Saturday 18 August 2012

Just Met My Best Childhood Friend


Finally, aku dapat jumpa gak ngan childhood aku dulu!  Nama dia Fiona, sekarang umur dia dah 21 tahun.  Awesome giler rasanya dapat jumpa dia dan berbual dengan dia sekejap tadi.  Tadi kitorang terjumpa kat Pasar Lundu, masa aku ngan adik-beradik aku nak pulang kampung.  Jumpa mak dia gak tadi.  Nasib baik rumah dorang pun dalam daerah Lundu gak, tapi agak jauh dari rumah kami.

Tadi time nak keluar dari satu kedai tu aku perasan ada sorang pmpuan pandang-pandang aku time jalan.  Aku pun macam pernah kenal ngan muka dia.  Then aku sebut arr nama dia 'Wina', nama panggilan dia yang diberi oleh familynya.  Apalagi, masa tu kitorang dah senyum-senyum dah.  Sebab lama gila dah tak berjumpa, rasa happy sangat tadi.  Kitorang pun borak-borak arr sekejap kat depan kedai tu.  Then sebelum balik tadi sempat gak bertukar number hp.

Last kitorang jumpa masa aku Form 1 dulu, kira-kira dah 6 tahun dah kitorang tak berjumpa.  Dari kecil sebelum aku masuk tadika lagi aku dah kawan ngan dia.  Kitorang boleh jadi kawan sebab dulu mak aku cakap, masa aku kecil aku suka g jalan-jalan kalau nak diberi makan.  Kalau mak taknak bawak jalan, aku pun tak  nak makan.  Haha...  Kecil-kecil pun dah banyak songeh kan?  Padan muka aku gak sebab orang cakap, kalau anak atau budak yang suka dibawa jalan-jalan kalau nak bagi dia makan, badan dia taknak besar.  Jurulatih PLKN dulu pun pernah bagitau kat aku macam tu.  Hahaiya...  Tapi sebab itu arr aku bleh kawan ngan Fiona tu tadi.  Mak aku pun kawan ngan mak dia gak.  So selalu lah kitorang berjumpa and kami bleh jadi rapat.  Lagipun abang-abang and kakak aku rapat ngan abang-abang Fiona.  Lagilah kitorang semua jadi rapat.  Dah macam adik-beradik dah.

Masa dulu tu, kitorang segeng ada 5 orang.  Aku, adik aku, Wina dan si kembar yang sama umur ngan Wina.  Susah senang kami selalu bersama-sama.  Port yang kitorang selalu pergi ialah rumah Wina tu tadi.  Hehe..  Tapi sayangnya masa aku Tahun 3, si kembar tu pindah ke Serian.  That was the last time we play together.  Sob3...  Then lepas tu aku pun selalu bermain ngan Wina je.  Tapi selepas dia masuk ke sekolah menengah, kitorang dah jarang berjumpa.  Masa tu dia dah masuk ke Tingkatan 1, belajar sesi petang.  Memang dah tak bermain ngan dia lah lagi.

Apa-apapun, dorang lah antara best of the best friends yang aku ada.  Daripada dorang lah aku banyak belajar banyak perkara di sekeliling aku.  Miss them a lot...  Aku harap kitorang dapat berkumpul satu hari nanti.  Thanks for the sweet memories my friends...



If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: