Wednesday 28 November 2012

Topik Untuk Entries Akan Datang



Holla people...  Malam ni tempoh broadband aku akan tamat.  So maybe lepas ni entry yang nilah entry aku yang terakhir untuk minggu ni.  Minggu depan baru aku hidupkan broadband balik.  Dalam kepala otak aku dah set dah topik apa aku nak sharekan ngan korang pada masa akan datang, sooner or later.

Dan topik-topik itu ialah:

  • Bangsa Bidayuh Salako.  Tak ramai yang tahu pasal bangsa aku ni.  Majoriti yang berbangsa Salako ni tinggal dan berasal dari Lundu.  Sekarang aku tengah kumpul beberapa fakta gak untuk dikongsi dengan korang.
  • Bahasa Salako.  Ada kawan aku masa PLKN dulu mendengar aku dan kawan aku berbual.  Dia cakap cara  dan bahasa kitorang berbual macam orang Filipina.  
  • Bahasa Melayu Sarawak.  Sebelum ni aku dah ada share beberapa patah perkataan BM Sarawak bagi sesiapa yang nak belajar bahasa ni kat sini.
  • Pengalaman Christmas.  Memandangkan tak lama lagi nak Christmas, aku pun nak sharelah pengalaman aku menyambut Christmas.  Hohoho...
  • Semester baru.  Setiap semester ada sahaja cerita-cerita yang menarik berlaku.  Macam semester lepas aku illegal di kolej, menumpang di bilik kawan aku untuk the whole semester.  Nasib baik tak kantoi!
  • And last sekali topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan kita.  Yang tu kalau tiada memang tak sah lah.  Hehe..  


Menarik tak?  Please cakap menarik..  Hahahampeh :D  Kalau nak tau lebih lanjut, korang tunggu ek.  Kalau awal semester selalunya masa free memang banyak.  Ada gak masa untuk update blog.  :) Peace yow \ /
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: