Monday 27 August 2012

Kebaikan dan Keburukan Upload/Post Gambar di Web


Pernah tak korang terbaca news atau cerita pasal orang kena pukau melalui gambar yang diupload di laman web seperti Facebook?  Kalau diikutkan selepas membacanya cerita tersebut, memang arr aku sendiri pun berasa takut gak.  Orang zaman sekarang ada bermacam-macam ragam.  Kat depan kita dorang bleh tunjuk baik, kalau kat belakan siapa yang tau kalau dorang pun boleh kenakan ilmu kat kita.  Minta-minta dijauhkan arr.  Tapi mengupload ataupun post gambar di laman web tersebut bukan hanya mendatangkan keburukan sahaja.  


Salah satu kebaikan mengupload atau post gambar di laman web adalah supaya memudahkan teman-teman ataupun saudara mara yang telah lama berpisah/ tidak berjumpa untuk menjejaki kita semula.  Yang ni mudah terjadi kalau kita upload gambar kat Facebook terutamanya apabila kita mempunyai mutual friends dengan rakan-rakan kita tadi.  Lagipun sekarang ni kalau kawan kita di Facebook ada 'like' atau komen kat gambar atau status seseorang di FB, kita pun boleh tau juga status/komen apa yang dorang like.  Lagi satu kebaikan upload/post gambar di laman web juga adalah untuk menjimatkan memory space di dalam hp, laptop dan yang sama waktu dengannya.  Hehe..  Dulu kawan aku pernah cakap tujuan dia membuat akaun Friendster sebab dia bleh upload gambar yang berlambak kat dalam memory kad hp dia dan kemudian dia akan delete gambar-gambar yang telah diupload untuk menjimatkan space kat memory kad tu.  Kira laman web macam Friendster and Facebook ni bleh dijadikan memory kad ke 2 arr bagi yang kurang space kat memory kad tu.  Then, kebaikan yang aku dapat lihat mengenai hal ini juga adalah dengan upload/post gambar tu, kita bleh ambik or retrieve balik mana-mana gambar yang kita telah terdelete di hard disk dan yang sama waktu dengannya.  Contohnya macam aku sendiri, dulu aku pernah terdelete satu gambar tu.  Then aku teringat pernah bagi gambar tu kat seseorang melalui inbox di FB.  Then hari tu aku cek balik mesej aku ngan dia kat inbox tu, akhirnya jumpa jgak gambar tu balik.  Hoho...  Happy giler arr sebab tu je arr the one and the only gambar tu yang aku ada.  Tak da copy kat lain lagi.

Manakala keburukan upload/post gambar kat laman web ni adalah orang lain bleh mempergunakan gambar kita dengan mengedit gambar kita untuk memalukan kita.  Selain itu, zaman kini masih ada juga orang yang mengamalkan menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan sesuatu seperti pukau.  Mereka boleh mengambil dan menggunakan gambar yang diupload itu untuk memukau kita.  Aku pernah terbaca di mana kalau kita hendak mengelakkan diri kita di pukau melalui gambar yang ada di laman web, kita janganlah mengupload gambar penuh (dari kepala sampai ke kaki nampak) kerana ini memudahkan orang untuk mengenakan ilmu itu tadi.  Tapi mana yang selalu upload gambar yang seksa-seksi tu memang sengaja cari nahas arr...
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

3 comments:

unsecretostory said...

Nice Sharing .
pernah terbaca jugak pasal pukau2 gambar nie . Semoga dijauhkan benda2 cemtu kan .

Kiko Chris said...

no problemo...yup, tu arr pasal.minta2 dijauhkan.apa lg klau prmpuan, rmai yg dh kena

THE AUTHOR said...

Manusia ini ada pelbagai ragam.Ada yang baik dan jahat...
harapan kita jauhilah dari insan yang berhati jahat ni...

Jemputan rasmi buat anda…
Promosi sikit……hehehe
Dijemput sertai segmen saya ini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html