Wednesday 14 November 2012

Kes Mona Fandey


Salam bloggers.  Ada berita/cerita best aku nak kongsikan kali ni.  Tadi aku buat rondaan di Facebook, then aku terbaca satu link yang orang share di FB tu mengenai Mona Fandey.  (p/s aku pun tak pasti macam mana nak eja nama Mona tu sebab aku Google tadi ada yang eja 'Fandey' dan 'Fendi') Aku pun bertanyalah pada diri sendiri "Who the heck is Mona Fandey?".

Lepas tu aku Google Mona Fandey tu, barulah aku tau Mona tu pernah membunuh seorang bekas ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mazlan Idris.  Mona bersama-sama dengan suami (Mohd Affendy Abdul Rahman) dan pembantu mereka (Juraimi Husin) membunuh dan mengerat badan Datuk Idros.  Kejadian tu berlaku dalam bulan Julai 1993 so no wonderlah aku baru tau pasal ni sebab aku baru lahir tahun tu.  Maybe ada yang tak tau gak sebelum ni.

Mona Fandey, Juraimi (bercermin mata), dan Affendy (suami kepada Mona Fendi)

Untuk pengetahuan korang, Mona tu merupakan seorang penyanyi dan dia turut mengatakan dirinya merupakan seorang bomoh.  Nak tau cerita lebih lanjut, korang bleh klik sini.  Kat situ tuan punya blog ada menceritakan secara detail tentang apa yang terjadi.  

Yang ni illustrasi cara bahagian badan Datuk tu dipotong.

Mereka dah lama kenal dengan Datuk Idros tu.  Punca mereka melakukan pembunuhan tu kerana duit.  Mereka telah lama merancang pembunuhan tu (lubang tempat ingin menanam mayat telah digali, dan 2 bilah parang serta kapak telah diasah terlebih dahulu) kerana mereka tahu Datuk Idros akan datang ke rumah mereka, yang dikatakan ingin mandi bunga.  Juraimi tidak berbincang dan merancang pembunuhan tu bersama-sama merekat tetapi dia hanya menurut sahaja apa yang diarahkan oleh Affendy.  Semasa nak mandi bunga tu lah pembunuhan tu dilakukan.

Cara mereka membunuh tu memang mengerikan kerana Datuk Idros tu ditetak/dipancung terlebih dahulu menggunakan kapak.  Masa tu mata Datuk Idros ditutup oleh Affendy dengan tangan.  Datuk Idros tak melawan langsung sebab mungkin Datuk ingatkan itu adalah sebahagian daripada proses ketika mandi bunga.  Kemudian badannya ditetak kepada 18 kerat dan ditanam di stor dan lantai stor tersebut disimenkan semula.  What the...  Memang kejam sangat.  Tapi bak kata peribahasa, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.  Dah macam Karam Singh lah plak ku kan.  Hoho..  Selepas perbicaraan mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati, setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan.

There are two things that have great power; love and money.  






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: