampah tengok domo di atas kan?  Aku sengaja nak buat korang menyampah pun sebenarnya...  Hehe :D   













If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday, 3 August 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+



Segmen lagi!..Hoho.  Aku pun nak gak tambah-tambah follower ni...  Follower aku baru je 58 orang.  Kalau follower ramai, kenalan pun ramai kan?  Hee... Nak tahu lebih lanjut atau nak join, klik sini.  Jom join dan support sesama blogger kita.

Blogger yang ditag..Jeng3:
Hanif
Balqis Fatini
Norzaimee
Natasha



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday, 2 August 2012

Segmen Lokman: Saya Blogger Dari UiTM Kota Samarahan, Sarawak



1 more segmen...muhahaha.  Mcam ku suka join segmen-segmen ni.  Dah lepas kuiz hari ni tadi, hati pun rasa senang (tapi ada salah bagi jawapan.spoil.. -.-"), aku pun rajin gak menaip.  Join here.





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

"Segmen : Bloglist Ogos Permata Perjuangan"



Hey yow...Kali ni aku join segmen yang pertama dari Permata Perjuangan plak.  Suka gak join segmen dari kawan blogger ni.  Dapat support sesama kita kan3? :D  Segmen ni akan tamat pada 5 Ogos 2012, jom join cepat2.  ^ ^ Click here to join.

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you