Monday, 18 November 2013

Job Hunting


Hai hey hello... Memandangkan line agak baguih and aku tengah free sekarang, aku nak share laa sikit apa yang aku buat time cuti ni.  Aku baru je lepas tonton konsert final AF 2013. Memang tak sangka Faizul boleh menang, but I'm happy because dia wakil dari Borneo and he managed to grab the first place!  Hoho...


Masa cuti ni macam-macam pekerjaan yang aku lakukan.  Pekerjaan-pekerjaan yang aku lakukan adalah seperti berikut:
  • Penonton-tegar-tv
  • Pendengar-tegar-muzik
  • Pemakan-tegar-homecook
  • Penidur-tegar (penidur? -..- )
  • Pelayar-tegar-Internet
  • Pechat-tegar-WeChat :D Hehehe
Macam tiada life je aku kalau just stay kat rumah.  Well, beberapa minggu yang lepas aku ada gak arr try cari kerja kat Kuching, sama tempat kerja with my friends.  Malangnya aku rasa time interview dengan bos dorang aku ada buat mistake sikit.  Aku bagi tau aku just nak kerja kat situ dalam 2 3 bulan je.  Takkan arr ada bos yang nak ambik pekerja yang nak bekerja dalam masa macam tu je kan.

Awal bulan 11 ni tadi kitorang dapat result and aku telah berjaya menamatkan diploma aku dengan CGPA yang memuaskan aku walaupun tak sebagus yang diharapkan.  Aku dengar-dengar bulan 5 tahun depan baru kitorang konvo. Lama tuuu....

So sekarang sambil aku online sambil aku cari kerja kat website yang ada provide iklan pasal job vacancies.  Aku cari yang kat area Kuching.  Resume pun dah banyak aku sent kepada syarikat-syarikat/agensi yang memerlukan pekerja tu.  Aku cari mana yang seseuai dengan kursus yang dah aku ambik masa kat UiTM Kota Samarahan tu dulu je arr.  Walaupun aku belum ada pengalaman bekerja harap-harap ada gak yang terpikat dengan resume aku tu nanti. Hoho... Wish me luck people.

Apa yang aku buat sekarang is just follow the flow sebab aku takda specific ambition/occupation yang aku nak. Aku hanya buat yang terbaik dalam apa saja yang aku lakukan. Kalau time sekolah rendah dulu orang tanya apa cita-cita aku, aku just jawab nak jadi guru sebab dah orang tanya, mestilah kita jawab apa yang patut kan. Haha... Then time PLKN jurulatih yang jadi mentor aku plak tanya cita-cita aku apa, aku jawab "Takda cita-cita cikgu. Tengok result SPM laa". Muehehe... And sekarang aku dah habis diploma, aku pun carilah kerja yang bersesuaian dengan qualification aku.  

Banyak sangat benda yang aku nak buat sebenarnya.  Minat pun banyak, sampai tak tahu nak buat yang mana satu yang harus aku pilih untuk dijadikan career. Eceh.. Hehe.  Well my baby ada gtau it's not possible that I can do it all.  Antara benda yang aku nak buat/jadi ialah:
  • Entrepreneur/buat bisnes sendiri
  • Travel satu dunia (especially ke Jepun)
  • Freelance photographer (someday kalau ada peluang aku nak berjinak-jinak dalam bidang ni sebab minat tu dah ada)
  • Involve in volunteering
  • And many more laa...
Hala tuju aku sekarang aku belum pasti lagi. Tapi yang pasti, aku nak cari kerja dulu. Hoho... Doakan aku supaya dapat kerja dalam masa yang terdekat keyh.  So long people.... (^ ^)/






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Wednesday, 21 August 2013

Sibuk ke Malass?


Hollaaa people...  Lama sudah aku tak menaip kat blog aku ni.  Nak dikatakan busy, taklah juga busy... Just aku tengah tiada idea nak kongsikan apa dengan korang.  Tak seperti tahun lepas memang banyak jugalah benda yang aku update.  But something bad happened, and start dari situ aku kurang sikit meluangkan masa dengan blog ni.  Hehe...  Kadang-kadang lama gak arr aku lepaking kat blog ni, update atau edit mana yang patut je.


Ce tengok... Sekarang dah bulan Ogos, baru 6 je post aku tahun ni.  Hohoho....  

Lebih-lebih lagi memandangkan sem ni adalah sem aku yang terakhir untuk diploma, memang aku nak lebihkan fokus kepada study aku arr.  Fokus lah sangat kan...  *tangan ke bahu, mata pandang ke atas* :D  Selepas kitorang cuti mid-sem baru-baru ni memang kitorang semakin busy dengan assignment and test bagai.  Ada subjek Entrepreneurship lagi last sem ni.  Ditambah lagi dengan aktiviti untuk Persatuan OMSAR, perghhhhh..... Wish me luck k people.  Aku tak nakkkk extend semester... Letih wei study.  Hahaha...  Baiklah, sampai di sini je kali ni.  Kalau dah cuti sem nanti aku nak start aktif balik dalam dunia blogger ni. Yeyeahhh \m/  Bubbyeeee

Aku sibuk ke malas nak update blog?  I think it is combination of  both sibuk and malas... Hehee

If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Thursday, 11 July 2013

Kem Bina Semangat Pelajar Part 1 :)


Hey yow people... :) Let's straight to the point.  Haha... Jumaat lepas, 5 Julai 2013 Persatuan OMSAR telah menganjurkan KBS untuk student part 1 bagi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM118).  KBS tu adalah wajib bagi semua student BM118.  Kami kem sampai hari Ahad di Rock View, Lundu.

Bersama sahabat; Annie, Delvin, dan Yan ketika OTW ke Lundu... Hewhew


Kami bergerak dari kampus dalam pukul 2 lebih macam tu.  Berapa lebihnya tu aku tak ingatlah plak.  AJK OMSAR seramai 21 orang bersama dengan 17x orang pelajar Part 1 yang telah dipaksa rela :D untuk menyertai kem tersebut sampai dengan selamatnya di campsite hampir pukul 5:00 petang.

And macam biasa, pada sebelah malam mesti ada ice-breaking, aktiviti dalam kumpulan di mana setiap kumpulan harus memilih nama kumpulan dan membuat logo mereka sendiri.

This is my group; Wonder Pet... Firstly hairan gak aku kenapa mereka guna nama tu, tapi whatever they like lah kan. Haha...

Lepas tu kami bagi mereka barang amanah yang perlu mereka jaga iaitu biskut dan name tag mereka masing-masing.  Masa tu memang lambat kami semua berehat, nak dekat pukul 3:00 pagi macam tu sebab malam tu kami ada buat aktiviti burung hantu atau blind trail.  Aku tak tahu yang mana satu nama aktiviti tu yang sebenar... Hehehe...

Pada hari Sabtu plak memang banyak aktiviti menarik yang kami buat; jungle tracking, berkayak dan juga abseiling.  Abseiling dan berkayak memang aku belum pernah buat sebelum ni.  Sayangnya masa aku PLKN dulu aku tak join berkayak dan abseiling tu.  Rugi3...  Firstly, kami beserta pelajar dari Group 4, 5 dan 6 pergi jungle tracking dahulu.   


Meet Yan... hehe

Shirley and Yan





Selepas jungle tracking, kami abseiling plak.  Nang best... Sekali cuba nak lagi yow...  Tengok dari atas memang gayat, tapi bila dah nak menuruni curam tu, rasa takut tu boleh hilang plak.

Pemandangan dari atas semasa nak abseiling... Nang kacak

Anak sapalah ni... Hahaha

Then3 dalam pukul 2 macam tu kami berkayak plak. Hohoho...

With our lecturer, Mr. Dean Nelson and Shirley. Hehe


Sebelah malamnya plak ada persembahan daripada para peserta...  


Pada hari Ahad plak mereka ada sukaneka dan masakan rimba...  Time sukaneka tu aku tak join sebab menolong fasi dan lecturer kami memasak di dapur.  Tu pun aku tak dapat tolong mereka lama-lama sebab aku turut disembur air oleh para peserta selepas mereka sukaneka. 


Petang tu aku pun tak ingat pukul berapa baru kami balik semula ke kampus. Hoho...  Yang penting kami dah sampai dengan selamat.  
Bagi aku KBS ni memang sesuai sangat diadakan bagi semua pelajar yang baru memulakan pengajian kerana ia akan membuatkan kita lebih tabah dan tahan dengan dugaan semasa di kampus.  Haha... Dugaan yang aku maksudkan ialah assignment yang berlambak dan juga kuiz, ujian and etc.  Lagipun kalau dah ada assignment tu sampai tak tidur kita dibuatnya bagi memastikan kita menyiapkan assignment/tugas yang diberikan dengan jayanya.

KBS ni adalah yang terakhir buat kami AJK OMSAR semester yang ke lima. Sob sob sob...  It's fun to work with the other committees where our bond is getting stronger than before.  Memang banyak kenangan bersama dengan ahli yang lain.  Ku akui aku akan merindui pengalaman ini semua setelah aku tamat pengajian tak lama lagi.  Thanks for the memories guys!

Banyak lagi gambar yang aku belum dapat daripada photographer kami... Hehe... Kalau dah ada nanti akan aku update lagi pasal KBS kami dalam masa terdekat ni.






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday, 2 July 2013

Outdated 2: Khidmat Masyarakat Persatuan OMSAR di Betong


Selamat pagi, selamat malam, selamat petang, selamat tengah malam and selamat semuanya... Dah lama aku tak update blog ni.  Sebelum ni aku lagi mencari mood untuk mengupdate apa yang patut kat blog ni.  Hoho...

Baiklah, pada 14 Jun yang lepas aku bersama ahli AJK OMSAR yang lain seramai 21 orang dan lecturer kami iaitu Madam Siniter Saba, penyelaras bagi persatuan OMSAR telah mengadakan trip ke Betong untuk menjalani khidmat masyarakat di sana.  Kami bertolak dari kampus UiTM Kota Samarahan dalam pukul 2:00 petang.



Sebelum pukul 8:00 malam kami dah sampai di Bandar Betong.  Firstly kami singgah terlebih dahulu di rumah Madam Siniter, di rumah panjang Ng Ban untuk menghantar bag dan barang-barang yang telah kami bawa dari kampus.  Selepas itu barulah kami makan di Medan.


Then3, selepas makan malam kami pun pergi ke Dewan Rentap untuk menyiapkan apa yang patut seperti menyusun kerusi.  Selepas selesai semuanya kami pulang semula ke Ng Ban untuk membersihkan diri dan menyusun goody bags untuk dibagi kepada semua pelajar yang datang ke ceramah yang kami anjurkan.



Pada 15 Jun tersebut kami mengadakan sesi ceramah kepada para pelajar Tingkatan 5 dari sekolah-sekolah terpilih (5 buah sekolah semuanya) di Daerah Betong seperti MRSM Betong dan SMK Ulu Layar untuk memperkenalkan syarat-syarat untuk kemasukan ke UiTM.  Nasib baik aktiviti yang kami anjurkan ni mendapat sokongan yang baik daripada pihak sekolah yang terlibat.





Program di Dewan Rentap tu tamat sebelum pukul 1:00 petang.  Selepas tu kami menjalankan gotong-royong di Klinik Mid Layar, klinik yang baru saja siap dibina.


Bersama staff dari Klinik Mid Layar

Aktiviti seterusnya ialah BBQ dan karaoke! Hehe...Happy hour lah katakan.  






Tengah malam baru sesi happy hour kami tu tamat... Hehe. Memang seronok kalau dah berkumpul dengan semua AJK tu (Skemanya bunyi ayat aku.  Ha.ha....).

Gambar sebelum kami kembali semula ke kampus pada 16 Jun 2013.  

Dah lama aku nak join khidmat masyarakat macam ni.  Rasa bersyukur sebab dibagi peluang untuk menjadi AJK OMSAR dan melibatkan diri dengan aktiviti macam ni. Weee.... (^ ^)  Sepanjang pergi dan balik dari Betong tu memang aku tak tidur sebab nak tengok pemandangan di sepanjang perjalanan.  Rugi wei kalau tidur.... Hahah...  Bukan selalu dapat join trip macam ni.  Trip ni akan membuatkan ku merindui kehidupan ku sebagai pelajar UiTM :') *emo lok bai...hehe*

p/s:  Thanks to my friend, Firdaus for those awesome photos. (^ ^)\/





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Sunday, 14 April 2013

Kaka...In Loving Memory :')


2 minggu sudah berlalu...  Kehilangannya amat kami rasai.  For me, he was a great lover, brother, son and friend.  Selama 4 tahun bersamanya membuat aku berubah menjadi seorang yang lebih baik.  Memang banyak kenangan bersamanya yang tidak mungkin dapat dilupakan :')

Awal pagi 31 Mac yang lalu mendiang dan rakannya telah terlibat dalam kemalangan yang meragut kedua-dua nyawa mereka disebabkan oleh sebuah kereta yang tiba-tiba membelok/ingin membuat u-turn ketika motosikal mendiang ingin memotong kereta tersebut.  Rakan mendiang meninggal di tempat kejadian manakala mendiang meninggal di hospital.  Sehingga kini kami dan keluarga mendiang masih seakan bermimpi menghadapi kenyataan yang perit ini.  Kehilangan orang yang disayangi membuatkan aku memandang sesuatu perkara melalui cara yang berbeza.  Tapi yang pasti, Tuhan sudah merencanakan benda-benda yang lebih baik bagi kami yang kehilangannya.  Biarpun kami semua menyayanginya tetapi Tuhan lebih menyayanginya.

Oleh itu di sini aku ingin tekankan supaya semua pemandu menghormati pemandu yang lain terutamanya bagi pemandu yang memandu kenderaan yang lebih besar.  Well, tidak semua pemandu tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain bukan?  Kemalangan yang melibatkan motosikal lebih banyak berlaku di dalam negara kita sendiri.  Sila baca di sini untuk membaca luahan hati penunggang motosikal.

Aku juga ingin kongsikan supaya korang semua ucaplah apa yang korang nak ucap kepada orang yang korang sayang sebelum terlambat.  Kita tidak mengetahui bagaimana atau bila nyawa kita dan orang yang kita sayang akan diambil.  Aku bernasib baik kerana mempunya masa tersebut untuk mengucapkan apa yang aku ingin mendiang tahu.

Luckily Kaka has made me become a strong person.  Banyak yang telah aku pelajari ketika bersama dengannya walaupun hasrat kami tidak kesampaian.  Damailah engkau di sana :')  May God bless your soul. Amen...  Dirimu tetap di hati kami...





If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Tuesday, 26 March 2013

Outdated 1: Kem Bina Semangat untuk Student Part 1


Seperti yang telah aku katakan dalam entry yang lepas, semasa study break aku akan kongsikan apa yang telah aku lakukan dalam semester ni memandangkan aku tak sempat nak update blog untuk beberapa minggu.  So dalam kesempatan ni aku juga nak ucapkan good luck kepada UiTM students yang akan menduduki final exam tak lama lagi.

Semester ni merupakan kali pertama aku menjadi fasilitator untuk Kem Bina Semangat bagi student part 1 yang dianjurkan oleh OMSAR (Office Management Sarawak).  Kami pergi ke Kem Alapong, Lundu pada 18 - 20 Januari yang lepas.  Banyak pengalaman yang menarik yang aku dapat semasa menjadi fasi bersama AJK OMSAR yang lain.  Yang penting sebelum ni aku memang susah nak berinteraksi dengan orang yang baru aku kenal, tapi semasa kat kem ku blehlah aku minimize sikit kekurangan aku tu.  Hoho...

Selama 3 hari tu memang banyak aktiviti yang telah dibuat seperti jungle tracking dan merempuh halangan.  Penat memang penat, tapi itulah cabarannya ketika mengikuti Kem Bina Semangat sebab kalau kat kampus, lagi banyak cabaran yang akan kita hadapi seperti assignment, quiz/test yang datang bertubi-tubi.  Aku dah rasa dalam semester 4 ni memang lebih stress daripada semester-semester yang lepas tapi kesan daripada KBS yang aku join semasa part 1 dulu buat aku bleh tahan dengan semua tu.  Ecehhh...  Hehe...  

Semasa aktiviti dalam kumpulan.  Dorang tengah buat logo dan moto kumpulan mereka untuk sesi ice breaking.


Dalam KBS ni memang adalah dorang kena scream sikit.  Hehe... Tapi kitorang takda lah nak torture-torture dorang.  
Me with the other faci.. ;)

Faci semangat membuat senaman pagi :D

Merempuh halangan... Time ni yang best kacau-kacau dorang.  Hehe...

Keletihan memang terasa time KBS ni.  Tapi memang memang tak terasa tiga hari kitorang kat Alapong tu.  And yang paling best kumpulan aku dan kawan aku jaga dapat number tiga.  Hoho..  Tak sangka jgak sebab semasa kem tu ahli dalam group kitorang yang banyak masalah.  Tak sabar nak tunggu KBS untuk next sem! :D   






If you like it, click the LIKE button ok?Thank you

Saturday, 9 March 2013

Done with our Event! ;)


Uhuk uhuk... Batuk jap memandangkan blog aku ni dah lama berdebu. :D Dah lama aku tak menaip kat blog aku ni sebab sibuk memanjang je. Baru hari ni tadilah aku dah rasa tak stress sangat dah sebab event kitorang dah berjalan dengan agak lancar tengah hari tadi.  Thanks God.  Memang pada semester ni masing-masing sibuk dengan persediaan untuk event kitorang iaitu Luncheon Talk yang bertajuk Striding Towards Victorious Future oleh Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin dari SPA.  So kiranya lepas ni blehlah aku bergiat aktif balik dalam blog ni.  Eceh..  Hehe..


Banyak benda yang aku nak update and share ngn korang tapi selalunya memang aku tiada masa free sebelum ni.  Well, that's all for today.  Tak lama lagi nak study break, masa tu lah aku meluangkan masa dengan blog aku yang tersayang ni. :D K, take care people (^ ^)/
If you like it, click the LIKE button ok?Thank you