Friday 17 August 2012

Childhood Memory



Happy Friday everyone...  Siapa yang pernah rasa nak balik semula ke zaman kanak-kanak dulu, put yo hands up!  Hehe..  Apa yang bestnya masa kita zaman kanak-kanak dulu, kita tak perlu banyak fikir sangat pasal apa yang terjadi di sekeliling kita.  Stress pun tidak.  Kita boleh buat apa yang kita mahu bagaikan dunia ni kita yang punya.  Muahaha!!.. (evil laugh :D)  Lagi3...  Masa tu pun kita tak pandai malu sangat, contohnya kita boleh bermain apa sahaja yang kita mahu kalau orang tengok. Panjat pokok ke, masuk dalam longkang ke, main masak-masak ke.

My childhood was awesome.  Korang semua plak macam mana?  Apa yang aku suka zaman kanak-kanak aku adalah bila aku boleh main apa-apa sahaja yang aku mahu, dan tak perlu fikir macam-macam macam sekarang.  Sejak aku lahir lagi aku dah tinggal kat SMK Sematan, tempat bapa aku mengajar.  So memang sekolah ni tempat aku tinggal, bermain dan belajar.  Family kitorang pun dah lebih 20 tahun gak rasanya diam kat sini, sebelum aku lahir lagi bapa aku dah pindah mengajar kat sini dari Bintangor.  Then kat sini gak arr aku jumpa kawan-kawan yang lain; Pipit, Boy dan Wina.  Aku dah lama tak jumpa dorang.  Rindu sangat kat dorang.  Aku ngan adik aku selalu main ngan dorang, kelua masuk hutan dalam sekolah ni.  Panjat pokok sama-sama, macam monyet daaa.  Hehe...  Lepas dorang pindah kat lain, aku pun jarang nak keluar rumah.  Kalau tak pun aku ikut adik aku dan kawannya memancing kat sungai dalam sekolah ni.  Tu je arr yang aku suka buat.

Kalau ngan family plak aku suka kalau kami buat aktiviti sama-sama.  Tak macam sekarang, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.  Dulu kitorang salu main layang-layang dan badminton sama-sama.  Then dulu juga bapa aku selalu bawa kitorang g memancing.  Aku arr yang tak pernah miss ikut bapa aku g memancing.  Sekarang pun aku masih suka aktiviti tu.  Dulu time hujung minggu kitorang jarang gak pulang kampung.  Tapi kadang-kadang aku dan adik-beradik aku yang lain akan stay kat kampung tinggal dengan nenek kitorang.  Masa musim buah durian yang paling best, dapat jadi penunggu buah durian tu jatuh.  Hehe...  Lepas tu jual kat orang.  Apalagi masa kat kampung, dapat berkumpul ngan cousins dan kawan-kawan lain kat sana.  Dapat main banyak permainan lagi macam zero point, ting-ting dan permainan tradisional outdoor yang lain.  Tapi budak zaman sekarang dan zaman dahulu dah banyak gak perbezaannya.  Sekarang dorang lebih suka berada di rumah main PS2, Facebooking n macam-macam lagilah.  Rugi dorang tidak mengecapi zaman-zaman kanak-kanak yang terdahulu.

Sekarang nak tunjuk gambar-gambar aku masa masih comel lote dulu.  :D

Aku yang kat tengah-tengah, dikelilingi oleh uncle, abang-abang serta kakak aku


Aku n adik aku, yang nampak macam toyol kat situ.  Hehe...





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

No comments: