Saturday, 2 February 2013

Appreciation Day by ARION


Weeehuuuu.....  Lama sudah aku tak menulis di blog aku ni disebabkan semester ni memang hectic dengan assignment dan persediaan untuk event kami pada bulan 3 ni nanti.  Khabar a bloggers sekalian?  Kalau aku tak update-update blog nanti takut followers jadi unfollowers lah plak kan.

ARION adalah nama bagi group kami untuk event yang akan kami anjurkan iaitu Luncheon Talk di Kelab Golf Sarawak.  So bagi menampung perbelanjaan untuk event kami nanti, kami buatlah jualan gifts bersempena dengan Appreciation Day yang kitorang buat sendiri dari 30/1 sampai lah 1 Februari ni tadi.  Haha..  Aku pun tak tahu sebelum ni memang ada tak Appreciation Day tu.  Memandangkan aku dari Program and Promotion Committee, aku telah ditugaskan untuk membuat poster bagi mewar-warkan jualan yang akan kami buat.

Yang ni aku buat menggunakan Microsoft Office Publisher je sebab kalau nak edit senang sikit...

Gifts tu kitorang yang buat sendiri..  Dalamnya ada pelbagai jenis coklat.  Bagi Program and Promotion committee kitorang punya gift berharga RM3.50 je.  Hoho..
Yang lolipop tu kitorang buat macam bentuk bunga, nampaklah menarik sikit kan.  Sikit pun boleyyy... :D

Antara gifts lain yang dijual.. ada cupcake dengan bunga.  

Dalam masa tiga hari tu memang booth kami di Pusat Pelajar di kampus kami memang penuh dengan pelajar yang ingin membeli dan order gifts kitorang.  Kitorang ada juga delivery service bagi pelajar yang nak surprisekan orang yang dorang nak bagi.  Untung arr sesiapa yang ada bf/gf di kampus masa tu, bf aku plak kat lain.  Hoho...  

Memang dapat banyak sambutan lah. ^0^

Dalam 3 hari tu booth kitorang memang heboh sebab ada pasang lagu dengan mc lagi.  Haha..  Dah macam kat Jom Heboh lah plak.  Tak tau arr kalau ada student yang menyampah tengok kitorang bising-bising kat sana masa tu.  Memang berbaloi penat lelah kami dalam mengadakan jualan ni sebab dalam masa tiga hari tu memang kami sibuk untuk persiapan Appreciation Day ni je.

Menyebok sat... Hehe.. Motif pegang belon? Aku pun tak tahu, nak pose kiut tapi tak menjadi.  Haha..  What the tuttt...

So dalam kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada para pelajar yang support kami dalam tiga hari tu kalau dorang ada terbaca post aku ni.  Group kitorang memang dah buat all out bagi memastikan apa yang kami lakukan ni berbaloi.  Keuntungan daripada hasil jualan ni akan membantu kami bagi menjayakan event kami yang akan berlangsung tidak lama lagi.  K, take care people (^ ^)/













If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

1 comment:

Mr.J said...

nak cokelat satu~