Tuesday 6 November 2012

Cikgu Antara Kerjaya yang Mencabar



Kalau dulu semasa aku masih sekolah rendah, kalau ada orang tanya aku nak jadi apa masa dah besar nanti aku selalu jawab nak jadi cikgu.  Yang pasti masa tu aku tak pasti pun aku nak bekerja sebagai apa kalau dah habis belajar nanti.  Aku jawab nak jadi cikgu tu pun sebab at least seseorang ada cita-cita sendiri dan aku pilih cikgu tu pun sebab bapa aku seorang cikgu gak.  Kalau ada yang bertanya kenapa aku pilih pekerjaan tu senanglah aku jawab aku nak jadi cikgu sebab nak ikut bapa aku.  Muehehe...  Tapi sekarang aku dah tahulah apa yang aku nak dalam hidup ni sebenarnya.

Baiklah, back to the topic.  Hari tu aku ada baca entry daripada seorang blogger tu yang menghentam habis-habisan kerjaya seorang cikgu.  Tak semua cikgu seperti yang blogger tu bagitau.  Aku pun sakit hati gak arr sikit baca apa yang dia dah post tu.  Bagi aku menjadi seorang cikgu merupakan salah satu kerjaya yang mencabar.  Sebabnya:

  • Bapa aku ada bagitau kerja sebagai cikgu macam kerja 24 jam.  Dari pagi sampai petang dorang sibuk kat sekolah.  Then kalau ada homework ada kertas ujian yang perlu disemak, mereka akan menyemak sampai lewat malam.  Selalu gak aku tengok bapa aku menyemak sampai pagi sebab paper students memang banyak.
  • Students kat sekolah plak macam dah jadi anak para cikgu ni.  Kalau apa-apa terjadi, selalunya cikgu yang dipersalahkan terlebih dahulu sebab di sekolah students ni di bawah jagaan para cikgu.
  • Cikgu harus pandai bergaul dan berinteraksi dengan pelajar.  Kalau yang terlalu garang dengan pelajar, mungkin mereka akan kurang dihormati dan kata-kata mereka akan jarang diikuti.  Mungkin mereka menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi sesetengah pelajar tidak dapat menerima kaedah tersebut.
  • Cikgu turut menjadi contoh bagi para pelajar.  Di dalam dan luar sekolah mereka harus menjaga kelakuan.  Kalau di sekolah mereka dah menunjukkan contoh yang tak baik, students pun bleh terikut-ikut juga.


Ada banyak lagi sebab-sebabnya yang korang boleh fikirkan sendiri bukan?  Yang pasti cikgu-cikgulah yang memberi pengajaran dan pengetahuan kepada kita yang dapat digunakan sepanjang kita hidup.  Aku dulu taklah baik sangat masa kat sekolah, tapi nasib baik dapat jadi 'manusia' gak sampai sekarang.  Hehe..  Kalau bukan sebab cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu memang berdedikasi orangnya, taklah aku berilmu gak macam sekarang. 





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: