Sunday, 14 April 2013

Kaka...In Loving Memory :')


2 minggu sudah berlalu...  Kehilangannya amat kami rasai.  For me, he was a great lover, brother, son and friend.  Selama 4 tahun bersamanya membuat aku berubah menjadi seorang yang lebih baik.  Memang banyak kenangan bersamanya yang tidak mungkin dapat dilupakan :')

Awal pagi 31 Mac yang lalu mendiang dan rakannya telah terlibat dalam kemalangan yang meragut kedua-dua nyawa mereka disebabkan oleh sebuah kereta yang tiba-tiba membelok/ingin membuat u-turn ketika motosikal mendiang ingin memotong kereta tersebut.  Rakan mendiang meninggal di tempat kejadian manakala mendiang meninggal di hospital.  Sehingga kini kami dan keluarga mendiang masih seakan bermimpi menghadapi kenyataan yang perit ini.  Kehilangan orang yang disayangi membuatkan aku memandang sesuatu perkara melalui cara yang berbeza.  Tapi yang pasti, Tuhan sudah merencanakan benda-benda yang lebih baik bagi kami yang kehilangannya.  Biarpun kami semua menyayanginya tetapi Tuhan lebih menyayanginya.

Oleh itu di sini aku ingin tekankan supaya semua pemandu menghormati pemandu yang lain terutamanya bagi pemandu yang memandu kenderaan yang lebih besar.  Well, tidak semua pemandu tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain bukan?  Kemalangan yang melibatkan motosikal lebih banyak berlaku di dalam negara kita sendiri.  Sila baca di sini untuk membaca luahan hati penunggang motosikal.

Aku juga ingin kongsikan supaya korang semua ucaplah apa yang korang nak ucap kepada orang yang korang sayang sebelum terlambat.  Kita tidak mengetahui bagaimana atau bila nyawa kita dan orang yang kita sayang akan diambil.  Aku bernasib baik kerana mempunya masa tersebut untuk mengucapkan apa yang aku ingin mendiang tahu.

Luckily Kaka has made me become a strong person.  Banyak yang telah aku pelajari ketika bersama dengannya walaupun hasrat kami tidak kesampaian.  Damailah engkau di sana :')  May God bless your soul. Amen...  Dirimu tetap di hati kami...





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday, 26 March 2013

Outdated 1: Kem Bina Semangat untuk Student Part 1


Seperti yang telah aku katakan dalam entry yang lepas, semasa study break aku akan kongsikan apa yang telah aku lakukan dalam semester ni memandangkan aku tak sempat nak update blog untuk beberapa minggu.  So dalam kesempatan ni aku juga nak ucapkan good luck kepada UiTM students yang akan menduduki final exam tak lama lagi.

Semester ni merupakan kali pertama aku menjadi fasilitator untuk Kem Bina Semangat bagi student part 1 yang dianjurkan oleh OMSAR (Office Management Sarawak).  Kami pergi ke Kem Alapong, Lundu pada 18 - 20 Januari yang lepas.  Banyak pengalaman yang menarik yang aku dapat semasa menjadi fasi bersama AJK OMSAR yang lain.  Yang penting sebelum ni aku memang susah nak berinteraksi dengan orang yang baru aku kenal, tapi semasa kat kem ku blehlah aku minimize sikit kekurangan aku tu.  Hoho...

Selama 3 hari tu memang banyak aktiviti yang telah dibuat seperti jungle tracking dan merempuh halangan.  Penat memang penat, tapi itulah cabarannya ketika mengikuti Kem Bina Semangat sebab kalau kat kampus, lagi banyak cabaran yang akan kita hadapi seperti assignment, quiz/test yang datang bertubi-tubi.  Aku dah rasa dalam semester 4 ni memang lebih stress daripada semester-semester yang lepas tapi kesan daripada KBS yang aku join semasa part 1 dulu buat aku bleh tahan dengan semua tu.  Ecehhh...  Hehe...  

Semasa aktiviti dalam kumpulan.  Dorang tengah buat logo dan moto kumpulan mereka untuk sesi ice breaking.


Dalam KBS ni memang adalah dorang kena scream sikit.  Hehe... Tapi kitorang takda lah nak torture-torture dorang.  
Me with the other faci.. ;)

Faci semangat membuat senaman pagi :D

Merempuh halangan... Time ni yang best kacau-kacau dorang.  Hehe...

Keletihan memang terasa time KBS ni.  Tapi memang memang tak terasa tiga hari kitorang kat Alapong tu.  And yang paling best kumpulan aku dan kawan aku jaga dapat number tiga.  Hoho..  Tak sangka jgak sebab semasa kem tu ahli dalam group kitorang yang banyak masalah.  Tak sabar nak tunggu KBS untuk next sem! :D   






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday, 9 March 2013

Done with our Event! ;)


Uhuk uhuk... Batuk jap memandangkan blog aku ni dah lama berdebu. :D Dah lama aku tak menaip kat blog aku ni sebab sibuk memanjang je. Baru hari ni tadilah aku dah rasa tak stress sangat dah sebab event kitorang dah berjalan dengan agak lancar tengah hari tadi.  Thanks God.  Memang pada semester ni masing-masing sibuk dengan persediaan untuk event kitorang iaitu Luncheon Talk yang bertajuk Striding Towards Victorious Future oleh Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin dari SPA.  So kiranya lepas ni blehlah aku bergiat aktif balik dalam blog ni.  Eceh..  Hehe..


Banyak benda yang aku nak update and share ngn korang tapi selalunya memang aku tiada masa free sebelum ni.  Well, that's all for today.  Tak lama lagi nak study break, masa tu lah aku meluangkan masa dengan blog aku yang tersayang ni. :D K, take care people (^ ^)/
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday, 2 February 2013

Appreciation Day by ARION


Weeehuuuu.....  Lama sudah aku tak menulis di blog aku ni disebabkan semester ni memang hectic dengan assignment dan persediaan untuk event kami pada bulan 3 ni nanti.  Khabar a bloggers sekalian?  Kalau aku tak update-update blog nanti takut followers jadi unfollowers lah plak kan.

ARION adalah nama bagi group kami untuk event yang akan kami anjurkan iaitu Luncheon Talk di Kelab Golf Sarawak.  So bagi menampung perbelanjaan untuk event kami nanti, kami buatlah jualan gifts bersempena dengan Appreciation Day yang kitorang buat sendiri dari 30/1 sampai lah 1 Februari ni tadi.  Haha..  Aku pun tak tahu sebelum ni memang ada tak Appreciation Day tu.  Memandangkan aku dari Program and Promotion Committee, aku telah ditugaskan untuk membuat poster bagi mewar-warkan jualan yang akan kami buat.

Yang ni aku buat menggunakan Microsoft Office Publisher je sebab kalau nak edit senang sikit...

Gifts tu kitorang yang buat sendiri..  Dalamnya ada pelbagai jenis coklat.  Bagi Program and Promotion committee kitorang punya gift berharga RM3.50 je.  Hoho..
Yang lolipop tu kitorang buat macam bentuk bunga, nampaklah menarik sikit kan.  Sikit pun boleyyy... :D

Antara gifts lain yang dijual.. ada cupcake dengan bunga.  

Dalam masa tiga hari tu memang booth kami di Pusat Pelajar di kampus kami memang penuh dengan pelajar yang ingin membeli dan order gifts kitorang.  Kitorang ada juga delivery service bagi pelajar yang nak surprisekan orang yang dorang nak bagi.  Untung arr sesiapa yang ada bf/gf di kampus masa tu, bf aku plak kat lain.  Hoho...  

Memang dapat banyak sambutan lah. ^0^

Dalam 3 hari tu booth kitorang memang heboh sebab ada pasang lagu dengan mc lagi.  Haha..  Dah macam kat Jom Heboh lah plak.  Tak tau arr kalau ada student yang menyampah tengok kitorang bising-bising kat sana masa tu.  Memang berbaloi penat lelah kami dalam mengadakan jualan ni sebab dalam masa tiga hari tu memang kami sibuk untuk persiapan Appreciation Day ni je.

Menyebok sat... Hehe.. Motif pegang belon? Aku pun tak tahu, nak pose kiut tapi tak menjadi.  Haha..  What the tuttt...

So dalam kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih kepada para pelajar yang support kami dalam tiga hari tu kalau dorang ada terbaca post aku ni.  Group kitorang memang dah buat all out bagi memastikan apa yang kami lakukan ni berbaloi.  Keuntungan daripada hasil jualan ni akan membantu kami bagi menjayakan event kami yang akan berlangsung tidak lama lagi.  K, take care people (^ ^)/













If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Friday, 21 December 2012

Hadiah Giveaway Dah Sampai! :)


Hollaaa people....  Aku dah kat kampung sekarang ni.  Hoho..  And yang happynya masa aku dah kat bilik tadi aku tengok sampul surat daripada Tirah Zairi.  Weeee...  Aku rasa dah lama kiriman tu sampai, tapi aku je yang tak da di rumah.  Dah lama aku tunggu apa yang aku akan dapat untuk 18 peserta yang bertuah.  Hehe...  Then ini hadiah yang aku dapat


Cantik necklace ni.  Hee...  Bertambah lagi koleksi.  Xiexie sis! :)  Macam dah jadi hadiah untuk Christmas je rasanya.  ^^, Yang ni ialah entry untuk GA yang aku join tu.  Apa yang aku suka dengan cara beliau buat GA ni ialah pemilihan tak dibuat secara random.  GA beliau yang aku join tu ada suruh kitorang buat slogan dan pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang dibuat tu.  Well, fair and square lah kan.  Hee...  Aku harap bloggers lain pun boleh buat macam tu gak.  Baru ada produktiviti sikit.  Eceh ceh... Haha :D

Aku ni rajin gak arr join segmen and GA ni untuk support sesama blogger.  Tapi kalau banyak sangat syaratnya, aku pun jadi malaslah nak join.  Hehe.  Well, untuk GA bagi Tirah Zairi ni aku ada bertuah sikitlah.  Muehhehe... (^ ^)


If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 19 December 2012

OMSAR Annual General Meeting


Weeee..... Khabar a bloggers?  Lama sudah aku tak update blog ni.  Dah lebih dari seminggu rasanya.  Almaklumlah kuliah dah start balik, memang banyak busy.  Dengan kuliah dan tugasan yang diberikan.  Lebih-lebih lagilah semester ni kitorang kena buat event.  Dan group kitorang telah bercadang nak buat luncheon talk untuk student part 3 (wajib join) dan terbuka kepada student part 4, 5, 6, dan seterusnya bagi student Office Management.

Malam tadi kitorang ada buat perjumpaan bersama-sama dengan lecturers dan pelajar-pelajar baru bagi sesi perkenalan.  Dewan Kuliah tu memang penuh dengan pelajar.  Kitorang plak ada buat jualan untuk mendapatkan wang bagi membuat event itu nanti.  Kira untung jugaklah kitorang, banyak barang yang laku.  Just air je yang tak habis dijual.  Aku ada gak tolong jual keropok corntoz semalam tapi sesungguhnya aku bukanlah jurujual yang bertauliah. hanya beberapa bungkus je aku dapat jual semalam.  Haha..  Dah habis satu DK tu aku pusing, aku bagi kawan aku plak untuk jual keropok tu.

Dan malam semalam juga kitorang ada pembubaran dan kemasukan ahli baru untuk mengganti ahli-ahli persatuan OMSAR yang lama.  Aku telah terpilih menjadi ahli untuk Biro Publisiti.  Memang aku rasa berbesar hati gak terpilih sebab semasa interview untuk pemillihan dulu lebih 20 orang pelajar yang dicalonkan.  Tak sangka gak aku terpilih sebab masa tu aku memang tak yakin sangat aku bleh jadi ahli yang bertanggungjawab.  Muehehehe.... :D  Sememangnya lepas ni aku akan menjadi lebih busy sebab untuk group kitorang pun aku dalam Promotion Committee.

Apa yang aku harapkan ialah aku dapat menyiapkan tugasan yang akan diberikan dengan sebaik-baiknya dan aku teruja nak bekerjasa dengan ahli OMSAR kali ni memandangkan ada beberapa orang kawan aku yang turut terpilih sama.  Hoho...
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Monday, 10 December 2012

Blog Dah OTW Sambut Krismas ^o^


Salam sejahtera bloggers sekalian.  It's Monday!  And yeah I still have Monday Blues for this semester.  Haha...  Tiap minggu Monday Blues, belum kerja lagi aku dah nak membebel plak pasal MB ni.  What the tuttt.....  Well memandangkan hari ni hari Isnin, tak bermaksud aku nak post pasal MB jgak.  Nak topik yang happening arr sikit.  Hoho...

Hari ni dah 10hb 12, so semangat aku nak menyambut Krismas pun makin kuatlah.  Kat kedai-kedai pun dah banyak dah yang pasang lagu Krismas.  Huhu nak balik tapi belum ada cuti lagi.  21hb baru kitorang dibagi cuti.  Termasuk sem ni dah terlepas dua kli lah caroling and pra-Krismas yang selalunya diadakan setiap tahun.  Apa yang aku boleh buat sebelum balik rumah ni hanyalah hias blog aku dengan header Christmas theme and tambah snow efek kat blog.  Hoho..  Ada salji kat blog pun jadilah... :P


Tak sabar nak cuti wei.  Haha...  2 minggu je lagi  ^___________^







If you like it, click the LIKE button ok?Thank you